Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Suami di hadapan,isteri ditinggalkan....


"Man,pi kat mak Man,ayah nak jalan cepat skit ni.Mak kamu tu terhegeh-hegeh macam berjalan nak pi kenduri kahwin je"tegur Zamri pada anaknya.Man berlari lari anak ke ibunya yang sedang mengendong adiknya yang berusia setahun.Lirik mata Zamri ketika Man,anak sulungnya berlari ke ibunya,Wafa menampakkan rasa puas dan satu kebebasan pada dirinya."Mak,mak!Man nak beli aiskrim!kan depan tu aney tu ada jual.Nak Nak!"Jerit Man menambahkan hingar bingar di kawasan taman permainan itu.Kling Kling Kling."Mari mari aiskrim aiskrim aiskrim".Jelas dengar suara aney itu mempromosikan jualan aiskirmnya yang diletakkan di belakang tempat duduk motosikalnya."Man,minta la kat ayah tu.Mak kan tengah dukung adik ni.Ayah kamu bukan buat apa pun".Man seperti kecewa dengan "permainan explorace" yang dibuat oleh ibu bapanya." Ayah,mak kata mintak kat ayah.Mak tengah dukung adik"."Ah,mak kamu tu memang.Nak jimat sangat duitnya.Aku pun kerja juga.Semua duit aku!"Bentak si ayah menakutkan anak kecilnya itu. "Dah dah jom balik.Fa,dah la tu.Balik lah",terus Zamri meninggalkan isterinya pergi ke tempat letak kereta."Abang...tunggu"panggil penuh harapan Wafa pada suaminya yang tanpa belas kasihan meninggalkan dia menguruskan anak-anak mereka ke tempat parking."Abang,maafkan Fa bang...Abang,mana kisah indah kita semasa cinta kita sebelum kahwin.Kenapa semua sudah berubah bang?Wafa rindukan cinta kita dahulu.Indah sayang.Mana romantik kamu.Maafkan Wafa jika kasar padamu.Wafa sendiri pun tak tahu kenapa Wafa sukar nak terima kekasaran abang pada Wafa.Wafa akan melawan cakap abang tetapi jauh di benak hati,Fa cintakanmu..."bisik Wafa dalam hati untuk memujuk dirinya agar bersabar dengan apa yang berlaku.

Ah...cinta?ada orang kata cinta itu hanya cinta pada makhluk semata-mata.Itu definisi cinta bagi orang selain umat Muhammad S.A.W.Jika kita menaiki kapal terbang mahupun kapal laut, kita akan membeli tiket mengikut kemampuan kita.Jika kita mampu,sudah tentu beli kelah business,jika tidak hanya ekonomi jadilah.Kalau kaya,belilah kelas pertama (ekskutif). Kalau kelas pertama,kita akan berpakaian seperti orang kenamaan.Layanan terbaik dan dipandang tinggi oleh orang lain.Kalau kelas ekonomi,ala kadar je dan tempat duduk pun bersesak-sesak. Begitu juga dengan cinta.Islam telah menggariskan cinta kepada 3 peringkat iaitu:

  1. Cinta Agung
  2. Cinta Pertengahan
  3. Cinta Bawahan
Cinta Agung:


Satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi oleh ahli Taqwa dan Iman,fenomena cinta yang paling agung bak seperti kelas pertama (Ekskutif) adalah cinta pada Allah,RasulNya dan jihad Fisabilillah.Ianya tidak sama sekali dapat disama tarafkan dengan cinta kelas lain.Apabila sudah berada dikemuncak cinta kelas agung ini,kemanisan cintanya membuatkan gerangan empunya orang itu memiliki kesempurnaan cinta kepada pemiliknya yakni Allah S.W.T.Setelah dia mencintai Allah sudah tentu dia akan mencintai manusia paling dikasihi Allah yakni Muhammad S.A.W.Untuk mencapai status orang yang dikasihi olehNya dan diberikan kebebasan untuk terbang di istana syurgaNya,maka wujudlah lagi satu cinta yang hanya khusus buat manusia yang tidak cintakan dunia yakni jihad Fisabilillah.Jihad yang sangat besar di sisi Islam dan jika ikhlas kerana Allah,maka syurga untuknya.Firman Allah S.WT:

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,maka mereka (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi dan orang-orang siddiqiin dan orang-orang yang syahid,serta orang-orang yang soleh.Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)." An-Nisa':69

Cinta Pertengahan:


Ia adalah kekuatan daripada perasaan cinta di dalam hati dan emosi di dalam jiwa yang lahir daripada insan yang dilamun cinta terhadap orang yang dikasihinya dari aspek aqidah,keturunan,kaum kerabat,kekeluargaan dan persahabatan.Ianya terjadi antara seorang dengan ibu bapanya,adik beradiknya,anak-anak,seorang isteri kepada suaminya dan sebaliknya, cinta kepada persahabatan dan juga cinta terhadap negara yang tercinta.Islam mengiktiraf fenomena cinta ini sebagai cinta yang mulia.Perbezaannya dengan cinta fenomena cinta pertaman hanya dari segi kedudukannya sahaja.Cinta ini tidak dapat menandingi cinta kelas agung tadi.Tetapi kita mesti mempunyai cinta kelas pertengahan ini kerana untuk menjaga kemaslahatan individu dan keluarga secara khususnya dan untuk kemaslahatan bangsa dan insan secara amnya:Sabda Nabi S.A.W:

"Tidak beriman seseorang itu daripada kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"

Satu persoalan perlu diperhatikan.Adakah wujud sebarang penghalang yang boleh memutuskan fenomena cinta sederhana ini?Sudah tentu tidak.Islam tidak memisahkan cinta kelas pertama dan cinta kelas pertengahan ini.Ianya saling berkaitan.Contohnya,jika kita tidak mengecapi cinta daripada ibu bapa kita,maka kita juga tidak mendapat cinta dari Alllah kerana keredhaanNya bergantung kepada keredhaan ibu bapa kita.Ini menunjukan saling kaitan antara dua kelas cinta tersebut.Tetapi sejak kawafatan Nabi S.A.W,Cinta kelas kedua ini diabaikan lebih lebih lagi cinta antara sahabat.Apabila tiada kasih sayang antara sahabat maka wujudlah pengkelahian antara dua sahabat.Wajiblah mereka berdamai seperti mana sabda Nabi S.A.W:

"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari"

Cinta Bawahan:

Ianya hina dan sehina-hina percintaan.Ianya meruntuhkan dan membunuh keinsanan manusia.Ia terbahagi kepada beberapa bahagian:

  • Mencintai aspek ketuhanan selain Allah S.W.T seperti cinta terhadap 'tuhan' buatan manusia,batu dan sebagainya.
  • Mencintai musuh-musuh Allah.
  • Cinta yang mendorong kepada nafsu syahwat dan perkara keji sepertimana firman Allah S.W.T:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan....." Ali-Imran:14

  • Perasaan cinta terhadap ibubapa,anak-anak,isteri,keluarga,sumber rezeki dan negara yang melebihi cinta terhadap Allah,RasulNya dan jihad.
  • Cinta terhadap tuntutan hawa nafsu seperti bersifat ego,takabbur dan sebagainya.
  • Cinta terhadap perkara maksiat (hamba syaitan)
Nah,adakah kita tergolong dari salah satu golongan cinta kelas bawahan ini?Beristighfar lah kita kepadaNya kerana kita akan kembali kepadaNya kelak dan cinta apakah yang akan kita persembahkan kepadaNya kelak di hari Kemudian.Saya tertarik dengan golongan ketiga dan terakhir cinta kelas bawahan.Ia adalah masalah umum yang menjadi kebiasaan bagi umat Muhammad S.A.W.Dari golongan 3 dan 6 ini,kita simpulkan bahawa kedua-dua golongan ini mengalami gejala keruntuhan akhlak.Sudah enggak ada perasaan cinta pada tuhan.Mereka cintakan dunia melebihi segala-galanya.Dengan sajian hiburan melampau,teknologi hebat,makanan dan minuman yang haram,wanita-wanita,kekayaan,riba,judi,pembunuhan dan semua ini terbit ketika tidak ada lagi perasaan cintakan akhirat.Bagi mereka hidup di dunia hanya sekali dan waktu inilah mereka mahu "enjoy" sepuas-puasnya.Soal azab kubur dan neraka di ambil ringan.Ma tunggulah azabNya jika tidak bertaubat!

