Alhamdulillah,akhirnya setelah seminggu aku pening kepala,perah kepala dan menggaru kepala yang tidak gatal ini,dapat jua aku membuat keputusan,apakah subjek yang patut aku ambil untuk Sem 2 2008/2009 atau Sem 4 pengajian ku di Uniten.Aku berjaya drop kan subjek Numerical Method dan digantikan dengan Thermodynamics II yang sememangnya adalah rezeki ku kerana aku adalah antara yang terakhir diberi peluang olehNya untuk add subjek ini. Bukan aku tak mahu ambil Numerical tetapi aku gusar apa yang aku belajar Thermodynamics I akan ku lupa setelah satu Sem aku tinggalkannya.Baik aku ambil Thermo II sekarang dari sem yang akan datang.Malah bila aku drop Numec,jadual ku pada hari Selasa kurang padatnya berbanding jadual sebelumnya.Jika tidak,aku ada kuliah dari jam 8 pagi hingga 3 petang tanpa rehat.Subhanallah penatnya.Tapi dapat jua aku perbaiki jadual ku ini agar lebih relax dan tenang.Alhamdulillah aku telah konfirmkan yang aku mengambil subjek Mechanic of Materials, Thermodynamics II,Fluids I,Theory of Machines,Lab Mechanics of Materials dan Lab Thermofluids.Semua subjek tersebut adalah asas sebenar buatku dalam bidang kejuruteraan Mekanikal yang serba mencabar ini.Moga dapat aku lalui sem baru ini dengan berjaya.
MANUSIA AKHIR ZAMAN
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan