…Buat Muslimah…
Khas…Muslimah Yang Sedang Menatap Lembaran Puitis ini,
Buat Muslimah Yang Hebat Kesabarannya,
Buat Muslimah Yang Agung Pengorbanannya,
Buat Muslimah Yang Tinggi Akhlaknya,
Buat Muslimah Yang Cantik Wajahnya,
Buat Muslimah Yang Manis Perkataannya,
Buat Muslimah Yang Tunduk Wajahnya,
Buat Muslimah Yang Putih Suci Maruahnya,
Buat Muslimah Yang Lembut Fizikalnya,
Buat Muslimah Yang Kuat Hati Nuraninya,
Buat Muslimah Yang Kuat Agamanya…
Mengapa dirimu hebat kesabarannya?
Kerana kamu sudah biasa dengan kesusahan…
Mengapa dirimu agung pengorbanannya?
Kerana kamu pewaris Sumaiyyah…
Mengapa dirimu tinggi akhlaknya?
Kerana kamu miliki keluarga dan sahabat yang berakhlak Qurani…
Mengapa dirimu cantik wajahnya?
Kerana air wudhuk penyeri wajahmu…
Mengapa dirimu manis perkataannya?
Kerana bibir merahmu basah dengan ayat-ayat suci Al-Quran…
Mengapa dirimu tunduk wajahnya?
Kerana wajahmu hanya layak di tatap oleh Zaujunmu kelak…
Mengapa dirimu putih suci maruahnya?
Kerana kamu ciptaan Allah untuk pemuda beriman…
Mengapa dirimu lembut fizikalnya?
Kerana kamu wanita sejati yang lemah lembut…
Mengapa dirimu kuat hati nuraninya?
Kerana kamu utuh bersama rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam…
Mengapa dirimu kuat agamanya?
Kerana kamu Muslimahku…Wanita Solehah impianku…
Dirimu oh Muslimah,membuatkan ku bangga
Membuatkan ku tenang dan gembira…ketika mendengar suara mahupun dirimu
Kerana dirimu bersih dan penyejuk mata memandang
Engkaulah Perhiasan Dunia terindah untuk pemuda yang beriman
Buat Muslimah Yang Beriman
1 Kesan Parut:
sGt tErseNtuh.. :)
Catat Ulasan