Bila keruntuhan akhlak menyerang saraf pemikiran umat Islam,maka amat mudahlah musuh- musuh Allah menyerang dan menindas umat Islam.Allah menarik perasaan takut dari hati musuh-musuh Allah terhadap Islam.Bukan Allah tidak sayang pada umat Muhammad tetapi sebagai teladan dan pengajaran berharga pada mereka untuk berubah.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.Kini umat Islam sedang menderita dan sementara menunggu turunnya Iman Mahdi dan Isa putra Maryam,hendaklah kita menjadi salah seorang pejuang Islam yang membangkitkan kembali aura kegerunan Islam di hati-hati musuh Allah ini.Ianya memerlukan masa yang lama tetapi jika kita tergolong dari golongan yang fisabilillah dalam memperjuangkan Islam,insyaAllah kita mendapat keredhaan dari-Nya.

Pengajaran dari kisah Zamri dan Wafa:

Wafa berkata dalam lubuk hatinya yang dia rindukan belaian romantik suaminya itu sebelum mereka diijabkabulkan.Nah..inilah contoh cinta kelas bawahan.Sudah hilang bibit cinta suci yang sepatutnya dipersembahkan selepas pernikahan tetapi dinodai sebelum berkahwin. Mereka bercinta sebelum berkahwin atau secara mudahnya mereka berkapel atau berasmara ketika masih belum sah sebagai suami isteri.Sebelum bercintalah mereka saling berkasih sayang,mencandu kasih dan berkasih sayang mengalahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak tunggal zuriatnya.

Masa itu semua indahnya.Kalau si jejaka berkata "Sayang,akan ku renangi lautan api untukmu" ...Wahhh..bukan berani dia tawarkan diri masuk neraka Allah.Dia sanggup masuk neraka Allah untuk melakukan segalanya untuk kekasihnya.Inilah penangan cinta kusut masai yang haram baginya.Bila sudah bernikah dan ketika semua itu nikmat pada pasangannya telah dirasai sebelum pernikahan,maka hilanglah seri rumah tangga yang dibina.Seperti kita meminati sesuatu manisan itu,jika diambil secara berlebihan akan mengurangkan nikmat kemanisan makanan itu dan akan boleh membawa mudharat buat kesihatan kita pada hari kemudian. Ini juga dapat diaplikasikan dalam hal cinta-cinta monyet ini.Bila semua sudah dirasai sebelum berkahwin,sudah tidak apa yang tinggal selepasnya dan berlakulah penyakit keruntuhan keharmonian rumah tangga selepas itu.Manakah silapnya?Siapakah yang menjadi mangsanya? Si anak.Dia dibesarkan dengan emosi kedua ibu bapanya yang sering tidak tenteram. Ini akan memberi kesan kepada tumbesaran mental dan fizikal kanak-kanak kecil ini. Permasalah ini akan dibawa oleh anak ini seterusnya menjadi satu fobia atau ikutan setelah ianya menjadi dewasa.Yang mencorakkan kehidupan seorang anak kecil adalah ibu ayahnya.Jika ibu ayahnya Nasrani atau Yahudi ataupun Majusi maka jadilah anak kecil itu seperti kedua ibu bapanya.

Nasihat:

  1. Sebelum mencintai Makhluk,cintailah si pencipta Makhluk yakni Allah S.W.T. Ada yang bertanya mengapa begitu sukar mencintai Allah.Senang sahaja.Hati manusia bagaikan gelas kosong.Apabila kita isi pasir-pasir halus hingga hampir memenuhi gelas itu. Dan apabila kita cuba mengisi dengan batuan kecil,sudah tentu akan terkeluar batuan kecil ini.Tidak mampu diisi lagi dalam gelas itu.Perlulah kita buang dahulu pasir halus itu,diisi dengan batuan keciL hingga penuh.Kemudian taburkan pasir halus itu dan ianya pasti akan memenuhi celahan batuan kecil td sehingga gelas itu padat dengan batuan kecil dan pasir bersama-sama.Dalam hal ini,batuan kecil adalah cinta agung.pasir adalah cinta pertengahan.Untuk mulakan cinta agung,hendaklah dibuang cinta pertengahan itu dahulu.Apabila sudah kosong hati ini,isikan dengan cinta agung.Sangat mudah diisi jika tiada lagi cinta selainNya di dalam hati sanubari kita ketika ini.Setelah diisi cinta agung,Allah akan berikan kepada kita cinta pertengahan ini sebagai ganjaran kita berusaha mencintaiNya dahulu sebelum mencintai yang lain.Indah sungguh Islam dan cinta suci....
  2. Susah nak lupakan si dia?Memang sukar.Sebab hati ini telah dihitamkan oleh Syaitan Laknatullah.Yang sudah berpasangan itu,elok-eloklah bertaubat.Kemudian jika mahu teruskan,gunakan orang tengah,hantar pinangan sekurang-kurangnya. Dan jika tidak mampu lakukan kedua-duanya,lebih baik anggap hanya seorang sahabat baik sahaja.Jangan berlebihan kerana di antara pasangan bukan muhrim itu pasti akan ada orang ketiga yakni syaitan dan iblis.Jika mencintainya,luahkan padanya menggunakan orang ketiga atau luahkannya secara berdepan BERTEMANKAN sahabat mahram bagi pasangan kita tersebut.Katakan padanya kita mahu jadikan si dia sebagai Zaujah dan Zaujunnya.Katakan padanya,kita sedang berusaha menggapai cita-cita itu.Dan berikan hadiah yang bermanfaat padanya.Kerana wanita itu suka pada hadiah.Dan dia sukakan pada mereka yang mengambil berat terhadapnya.Maka lakukan itu sekadar yang boleh.Jangan melebihi.Jika tidak,akan tejerumus ke lembah penzinaan.Astagfirullah...
  3. Selepas berkahwin jangan lah jadi seperti situasi si Zamri dan Wafa.Hendaklah dipupuk cinta selepas bernikah.Pimpin tangan isterimu selepas mempunyai anak.Bukan hanya semasa berbulan madu sahaja.Sentuhan tangan yang erat antara suami isteri akan mengugurkan dosa di celah jari-jemari mereka.Sungguh Allah memuliakan cinta suci antara pasangan suami isteri yang soleh itu.
Semoga kisah di atas menjadi tauladan berguna buat kita yang masih belum berumahtangga. Dari sekaranglah,didik diri kita menjadi insan yang soleh dan solehah.Untuk mendapat suami yang soleh,didik dirimu wahai muslimah untuk menjadi solehah.Jangan tunggu si suami yang soleh untuk mengubah mu kelak kerana kamu tak mampu menjumpai suami yang soleh jika kamu tidak solehah.Begitu juga untuk si suami.Mahu cari yang solehah,solehkan dirimu. Cinta Allah dan RasulNya sebelum mencintai makhlukNya.Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca sekalian...Moga ianya bermanfaat pada kita..InsyaAllah.Doaku buat Muslimah bakal penyeri kehidupan berumahtanggaku kelak:

"Ya Allah,tuhan yang menjadikan cinta,menciptakan cinta adam dan hawa sejak di jannahnya lagi.Menurunkan cinta ke bumi sebagai pemimpin khalifahNya ini.Ya Allah,aku dambakan cinta padaMu.Aku kasihi pemberi hadiah dari hadiah yang diberi.Aku cintakan Kamu,Aku cintakan RasulMu.Aku cintakan jihad Fisabilillah.Semuanya cita-citaku.Ya Allah,aku perlukan pengisi hatiku seperti mana Engkau isikan hati Adam dengan Hawa.Ku berdoa padamu, terbitkan rasa cinta yang suci diantara ku dan pasangan ku kelak.Ku tunggu diKau kurniakan ku bakal Zaujahku itu.Aku berusaha,berdoa dan bertawakal.Tidak aku jumpainya sebaik yang ku inginkan kerana ku rendah disisimu.Iman ku rendah.Tetapi,aku berusaha sebaiknya untuk tingkatkan kesolehan ku bukan hanya untuk ditemukan insan solehah itu tetapi untuk mendapatkan keredhaan mu ya Allah.Engkau Tuhan Yang Maha Cinta.Kurniakan aku cinta suci yang dihadiahkan olehMu padaku...Amin Ya Rabbal A'lamin..."..

Segala kesilapan datang dari Allah tetapi bersandarkan atas kelemahan diri saya.Dan segala yang baik dariNya.Saya hanya menumpang.Sebarang maklum balas amat-amat saya alu-alukan.Jika ada yang terasa,saya dahulukan dengan maaf zahir dan batin.

Nukilan hati,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...






0 Kesan Parut: