Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

...Kehilangan Sahabat-Sahabatku...

Sahabat adalah segala-galanya buatku

Sahabatku dahulu,Assalamualaikum...Moga sejahtera keatas mu...

Hari ini Rabu (3/12/2008) letih benar kaki ku.Tak tahu kenapa dan apa puncanya.Aku jadi letih segalanya.Dari hujung rambut ke hujung kaki.Aku juga letih hati.Letih hati kerana sudah lama hati ini terasa terpinggir.Aku kini terasa aku sangat dipinggirkan oleh beberapa orang. Yang pasti aku sesama kaum sejenisku yakni adam tiada apa masalahnya.Cuma aku juga punyai sahabat atau teman dari kaum hawa.Cuma sekarang satu persatu tinggalkan aku.

Kepada seseorang yang berada di tempat aku menuntut ilmu,aku tahu aku salah.Ya memang salahku.Aku tahu aku hanya mampu pohon dan pohon kemaafan darimu. Aku menyesali apa yang telah berlaku.Aku cuba hubungi kamu,SMS kamu,FS kamu,YM kamu dan sebagainya tetapi... aku rasakan temanku ini makin jauh dariku.Kita sahabat tetapi kenapa jadi begini.Besar sangatkah kesalahan ku?Hina sangatkah aku?Aku senantiasa doakan kebaikan buatmu sebagai teman baikku. Aku masih anggap dirimu sebagai pengisi masa kekosonganku.Tetapi tidak ku tahu dari dirimu.Aku tidah harapkan lebih cuma apabila kita mengambil berat hal seseorang, dan seseorang itu tidak membalasnya,aku rasa diri aku sangat rendah dan sangat teruk perangaiku. Jika ku pohon maaf darimu masih tidak mencukupi buatmu,tak terucap apa yang patut ku ucapkan.Moga kamu mencari yang baik dalam hidupmu.Jika selama ini aku hanyalah teman yang teruk di matamu,ku pohon maaf.Aku bukanlah manusia luar biasa.Aku buat terbaik untuk dirimu.

Dan aku juga kehilangan seorang sahabat yang dulu penah mengisi ruang hatiku selama 3 tahun. Ku tahu ianya bukan salahmu semata-mata tetapi perselisihan faham dan takdir Allah menentukan aku dengan yang lain dan kamu dengan yang lain.Setiap lelaki ada egonya dan aku juga punyai egonya.Tetapi aku pohon jua kemaafan darimu dengan harapan menggunung tinggi yang kita masih boleh berkawan sahaja.Hanya berkawan niatku tak lebih dari itu sebab ku tahu kau punyai yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu kelak.Aku doakan kesejahteraan mu dengan dia.Cuma jika ada kesempatan berikanlah aku peluang untuk menjadi hanya seorang kawan biasa yang penah kau kenali.Itu sahaja..aku pun tak harapkan lebih dari itu... Itupun jika kamu sudi membuatku sebagai kawan,bukan sahabat apatah lagi teman.Hanya kawan... Ttepai jika kamu keberatan,aku pasrah.Sekurang-kurangnya aku berusaha dan jika tak berjaya, memang semuanya kelemahan dari diriku yang memang hina ini.

Aku penat memikirkan hal ini.Aku tak mahu lagi kehilangan sesiapa.Aku masih belum menjumpai apa yang ku ingini.Inilah isi hatiku yang bersarang dalam hatiku.Aku perlukan cahaya.Cahaya iman dan cahaya penyeri.Penyeri tidak ku temui lagi.Penyeri itu bukanlah teman gidup semata-mata tetapi seorang yang ku pernah bersahabat bail dulu kembali berkawan denganku sekurang-kurangnya.Mungkin ini harapan ku...Moga yang terlibat mendengarnya..

Ikhlas dari hatiku,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...

1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

Slm.

Mungkin teman kena byk bincang tentang masalah ikhtilat.