Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jangan Pandang Belakang Congkak


Assalamualaikum...

Inilah Ulasan ana pasal filem terbaru keluar Metrowealth:

Kisah ini menceritakan latar belakang sebuah kampung sawah padi di utara semenanjung Malaysia yakni Perlis Indera Kayangan.Ia menceritakan 3 orang sahabat yang telah diwasiatkan oleh atuk mereka iaitu Sudir untuk mewarisi 'harta pusaka' peninggalannya.Penjaga Pak Sudir ialah Mustika iaitu anak sedara/cucu tak silap ana.Namun Mustika dan Sudir merupakan 'geng' dalam membela hantu.

Dipendekkan cerita,setelah Pak Sudir mati (susah giler nak mati!),diberikan surat wasiat kepada 3 orang sahabat iaitu Johan (Pelakon filem seram),Punai (Pemandu) dan Chat (DJ Berangan) diperintahkan untuk pulang ke kampung mereka dan diberitakan bahawa mereka adalah sepupu (sedangkan mereka tak pernah mengenali antara satu sama lain).

Salah satu amaran yang diberikan oleh Atuk mereka ialah jangan sesekali menyentuh sebuah congkak pusaka namun atas kekalutan dan kedegilan mereka,mereka tersentuh juga.Maka berubahlah mereka kepada 3 jenis hantu di mana mereka tidak sedar mereka telah berubah kepada hantu.3 Hantu berkenaan ialah Hantu Raya (Johan),Toyol (Chat) dan Orang Minyak (Punai).Terjadilah pelbagai perkara LAWAK yang pasti membuatkan anda ketawa!

Watak pelbagai jenis bomoh dan orang kampung juga tidak akan menghampakan anda.Tak sangka Ahmad Idzham seorang pengarah muda mampu mengarahkan filem komedi seram yang lawak tetapi tidak dilupakan juga keseraman yang dicetuskannya.Bagi ana,bukanlah mahu mempromosikan begitu sahaja namun di sini kita kena beringat bahawa kehidupan dalam bermasyarakat memerlukan kita hidup bersau padu.Orang kampung dalam filem ini kurang bekerjasama dan apabila timbul masalah yang melarat barulah mahu bangkit dari tidur yang lena.

Lagi satu,terlalu banyak unsur karut mean terlalu menonjolkan bomoh dan kurang pergantungan kepada Allah S.W.T.Yang baiknya dalam cerita ini, ia menggambarkan betapa sukarnya seseorang yang bersahabat dengan iblis mahu mati.Inilah pengajaran yang dapat diambil.Kepada sesiapa yang mahu menontonnya,jangan lengahkan!ANDA PASTI KETAWA!

Pemarkahan ana berikan:

Bunyi: 8/10

Jalan Cerita: 7/10

Pelakon: 8/10

Lawak: 9/10

Suspen : 6/10

Keseluruhan : 8/10

4 Kesan Parut:

Eyna's berkata...

Salam Ziarah....

Cite ni memang amat menghiburkan + ada lah gak part2 yang menyeramkan...

Tapi Johan tu bukan ke asalnya "Joki kereta"...?

KaYRaiL FaREasT berkata...

terima kasih atas ulasan akak..
memang benar cerita ini amat melucukan...
Mengenai Johan sy tak pasti..maafkan sy..hehe

Stay Sane Mama berkata...

lucu ke?
ntah napa kadang2 mmg xada minat nak nonton cerita melayu.rasa bazir tiket rm 11.hehe

KaYRaiL FaREasT berkata...

Buat sarah..
Saya bukanlah seseorang yang mudah diketawakan.Tetapi bagi sy ini merupakan filem melayu yang dpt memberikan sy tak kering gusi.