Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Hangat!!!Hanya Friendster Muslimin dan Muslimat di HACK???!!!



...Assalamualaikum...

Panas!Sejak 2-3 hari lalu,ramai di kalangan muslim yang memiliki Friendster (FS) di Malaysia menghadapi masalah di gondam(HACK) Fs mereka termasuk saya.Demi Allah saya tidak pernah mengirim Testimonial atau Comment berbau lucah seperti gambar atau video.Begitu juga ratusan Friendster sahabat-sahabat yang beragama Islam di Malaysia yang dihack seperti saya. Ianya seperti dihack secara terancang kerana Testimonial Lucah ini tidak di sent ke Fs bukan milik Muslim.Yang menerima atau mengirim adalah hanya terdiri daripada orang Muslim!Ianya seperti mahu menganiyai umat Islam!Adakah hackers FS ini bertujuan untuk memburukkan nama orang Islam dan juga menyuburkan fitnah dikalangan umat Islam yang menggunakan FS. Apabila rakan bukan muslim kita melihat comment atau testimonial dari kita yang berbau lucah ini,sudah tentu mereka akan pandang serong terhadap kita.Begitu juga,mereka yang menerima Testimonial Lucah ini dari sahabat semuslim mereka akan mempersoalkan kenapa sahabat mereka itu memberikan testimonial seperti itu?Yang memalukan mereka ketika orang lain view page kita.Ini akan menimbulkan fitnah antara kita umat Muhammad S.A.W.Astaghfirullah...

Moga kita dijauhkan dari fitnah serta bersangka buruk.Sesungguhnya bukanlah niat saudara kita itu untuk memberikan Testimonial seperti dia atas.Akaun FS mereka telah diHack!Hope perkara ini dapat disebarkan.Diminta kita sentiasa menyemah FS setiap hari agar tiada Testimonial sedemikian diterima atau dihantar oleh 'kita'.Ataupun tukar kata laluan kita. Moga kita memandang serius perkara ini.Jazakallah...

0 Kesan Parut: