Aku masih pejamkan mata.Jam sudah 6.00 pagi.Aku masih mamai lagi.Aku ini jenis yang lama sikit mamainya.Macam budak-budak.Dari corong telingaku aku dengar ibuku berbual dengan abahku." Ana dah agak dah abang,helikopter berlegar atas rumah kita jam 5 pagi tadi sebab ada tanah runtuh berlaku kat Bukit Antarabangsa",jelas ibuku pada abahku yang baru selesai solat subuh." Baik kita gerak ke kampung pagi ini juga,jika tidak,doktor akan minta Ana oncall pasal Bukit Antarabangsa tu",pujuk ibuku pada abahku agar kami pulang ke kampung pada awal pagi itu. Ah baru aku ingat.Aku mengenyit mataku agar tidak mamai lagi.Hari ini kami sekeluarga pulang ke kampung sempena menyambut Aidiladha di kampung.Aku tak beberapa semangat sangat kerana aku akan berada di kampung hanya hingga ke pagi raya dan aku terpaksa bergegas kembali ke Uniten kerana ada kuliah pada pagi selasa.
Aku buka peti televisyen."Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Mewah Bukit Antarabangsa awal pagi tadi.Dianggarkan sekurang-kurangnya 9 orang tertimbus dalam kejadian tersebut",jelas pembaca buletin pagi kat TV3.Macam biasalah,tiada yang istimewa dengan kisah tanah runtuh ini.Bukit Antarabangsa dan tanah runtuh dah macam adik beradik.Tak dapat dipisahkan.Aku malas nak dengar berita pasal tanah runtuh ini kerana dah memang manusia ini degil nak wat tang mana.Allah sudah beri peringatan pada penghuni "syurga" dunia kat Bukit Antarabangsa ini dalam siri tanah runtuh sebelum berlaku kejadian tanah runtuh yang terbaru ini.Tak serik-serik.Aku tak salahkan mangsa sebab bukan mereka yang bersalah secara langsung dalam hal ini.Bagiku yang paling bersalah dalam hal ini adalah pemaju dan pihak yang meluluskan projek perumahan di kawasan elit ini. Mangsa yang terlibat juga boleh dipersalahkan kerana mereka adalah pengguna dan mereka mempunyai kuasa membeli.Tanpa mengira risiko kawasan yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh mahupun bencana alam ini,mereka tetap membeli dan menggadai nyawa demi kemewahan yang sementara sahaja.Jika mereka tidak membeli dah tentu pemaju projek tidak mahu menanggung risiko kerugian membina kawasan perumahan di tempat tersebut.Tetapi tidak,permintaan yang tinggi dari pembeli merancakkan lagi projek menentang hukum Allah demi kemewahan yang ciput.
Bila manusia amnya dan umat Islam khususnya tidak lagi menurut perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadis maka berlakulah bencana dalam hidup manusia itu.Firman Allah SWT:
Apakah maksud disebaliknya ayat di atas?Aku bukanlah orang yang mempunyai ijazah atau master mahupun PHD dalam mentafsir ayat di atas.Tetapi jika direnungkan Allah telah pun memberi peringatan pada manusia agar tidak membawa kerosakan di muka bumi.Manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah untuk memakmurkan Bumi dan bukannya merosakkan bumi Allah.
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)
Allah menjadikan bukit dan gunung ganang untuk manusia melihat keindahan dan keagungan ciptaanNya. Bukti dan Gunung-ganang adalah khazanah yang tidak ternilai harganya.Dua makhluk Allah inilah yang menjadi kawasan tadahan air bagi manusia,tempat perlindungan dan tempat tinggal haiwan dan tumbuhan ciptaanNya juga.Manusia berhak menerokanya untuk kajian ilmu seperti mengkaji apa yang ada di dalam hutan dan haiwan yang tinggal di dalamnya.Bukannya membotakkan bukit untuk tujuan yang tidak sepatutnya seperti membuat tempat tinggal,perlancongan dan sebagainya.Alasan tiada lagi tanah paham tak boleh diterima pakai kerana banyak lagi tempat kosong di kawasan rendah yang sesuai benar untuk dijadikan tempat tinggal manusia.Kenapalah tanah tinggi juga pilihan manusia?Mereka mahu mencabar kekuasaan dan ketetapan Allah?Siapakan mereka?Setandingkah dengan Tuhan Yang Maha Esa? Jangan nak kata sebesar batu malah sebutir pasir di muka bumi pun manusia tak mampu cipta apatah lagi menentang Sunnahtullah.Bila dan berlaku kejadian land slide ini,barulah pihak berkuasa bertungkus lumus menyelamatkan mangsa,liputan berita yang meluas,dibetangkan di parlimen dan pihak tertentu dipersalahkan.Jika kita menunding satu jari ke arah pihak lain,sekurang-kurangnya 3 lagi jari menunding ke arah kita.Sedar atau tidak wahai manusia?Mahukah kita perkara ini terjadi lagi pada kita?Kalau bukan kita mungkin pada anak kita kelak,saudara mara kita,jiran kita takpun pada saudara sesama Islam kita?
3 Kesan Parut:
huu~~insaf da..x dduk BA da..aku dok nilai nih jer..
erm..kenapa harus kite pertikaikn bab keruntuhan akhlak di kawasan tuh?
sepatutnye sekarang ni kite kena bersimpati bkn menambahkn kesedihan mereka..semua nie dijadikan iktibar..if kite ckp nie semua disebabkn keruntuhan akhlak mereka disebabkn mereka lupa akn pencipta mereka,bagaimana mereka yg baik2 juga kena musibah ni?..jadi xadil kn yg baik2 pun kena bahang yg same seperti yg dikatakn keruntuhan akhlak?oleh itu jgn la kite hanya menunding jari..simpati la pada meraka..
bak kate pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..same la kejadian ni..xsemuanye akhlak mereka xbaik..Allah'ualam..
Al-fatihah kepada mereka yg telah tiada yg terlibat dlm kejadian..Amin
Maaf buat anonymous..maksud sebenar saya bukan salahkan orang di kawasan itu tetapi adalah orang umum. Musibah ini Allah turunkan kepada semua orang x mengira yang ebriman atau tidak.Yang baik atau salah. Meraka yang benar-benar pegang kepada ajaran Islam dia tahu bahawa penerokaan tempat yang tak sepatutnya dijadikan kawasan perumahan adalah dilarang dalam Islam. Maka kenapa nak kita melawan sunatullah? Lagipun sy tak salah 100% kepada mangsa kejadian. ada hikmah besar disebaliknya. Yang menyedihkan adalah memang lumrah di kawasan bukti antarabangsa kejadian seperti ini terjadi dan terbaru sebelum kejadian tanah runtuh ini dah ada lebih 5 projek penerokaan bukit kat kawasan itu dilulukan oleh kerajaan yang terdahulu. Sedangkan banyak siri tanah runtuh berlaku di situ tetapi kenapa kita nak melawan juga?kita tiada guideline ke?mana perginya Al-Quran dan As-Sunnah? Saya tak berniat nak menambahkan kesedihan mereka tetapi agar memberi kesedaran pada mereka kenapa musibah ini berlaku. Siri tanah runtuh di kampung pasir (1 hingga 2 km dr kawasan taman mewah) sangat tragis kerana yang terlibat adalah orang setinggan.Tetapi kehangatan berita agak lembab tersebar,maklumlah orang miskin kan.Berbeza dengan Tman Mewah ini,semuanya orang kaya maka mereka diberikan keistimewaan liputan berita dan bantuan yang diberikan cepat sangat.Sy tahu perkara ini kerana saya tinggal di kawasan yang berdekatan yakni AU2. Ibu sy adalah nurse yang banyak terlibat dengan menyelamat mangsa tanah runtuh. Moga apa sy katakan ini,bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi untuk menyedarkan orang ramai di kawasan tanah tinggi bahawa manusia tidak mampu berada di tempat yang tinggi melainkan Allah Yang Maha Tinggi!
Catat Ulasan