Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Tips Memikat Hati Wanita Bijak?


Ibu ana pernah membangkitkan isu ini.Ibu ana bekerja sebagai seorang jururawat dan sering melakukan lawatan ke rumah pesakitnya.Dia pernah berkata "Untung suami askar kerana isteri mereka semuanya berpendidikan tinggi".Ya memang benar.Ana tidak dapat nafikan hal ini. Boleh dikatakan ramai anggota penjawat awam seperti tentera dan polis yang berpangkat rendah memilih pasangan hidupnya yang lebih tinggi pendidikan.Tentera berkahwin dengan guru,jurutera mahupun ada juga yang berkahwin dengan doktor.Status pendidikan wanita lebih tinggi dari suaminya.

Jika dahulu kala ada jelik jika kita memandang status pendidikan suami lebih rendah dari si isteri.Tetapi bagaimana pula persepsi masyarakat sekarang tentang hal ini?Dibawah ini adalah beberapa tips yang mungkin biasanya diguna pakai oleh lelaki yang mahu mendapatkan pasangannya yang lebih tinggi kebijaksanaan darinya.

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama. 

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati. 

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool. 

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya mengambil kesempatan terhadap mereka. 

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur! 

6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna. 

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda. 

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka. 

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda. 

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.



Apakah pendapat anda akan hal diatas?Setuju atau tidak?






5 Kesan Parut:

p3perak berkata...

stuju!!!!

lelaki n wanita, x kira la dh kahwin or blum, pgg la pd 4K ni,

KESETIAN

KEJUJURAN

KASIH SAYANG

KESEFAHAMAN

dijaminan, saling lengkap melengkapi antara 1 n lain..

korang x caya?????????

slmat m'cuba k..

^_^

KaYRaiL FaREasT berkata...

Jazakallah atas pendapat anda puteri perak..

Ya benar,4 K itu benar belaka namun ada tambahan iaitu Berfikir Positif..ianya penting kan...

Tq dengan 4K anda..sangat tepat!

p3perak berkata...

ur welcome, empunya blog..

actually, sbg pngalamn lepas, 1 part of this 4K, ana x ikut.. that's why my relationship end before we achieve 1 mision..

knowledge is sharing..

p/s: ikut la kata2 penaja, 4K + Berfikir Positif = Happy Future..

^_^

Hidet berkata...

Salam.

Tips yg menarik.
cinta ini ibarat ombak laut.
ada yg tenang, ada bergelora..

so, selamat memikat..
dah dapat nanti, jgn lupa jaga ikatan tu ye

KaYRaiL FaREasT berkata...

Jazakallah atas ulasan anda...huhu.. ana akan menjaganya jika sudah memilikinya..Kerana si dia amanah Allah dan keluarganya buat ana..