Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

9 lokasi cari pasangan!


9 lokasi cari pasangan!


1.Perpustakaan-Bagi yang masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kepada kamu untuk mencari pasangan.Kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"  gadis yang kamu suka.Hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka. Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar! 


2.Pusat Boling - salah satu tempat yang di gemari oleh remaja.Ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling?? 



3.Pusat beli-belah - Pasti ramai yang tidak percaya.Tetapi yakinlah ada di antara kita yang mendapat pasangan di pusat membeli belah.Tidak mustahil ini juga berlaku kepada kamu.Oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.Mana tahu mungkin kamu di pikat di sana..


4.Tempat seminar/camping - kita sering terdengar kawan-kawan kita bertemu dengan pasangannya sewaktu menghadiri seminar/camping.Mungkin perkara yang sama berlaku kepada kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.Jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.Mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang. 


5.Internet - Wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dengan pasangan melalui internet.Tidak kurang juga perkenalan melalui  "chatting" boleh membawa ke jinjang pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.Kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!banyak juga yang penipu. Satu lagi boleh juga berkenalan melalui penulisan blog.HeHeHe.


6.Kenduri kahwin - Pasti ada yang gelak bila baca tips ini..tapi banyak yang berkesan tau!Pasti ramai yang akan menghadiri majlis perkahwinan.Jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.Selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??Wow!! 

7.Pejabat/sekolah/Universiti - Sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.Dah kenal barulah cinta kan??Jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..Contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti. 

8.Kafe - Daripada kamu terperap di rumah,apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.Kalau mampu pergilah ke kafe yang eksklusif.Tentu yg melepak di situ juga yang best-best.Siapa tahu ,tiba-tiba saja kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yang duduk di meja sebelah kamu?

9 Masjid/Majlis Ilmu - Wah!Bertuah sungguh jika kamu mendapat pasangan ketika berada di majlis seperti ini.Bermula dengan baik dan berakhir dengan baik!Tentu dapat yang soleh dan solehah.

Nasihat: Lokasi di atas perlu diambil kira dalam mencari bakal pasangan anda.Jika bertemu di Masjid,perpustakaan mahupun walimah maka harapannya mungkin baik pasangan anda itu menjadi yang soleh dan solehah.Jika bertemu di pusat beli belah dan berkeliaran tak tentu pasal,fikirlah dua kali.Jika telah berkenan di hati,cepat-cepatlah masuk meminang dan bernikah. Carilah yang halal di kalangan yang halal!



0 Kesan Parut: