Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Aku Benci TV3!!! (MUST READ)


Ini bukan isu politik semata-mata.Bila orang fikir pasal benci membenci TV3 atau media prima ni, mulalah ada melenting mengatakan aku ni pembangkang la apalah.Dulu memang aku minat giler kat TV3.Namun ianya dikikis dengan perasaan meluat dengan agenda tersembunyi TV3 dalam merosakan bangsa Malaysia khususnya Melayu Islam.

Semalam aku bersama ibuku menonton TV9.TV9 juga di bawah TV3 iaitu Media Prima.TV9 ini dikira TV yang lebih pada kekeluargaan dan Islamik.Aku menonton rancangan Pondok-Pondok di mana hosnya ialah Nabil (Raja Lawak).Aku tertanya-tanya beginikah mendidik anak bangsa yang masih berumur antara 5-10 tahun?

Perhatikan sebab kenapa aku tidak senang dengan rancangan ini:

  1. Nabil yang mempunyai awek seperti mempromosikan kapel kepad budak-budak.Semalam tajuk perbincangan bersama adik-adik ialah Handphone.Ditanyanya Nabil kepada kedua-dua budak yang menjadi tetamunya dengan soalan "Adik pakai hp nak telefon siapa?Tak telefon pakwe atau awek?Ada pakwe atau awek tak?"Apa kejadahnya semua ini? Arghhhh tension aku mendengarnya.Kecik-kecik dan ajar benda macam ni!Bukan nak tanya "Tak call mak ayah ke?"Hancur la macam ni anak bangsa.Mak Ayah yang bawa anak mereka ke studio untuk menghiburkan anak mereka namun rancangan itu seperti mahu mendidik pendidikan barat kepada anak-anak.
  2. Selebriti yang dijemput semalam (aku x ingat namanya) sangat lah seksi.Pastu Nabil tanya pada adik-adik tu "Cantik tak akak ni?".Tak pasal-pasal budak ini mencuci mata dengan benda yang haram!
  3. Lagi satu yang aku benci adalah Nabil bertanya pada budak-budak ini,siapakah yang mencipta telefon.Budak-budak ini menjawab "Allah!".Mungin nampak lawak namun sekurang-kurangnya mereka masih ingat akan Allah dalam segala hal.Namun Nabil bukannya mahu mengatakan "Ya memang benar,semua ilmu manusia dariNya namun berasal dari tamadun Islam yang hebat dahulu kala".Namun yang dijawabnya "Abislah aku, tak dapat nak jawab dah".Arghhh hancur hancur!
  4. Penutup pada rancangan ialah tarian lagu barat oleh 3-4 orang budak sekolah rendah yang memang tarian itu tiada langsung budaya ketimuran.Aku tak tahu sampai bila cerita ini akan menghancurkan anak bangsa yang masih di bangku sekolah.

Itu baru pondok-pondok,belum tengok lagi rancangan yang melalaikan banyak di TV induknya iaitu TV3.TV3 dahulu banyak program berbentuk pada informasi.Kini TV3 menjadi program hiburan tanpa had!Tengok sahaja Mentor,rancangan ulangan diulang pada waktu Maghrib! Anak bangsa sekarang tergilakan hiburan hingga sanggup menuntut ilmu nyanyian yang batil daripada guru yang batil dan jahil.Guru agama diketepikan dan sekolah agama dicantas dari ditumbuh melata seluruh negara!

Melodi!Arghhh,,rancangan Fitnah menfitnah sensasi negara.Janganlah buka aib seseorang.Ini suka sangat terjah orang yang ada masalah keluarga.So bila di hadapan TV adalah artis yang mencetuskan kontroversi baru.Merimaskan lagi keadaan.Suka sangat membuka aib orang lain!Takda maruah langsung MELODI ini.Kemudian mempromosikan artis-artis Malaysia.Mahu mempromosikan artis nasyid?Lagi dicari kesalahan dan keaiban artis nasyid adalah!

Buletin Utama?Semua sedia maklum,TV3 agen BN lebih dari TV1 dan TV2.Berita yang disampaikan amat-amat memihak kepada kerajaan.Keutuhan dasar kewartawanan telah dinodai oleh TV3!Berita benar diserongkan.Berita batil diagung-agungkan!

Jom Heboh,konsert mempromosikan maksiat paling dasyat di Malaysia!Konsert percuma ini sebenarnya banyak dihadiri Melayu.Lebih 95% yang tonton konsert secara live adalah Melayu yang mengakui dirinya Islam.Aurat wanita mendayu-dayu menyanyi disajikan ke telinga pendengar.Dosa!!!Ah TV3 fikir apa pasal dosa,paling penting populariti dan ongkosnya masuk dalam poketnya!

Semalam,Konsert Inspirasi TV3 sempena 25 tahun penubuhan TV3 menghangatkan lagi masalah sosial!Memang benar ada mengatakan ianya menjadi hiburan keluarga.Tetapi apa kejadahnya bawa anak-anak yang masih hingusan ke konserta di tempat gelap,mendengar aurat yang haram dan melihat telatah pemuda-pemudi Islam yang Islam hanya pada namanya?Pasti ada ibu bapa yang tertinggal solat maghrib atau isyak kerana mahu duduk hadapan menonton konsert tersebut!16 artis kononya menghiburkan,entah apa yang dihiburkan!

Mesti ada pembaca nanti mempersoalkan bahawa TV3 masih ada program berbentuk agama seperti Al-Kuliyyah,.Ya memang bagus rancangan ini.Namun kenapa dianak-tirikan rancangan seperti ini?Kenapa waktu rancangan pada jam 5 pm?Bukankah masa itu orang ramai baru nak pulang bekerja?Namun bukan pada jam 9pm?Sebab nak jaga rating penonton,agama perlu diketepikan?

Drama-drama di TV3 yang berkonsepkan kehidupan dan percintaan remaja dijaja begitu hebat sekali.Laki perempuan macam dah biasa bersalaman dan peluk.Air mata tumpah kerana derita cinta haram menjadi sajian terbesar dalam cerita naif seperti ini.Drama keluarga pula mempersembahkan masalah cerai berai yang melalut-lalut.Macamlah sekarang tiada lagi keluarga bahagia yang mahu ditonjolkan di arena penyiaran negara?

Natijahnya,lihat sahaja bahana yang berlaku pada negara sekarang.Selain didikan agama yang tidak diberikan sepenuhnya oleh ibubapa,media juga memainkan peranannya yang kejam dalam membangunkan sahsiah anak-anak yang menjadi generasi peneraju negara kelak.Seram mendengar statistik seperti kes rogol,dadah,penceraian dna sebagainya di mana majoritinya dilakukan oleh Melayu Islam.Eh kenapa ya setiap kali aku menulis pasti menulis Melayu Islam.Bukankah Melayu itu Islam?Namun sejak memasuki alam Mellinium ini,sudah ribuan orang Melayu senyap-senyap murtad dan menjadi penganut agama sesat lain.Sudah tentu ramai tidak sedar bukan?

Janganlah Melayu hanya mahukan perpaduan atas nama bangsa semata-mata.Mana perpaduan Islam yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu?Kekuatan ummah dilenyapkan dengan perasaan cinta teramat pada dunia.Allah mencabutkan perasaan gerun terhadap Islam dari hati sanubari musuh-musuhNya.Sampai bila Islam di Malaysia mahu diliberalkan?Kesimpulannya, AKU BENCI TV3 dan SEGALA YANG MEMPROMOSIKAN BENDA HARAM SECARA UMUM MAHUPUN TERSEMBUNYI!!!

Luahan dan pendapat,

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,

Admin Destinasimu

"Akibat isu politik yang hangat dimainkan,kini isu pembangunan sahsiah keluarga dan anak remaja diabaikan hingga dibiarkan terkapai-kapai mencari jalan yang lurus."

5 Kesan Parut:

thelightofmyiman berkata...

salam..sgt stuju dgn pndpt saudara. Natijahnya skrg, tgklah betapa byk bala yg Allah turunkan kpd kite. H1N1 dah mule menular..ingatkan mule2 tak sirius..skrg smpai dah tutup2 skolah..Iran, umat islam bergaduh smpai ade yg terkorban..Nauzubillah..inilah jdnya kalau umat islam tidak kembali kpd Al-Quran..wallahua'lam..

KaYRaiL FaREasT berkata...

Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Marilah kita kembali kepadaNya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt...Mmg saya pu terfikir, kalau ada ank 1 hari nnt, akan saya haramkan rncgn spt pondok2, mcm2 aznil, dan segala mcm rncgn hiburan utk tontonan mereka...

Sy sendiri skrg pasti akn menukar ke channel lain sekiranya terbuka rncgn berbentuk hiburan. Saya n suami x bercadang nk msk astro...sbb tkt bila byk sgt saluran2 hiburan nnt x dpt kawal diri mahupun anak2...

Semoga kita sama2 berusaha menjauhkan diri serta hati dari perkara2 yg membawa kpd kemaksiatan :)

E.y.n.a berkata...

10001% stuju!
sy jugak mmboikot sgale2 yg mncul dr tv3
mentor? mlysian idol? jgn hrap sy nk tgok..
drama2 melayu plak..lagi la sy nk trmuntah mnengok plakon wnitanye yg da tua tak sedar diri tp brpakaian mcm umo 20-an..nauzubillah

moga2 sume ni tak trjadi kt diri kita
ya Allah..teguhkan la iman kami.. jgn la Kau brdolak dalikkan iman kami stelah Kau mmberi kami ptunjuk..

endless love berkata...

salam alaik
betul..betul
sy setuju sgt2
mula2 sy ingatkan tv9 ni bagus sbb byk program berbentuk islamik.
tapi sejak adik sy kate, "best tgok cite pondok2, kak"
sy pon trgerak la nk tengok.
rase meluat adela.
camtu ke nak didik budak2?
yg masih rebung lg
dgn tarian dr kanak2 yg brpakaian menjolok mata,
astaghfirullah, x dapat sy bayangkan kalau adik2 sy seniri pakai cam gitu.
adik sy yg lelaki tu suka sgt tgok. ish makin rosakla otak budak ni, dalam hati sy berkata.

**sejuk je hati dan mata bile tengok "mari mengaji" bersama ustaz zamri.