...Assalamualaikum w.b.t...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang,aku hambaNya yang kerdil melafazkan setinggi kesyukuran padaNya kerana memberi aku peluang untuk mencoret serba sedikit kisah hidupku di blog ku yang tercinta ini.
Hari Ahad,baru aku ingat aku dijemput ke Majlis Walimahturus sahabatku Muaz di Klang. Teman-teman serumahku bersamaku bergegas ke Klang pada jam 12.30 pm.Kami terlambat kerana menunggu kepulangan Fizi dari kampung halamannya.Perjalanan 30 minit terasa sebentar kerana perjalanan yang sangat lancar tanpa kami mengalami kesesatan.Kami menjamah nasi minyak Muaz dengan begitu selera sekali.Kemudian kami terus bergegas ke Low Yat kerana saudara Nazmie berhajat membeli Desktop.Aku membantunya dalam mencari spesifikasi yang terbaik buatnya.Oh..sungguh penat hari ini.Kelancaran ke Klang semasa pergi tidak berpanjangan hingga ke petang ketika kami menuju ke Low Yat.Jalannya sungguh sesak.Itulah masalahnya jika kami menggunakan kereta ke pusat bandaraya.Jam 9 malam baru kami pulang setelah singgah di rumah Nazmie di Cheras.Aku terus melepaskan lelahku di atas kerusi plastik yang berhadapan dengan Laptop ku..
Isnin,tugasku menjadi bertambah berat.Aku bersedia dalam mempengerusikan mesyuarat bersama AJK Biro Programku.Mesyuarat yang diadakan di Masjid UNITEN jam 10 pagi itu dihadiri oleh 6 orang termasuk aku. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam meeting tersebut yakni dari segi masa,tugas,peranan setiap orang hinggalah keperluan yang diperlukan ketika program diadakan.Mungkin ada yang bertanya mengapakah aku sibuk dalam meeting ini?Kerana aku telah diamanahkan menjadi Ketua Biro Program dan Protokol bagi Induksi AJK PPI 2008-2009 yang akan diadakan di UNITEN Kelak.Ya Allah berikanlah aku kekuatan.Sesungguhnya aku tiada daya melainkan dengan pertolonganMu Tuhanku.Aku rasakan meeting ini tidak mencukupi untuk memperjelaskan perjalanan program kelak.Kenapa?Akan ku jelaskan kelak...

Ah baru aku ingat aku masih tidak menyiapkan Lab Repot Thermofuild aku ini.Ya Allah.Bagiku begitu sukar untuk memahami apa yang aku buat ketika berada di dalam Makmal. Rakan-rakan seperjuanganku juga mengalami masalah yang serupa.Aku menghabiskan masa 4 jam di depan Laptop memasukkan data kedalam MS Excel 2007.Sudahlah aku lemah Excel tetapi terpaksa juga aku hadapi software yang aku cukup benci ini kerana mahu menyiapkan tugasan yang diberikan.Jam 6 aku siap.Tetapi aku sedar,memang banyak kesilapan aku telah lakukan.Tidak mengapa,sebentar lagi akan ku bertanya pada rakanku.Aku tatap kembali jadual hidupku,Meeting selesai....Lab Report selesai....Kuiz Thermo dan Fluid esok....belum!MasyaAllah. Ya Allah,sungguh sibuk aku dalam menguruskan hidupku seharian. Tanpa berlengah masa,malam itu aku mengulangkaji subjek Thermo dan Fluid walaupun aku merasa bahang kepenatan membakar diriku.
Jam 6am,Selasa...Jam 8 aku ada kuliah MoM.Anak tekakku mula meragam.Aku abaikan sahaja kemanjaan anak tekakku ini.Mungkin dahaga agaknya.Aku terus bangkit untuk solat.Sejuk pada pagi itu. Aku dalam dilema mengantuk kerana stay-up pada malam sebelumnya.Kuliah MoM,Lab Thermofluid dan kemudian Fluid aku lalui.Bermula saat kuliah fluid,hidungku pula nakal terhadapku.Tak semena-mena aku bersin banyak kali di dalam kelas.Badanku rasa seram sejuk.Hidung mula berair.Adakah aku kena Sinus kembali?Ya memang benar.Aku rasa sangat tidak selesa ketika itu.Sebentar lagi aku akan hadapi pula kuiz Thermo 11.HuHuHu.Dalam keadaan serba kekurangan,aku hadapinya tetapi seperti yang diduga aku tidak dapat menjawab kuiz yang diberikan berbanding dengan kuiz Fluid tadi.AKu redha padaNya.
Tit tit tit."Assalamualakum kepada semua AJK untuk Induksi AJK PPI,anda diwajibkan hadir ke meeting Induksi AJK pada malam ini jam 9.15pm di Masjid Uniten.Meeting untuk Progress setiap biro.Kehadiran sahabat adalah diwajibkan",SMS dari Hakim,Pengarah Induksi Ajk. menjerngah handsetku.Aku terus menelefon sahabatku Zaidah yakni AJK Biro Program untuk menyatakan bahawa aku tidak dapat hadir pada meeting pada malam itu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Ada orang dari biroku akan menggantikan aku pada meeting malam itu.Dan pada malam itu lebih kurang jam 10.30pm aku mendapat mesej berbunyi," Salam Faiz,enta kena datang juga malam ini.Perbentangan progress biro program kacau bilau".Pada saat aku membaca SMS itu,hati aku jadi gundah gulana.Apakah penerangan yang aku telah perjelaskan pada ajk biro-biro ku?Adakah aku gagal dalam memberikan penerangan kepada mereka ketika mesyuarat pagi Isnin?"Maaf atas segala kekurangan dan kesulitan yang dihadapi,insyaAllah Jumaat ana akan buat dua meeting yakni meeting bersama ajk program ana dan meeting bersama Excp-Exci PPI untuk memperjelaskan lagi perjalanan program Induksi AJK berkenaan.Asif Jiddan"ini sahaja aku mampu balas kerana aku sangat kepenatan disebabkan kesakitan yang aku hadapi.Moga mereka memahami situasiku.
Rabu,keadaan ku makin teruk.Lab MoM pada pagi hari,aku sangat berada dalam keadaan tidak sihat.Badanku terasa sejuk.5 jam dari saat itu aku akan menghadapi pula Kuiz ToM.Apa yang aku sempat baca ToM pada malam sebelum itu tidak aku pasti samada aku memahaminya.Aku telah berusaha.Aku beserah padaNya.2 soalan kuiz ToM,agar sukar bagiku dengan hidungku seperti empangan pecah.Basah...Mataku layu kerana telah memakan ubat Sinus pemberian ibuku.Aku tekad selepas Kuiz ini akan ku pergi ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahra di Bangi untuk mendapatkan rawatan yang sebaiknya.Bukan sekadar aku berserah padaNya sahaja.Aku perlu berusaha juga.RM 78 aku dicas untuk bayaran bil perubatan.Aku tidak mengira dalam hal kesihatan.Biar duit habis tetapi biar aku punyai kesihatan yang baik untuk beribadat padaNya serta dapat melunaskan tugasan yang telah dipertanggungjawab kepadaku yakni Induksi AJK PPI.Saat aku menulis artikel ini,baru memasuki jam 4pm,malam nanti aku akan ke Amanah,Uniten untuk bertemu adik-adik usrahku.Ada tugasan akan ku berikan kepada mereka.Kemudian akan ku siapkan teks pengerusi majlis untuk Induksi AJK PPI sabtu ini. Esok,Khamis,tahun baru bagi umat Kristian,aku akan meneruskan tugasan dalam menyiapkan MasterPlan Biro Program.InsyaAllah,malamnya akan ku siapkan.
Ya Allah,aku bersyukur kerana dalam kesakitan dan kesibukan yang Kau bebankan kepadaku,aku merasa aku disayangi olehMu.Aku redha dengan ujianMu ini.Kesakitan+Kesibukan ku ini,aku ku lalui penuh tabah agar ku menjadi golongan yang mendapat rahmat keredhaanMu Ya Allah...Aku kasihi diriMu...Bantulah aku,hambamu yang hina ini..AMin...

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan