Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Aku mahu tanda pada dia wahai bakal zaujahku



Di suatu petang (9/12/2008)..

"Assalamualaikum Ameer,sukacitanya dimaklumkan hang menjadi penyampai tazkirah bulan disember dan januari ini",sapa aku pada dia."Waalaikumsalam,ada jadualnya?",balas Ameer."Ada ja,nanti aku bagi kat hang",Jawab ku dengan penuh yakin."Ameer betulker hujung minggu ini ada K-SPOD?",tanyaku untuk mendapatkan kepastiannya."Tak silap aku betullah.Cuma aku rasa aku tak dapat hadir sebab aku tunang masa tu".Terkejut aku mendengar jawapan dia.Bukan kerana ketidak kepastian dia pada tarikh K-SPOD tapi perkataan T.U.N.A.N.G itu membuatkan aku sangat-sangat teruja mendengarnya."Hah!bila hang nak bertunang?siapa calonnya?","InsyaAllah sabtu ini kat Pahang.Calonnya orang-orang kita juga",jawab Ammer dengan penuh yakin. "Boleh aku tahu siapa yang bertuah tu?",tanya ku seperti tak sabar pula."Ala,dia hang kenal" (tak perlu aku rasa beritahu siapa dia).Aku terus bersalaman dengan Ameer dan ucapkan tahniah buat dia."Sejak bila hang dengan dia?bila rasa nak kahwin?",soal siasat aku seperti seorang pegawai polis."Hehehe,dah setahun dah.InsyaAllah dalam tempoh setahun akan bernikah.Jom makan kat COE Foodcourt,leh berbual lagi,"pelawa Ameer padaku."Ok,boleh aja..tahniah Ameer!".Kami beredar bersama ke COE Foodcourt...

Itulah perbualan ringkas yang sangat berguna buat ku pada petang itu.Seorang lagi sahabatku langkah kaki kanan untuk menuju ke jalan yang diredhaiNya.Umurnya muda setahun dariku tetapi rezekinya cepat benar.Dan calon isterinya juga bagiku adalah setaraf denganya.Sekufu. Baik dari segi akhlak dan agamanya.2 minggu lepas kawanku Haslinda menjadi isteri orang.Lebih kurang 4-6 bulan sebelum itu,kawan Nazmie yang aku kenal telah merisik pihak perempuan.Juga muda setahun dariku.2 Tahun sebelum itu pula,sahabatku dari MRSM Muar yang juga Siswa di Uniten bersamaku telah pun berkahwin ketika berumur 20 tahun.Isterinya juga sama MRSM dengan dia dan aku.Kini sudah berpunya seorang anak.Ada juga seorang dua rakanku telah bertunang.Tahniah ku ucapkan kepada mereka.

Aku?Aku belum tahu arah tujuku.Dalam hati jeles juga aku.Ada yang kata aku menggatal atau tak sbaar-sabar.Bukan tak sabar tetapi benda yang mungkin baik untuk kita,boleh sahaja kita percepatkan.Calonnya?Macam ada tetapi belum diputuskan lagi kerana apa?Kerana dia juga belum bersedia ke arah itu.Aku memang mahu persiapkan diri ini ke arah itu.Cuma aku perlu peningkatan yang perlahan tetapi constant bagiku.InsyaAllah.Jika tiada halangan ibu dan abah,aku mahu bertunang dalam tempoh 1 - 2 tahun dari sekarang.Amin Ya Allah.Aku mahu hubungan yang diredhaiNya.Moga Allah bantu harapanku ini.Masalahnya adalah pada keluargaku.Ini merupakan maslaah utama.Aku tak salahkan mereka.Mereka tentu lebih arif dalam hal ini.Cuma aku berdoa moga Allah bukakan hati mereka untuk mereka terima permintaan aku untuk percepatkan apa yang ku pinta itu.Untuk kebaikan ku dan mereka jua. "Faiz,nak bagi makan apa kat anak dara orang?",tanya ibuku."Bantu mak ayah dulu baru fikir pasal kahwin",sambung ayahku seperti menyokong ibuku.Jika mak dan abah dengar atau baca tulisan ini,aku tahu aku belum ada pekerjaan tetap.AKu tahu itu.Aku juga tahu sebagai anak lelaki sulong,wajib aku bantu mereka kerana mereka orang tuaku.Aku bukan pinta berkahwin terus.Mungkin setelah Graduasi atau tahun akhir baru aku berkahwin,tetapi sebelum itu,moga aku dapat tandakan seorang gadis itu sebagai calon isteriku agar tidak disambar orang. Rezeki selepas berkahwin,sangat banyak dan rezeki terbesar ialah anak.Aku mahu dewasakan diri ini. Moga ibu dan abah tahu akan harapan ini.Aku masih mencari calonnya.Dan aku tahu,selain mencari calon itu,tugasku yakni belajar dan berdakwah juga harus diutamakan.Aku berserah padaNya.INDAHNYA CINTA JIKA IA SUCI,SEINDAH CINTA ADALAH CINTA PADA ALLAH DAN RASUL.SEINDAH CINTA DUNIA ADALAH ISTERI SOLEHAH!

Dari hatiku untuk tatapan kalian,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...

1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

hahah..citer la skali kita mkn aper.. =p amin..aku doakan ko pon dipercepatkn jodoh..