SEOUL, 14 Dis (Hrkh) - Kerajaan diminta menyiasat aktiviti gerakan Keristianisasi di kalangan pelajar di Korea Selatan kerana dibimbangi ia boleh mempengaruhi pelajar Malaysia beragama Islam di negara pengeluar produk bertaraf antarabangsa itu.
Menurut satu laporan dari sini, pendakyah Keristian di negara tersebut cuba mempengaruhi pelajar Malaysia yang belajar di beberapa buah universiti di negara tersebut dengan pelbagai cara termasuk secara ugutan.Gerakan itu amat merbahaya kerana ia boleh memesongkan kefahaman dan akidah pelajar-pelajar beragama Islam terutama pelajar yang mudah terpengaruh dengan budaya asing dan tidak kuat pegangan agama mereka.
Pelajar berkenaan dikatakan diberi penjelasan mengenai asas-asas agama Keristian termasuk Triniti (Tiga Unsur Ketuhanan: Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak)."Ada pelajar beragama Islam memahami bahawa terdapat mazhab agama Kristian yang sesat dan tidak sesat. Ada mengatakan ajaran Triniti adalah sesat sementara lain tidak," jelas laporan itu.
Kekeliruan tersebut disifatkan sebagai merbahaya dan boleh menjejaskan kefahaman pelajar Islam terhadap agama masing-masing jika tidak diperbetulkan semula.Gerakan Kristian negara tersebut mengadakan aktiviti dari pintu ke pintu, termasuk ke rumah sewa pelajar-pelajar berkenaan dengan menyampaikan ajaran Kristian melalui bahasa Korea.
Pendakyah Kristian itu ada kalanya bersifat agresif, memaksa mangsanya memeluk agama Keristian.Gerakan tersebut lebih tersusun dan mempunyai perancangan yang rapi untuk mengkristiankan rakyat Korea Selatan dan penduduk asing termasuk pelajar Malaysia.Perancangan itu didakwa lebih baik dari kumpulan pendakwah Islam termasuk Jamaah Tabligh yang bergiat di negara tersebut.
Tidak diketahui apakah kumpulan Islam tempatan yang bergiat untuk menjaga kepentingan penduduk agam Islam di negara tersebut setakat ini.Laporan itu menyebut, pelajar Malaysia di negara berkenaan, kini tidak ada pemotivasi termasuk seorang guru agama Islam dari Malaysia untuk tujuan tersebut ketika berada di negara maju itu.Bagimanapun setakat ini tidak ada laporan menyebut ada pelajar yang terpengaruh dengan dakyah agama tersebut sekali gus menjadi murtad.
Namun jika tidak ada kawalan ketat dan sistem pendidikan agama tersusun dari pihak Kementerian Pelajaran tidak mustahil pelajar-pelajar berkenaan akan terpengaruh dengan dakyah tersebut atau terus menjadi murtad.Laporan itu juga menyebut, pelajar-pelajar berkenaan mengambil inisiatif sendiri menjalankan aktiviti sihat termasuk mengadakan halaqah perbincangan berpandukan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. serta mengadakan kegiatan menjurus ke arah amalan sunnah nabi s.a.w. secara persendirian tanpa panduan dari mana-mana pihak berdasarkan kepada pengalaman masing-masing.
Pihak kementerian berkenaan diminta berwaspada dengan aktiviti gerakan Kristian terhadap pelajar Islam di negara tersebut bukan cuba menghalang mereka menjalankan aktiviti sihat tersebut.Bagaimanapun tidak ada sebarang sekatan dibuat oleh pihak kementerian itu terhadap aktiviti-aktiviti seumpama itu terhadap pelajar Malaysia di negara tersebut.Menurut laporan, pelajar-pelajar Malaysia ada yang akan pulang ke tanah air untuk bercuti sebulan mulai Jun tahun depan.
(Petikan/Sumber dari Harakahdaily)
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan