Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

"Aku sudah siapkan AZAB untuk mereka!"



Ketika terjadi perdebatan antara kaum kafir Quraisy dengan Rasulullah S.A.W,Abu Jahal dengan sombong dan biadapnya telah bertanya kepada baginda "Hei Muhammad!Bukankah kamu pernah mengatakan bahawa kaum Musa telah disambar petir ketika berkeras hendak melihat Tuhan?Kalau betul kamu nabi kami,kami pun ingin disambar petir!Apa yang kami inginkan ini lebih besar daripada keinginan kaum Musa kerana mereka beriman dan menuntut diperlihatkan Tuhan tetapi kami tidak beriman.Jadi kalau kami tidak beriman,dapatkah kamu bawa Tuhan kamu itu bersama para malaikatnya ke hadapan kami hingga kami dapat melihatnya dengan mata kepala kami sendiri?"

Rasulullah S.A.W tidak terus menjawab pertanyaan itu,sebaliknya bertanya kembali kepada bapa saudaranya itu "Wahai Abu Jahal,tahukah kamu kisah Ibrahim al-Khalil?Ketika itu dia dibawa ke atas malakut langit sebagaimana ayat Al-Quran menyebut "dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami) di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam golongan orang-orang yang yakin"(Al-An'am:75).

Rasulullah S.A.W memberitahu si Abu Jahal pada ketika itu Allah telah menguatkan pandangan Nabi Ibrahim hingga dapat melihat segenap penghuni bumi.Sewaktu melihat ke sepelosok dunia dunia ini,Ibrahim tiba-tiba terpandang pasangan lelaki dan wanita sedang melakukan maksiat.Ibrahim mengutuk pasangan itu dan mereka pun binasa ketika itu juga.Kemudian Ibrahim melihat lagi satu pasangan lantas dia mencerca pasangan itu.Seperti pasangan sebelumnya,mereka yang sedang leka berzina itu mati ditimpa azab pada saat itu juga.

Dari atas malakut langit itu,Ibrahim kemudian terpandang lagi sepasang kekasih yang sedang melakukan perbuatan keji itu.Dia mengutuk pasangan itu dan kemudian kedua-duanya binasa juga.Untuk keempat kalinya,Ibrahim sekali lagi melihat sepasang kekasih berzina.Baginda begitu marah tetapi ketika hendak mencerca pasangan itu,tiba-tiba Allah berseru kepadanya,"Wahai Ibrahim,janganlah kamu mengutuk hamba-hambaKu kerana sesungguhnya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,Maha Perkasa lagi Maha Penyabar.Aku melihat mereka berbuat maksiat tetapi aku tidak mengazab mereka untuk meluahkan kemarahanKu sebagaimana yang kamu lakukan.Jadi hindarilah mengutuk!Kamu adalah hamba yang Ku utuskan untuk menjadi peringatan kepada hamba-hambaKu yang lain,kamu bukanlah sekutu dalam penghukuman dan kamu juga tidak mempunya kuasa keatasKu.Sedarlah!Hamba-hambaKu tidak keluar dari keadaan-keadaan ini bagi mereka yang berbuat maksiat,aku tidak segerakan menghukum mereka.Jika mereka bertaubat,aku akan mengampuni dosa-dosa dan menutup keaiban mereka.Aku menangguhkan balasan ke atas sebahagian daripada pelaku maksiat kerana Aku mengetahui daripada sulbi mereka akan lahir anak anak yang beriman.Oleh kerana itu Aku bersikap tolak ansur dengan ayah dan ibu yang kafir,sampai mereka melahirkan anak-anak itu.Saat maksudKu itu sampai,maka Aku hantarkan seksaan-seksaanKu kepada mereka dan mereka akan terseksa dengan azabKu itu,Janganlah kamu bimbang kerana jika mereka tidak bertaubat dan tidak melahirkan anak-anak soleh,Aku sudah menyiapkan azab yang lebih pedih daripada keinginanmu yang membinasakan mereka.KutukanKu sepadan dengan keagungan dan kebesaranKu.Jadi wahai Ibrahim,biarkan Aku dengan hamba-hambaKu.Aku lebih penyayang daripadamu terhadap mereka,janganlah kamu pisahkan antara Aku dan mereka.Aku Zat yang Maha Perkasa,Maha Penyabar dan Maha Bijaksana.Dengan pemeliharaan dan IlmuKu,berlakulah Qadak dan QadarKu terhadap mereka"

Sesudah menceritakan kisah tersebut,Rasulullah S.A.W memberitahu Abu Jahal,"Kamu pun diberi penangguhan oleh Allah sampai lahir dari sulbimu anak yang soleh,ikramah,yang akan menjadi ketua kepada sebahagian daripada urusan kaum Muslimin.Jika tidak kerana sebab itu,sudah pasti azab sudah pun diturunkan kepadamu.Allah juga menangguhkan seksaan keatas kaum Quraisy kerana Dia mengetahui setelah itu mereka akan beriman.Oleh sebab itu,biarpun dengan kekufuran yang nyata,Dia tidak menhalang mereka daripada mendapat kebahagian pada masa kana datang.Atau dengan alasan bahawa akan lahir daripada mereka anak-anak yang mukmin,maka Dia menunda azab si ayah sampai anaknya mencapai kebahagiaan.Jika tidak kerana sebab itu,kamu semua kaum Quraisy sudah pun diazab!"

Kesimpulan:
  1. Tugas menghukum sebenar adalah kuasa Allah dan bukan kuasa kita manusia yang hina ini.
  2. APa yang Allah lakukan seperti menunda azab ataupun menunda rezeki kita kerana ada sebab musababnya.Allah tidak akan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Maka terimalah ketetapannya dengan penuh keredhaan.Berusaha,doa dan tawakallah kepadaNya.
  3. Tidak semestinya ayah yang kafir anaknya juga kafir dan tak semsetinya ayah beriman anaknya beriman.Maka istilah Bapa Borek Anak Rintik tidak relevan dalam hal ini.
  4. Walaupun manusia melakukan sebesar-besar maksiat atau dosa kecuali syirik,Allah akan mengampunkan dosa besar mereka kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

salam
sekadar pertanyaan utk mengelakkan sy drpd kekeliruan n salah fhm...
perdebatn antr Rasulullah n Abu Jahal trsbut berlaku d mna? n yg terlbt dlm perdbtn tersbt Abu Jahal ke Abu lahab?