Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

SaifulIslam dan FaREasT di KMC!

Jam 11.45am Sabtu selepas melepasi simpang ke Sungai Chongkak,aku dihubungi oleh Aiza:

Faiz:Assalamualaikum,Aiza apa nama kem yang KMC diadakan?
Aiza:Waalaikumsalam,oh Faiz,nama dia Asli Adventure.Ni kat mana ni?
Faiz:Ana kat dalam kereta lagi,sesat mencari kem tu.Sekarang ada aktiviti apa?
Aiza:Sekarang ada ceramah.
Faiz:Siapa sampaikan?
Aiza:Hah,Ustaz Hasrizal.Cepatlah datang.Tinggal lagi satu slot ceramah ustaz ni.
Faiz:Hah!Biar betul Aiza?SaifulIslam yang sampaikan?
Aiza:Iye..betul.takkan nak tipu kot.cepat-cepat!
Faiz:Ok2!sat gi sampailah tu...Sabar ya...

Ustaz Hasrizal.Bagi peminat blog yang lebih menjurus kepada bidang keagamaan atau isu semasa Umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia,nama ini sudah tidak asing lagi.Aku adalah salah seorang peminat Ustaz Hasrizal yang sangat aku kagumi.Seorang yang ceria,peramah dan perwatakan menarik yang apabila dia berceramah atau memberikan motivasi,ramai akan teruja dengannya.Itulah rezeki yang tuhan berikan pada al-fadhil Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai SaifulIslam berdasarkan blognya yang terkenal yakni SaifulIslam.com....

Mungkin aku agak kecewa kerana lambat tiba untuk mendengar ceramah dari Ustaz ini. Aku tiba lewat sejam setengah lebih kurang. Bukan aku sengaja tetapi aku ada urusan perlu aku selesaikan yakni memabantu sahabat serumahku Baitul Junnud untuk menghantarnya pergi ke sebuah kursus.Setibanya aku di Asli Adventure Camp yakni terletak di tengah kepadatan hutan hujan tropika Hulu Langat,aku sangat teruja untuk melihat kelibat ustaz yang aku kagumi ini. Nah! Dia berada dihadapanku kini!Sungguh enak dan menarik cara penyampaian beliau. Peserta seramai 25 orang tidak termasuk Urusetia dengan teruja dan khusyuk mendengar hujah-hujah bernas yang dikeluarkan dari lidahnya yang fasih.Mungkin kerana kelewatan aku tiba ke kem membuatkan aku kurang memahami skop ceramah yang disampaikan tetapi aku masih mampu memahami apa yang ingin disampaikannya.Ia benar-benar sampai ke pusat pemprosesan otakku.Dzar (Presiden PPI)berada disebelahku:

Faiz:Assalamualaikum Dzar!Macam mana anta dapat cari penceramah macam Ustaz Hazrizal ni?Diakan selalu jer sibuk.(bisikku di telinganya)
Dzar:Tengok kakilah.(Dengan nada gurauan).

Tak sangka aku seorang presiden yang nampak tenang dan sempoi tetapi bukan calang-ca;ang pengaruhnya dengan orang di luar sana.Dia bersama sahabat serumahnya Darul Muslimin(DM) sering mengikuti kuliah maghrib bersama ustaz Hasrizal di Bangi mungkin.Mungkin dari saat itu,wujud bibit-bibit cintakan ukhwah dan dakwah antara ustaz dan sahabat di DM ini.Aku ucapkan terima kasih buat Dzar kerana mengisi slot program yang sangat aku rasa berharga buatku.Kenapa?Sebab aku sendiri sempat bertanyakan satu soalan pada ustaz selesai ceramahnya yakni:

Faiz:Assalamualaikum Ustaz,saya Faiz.Saya peminat blog Ustza dan saya ada linkkan blog ustaz pada blog saya.Boleh saya tanyakan sesuatu.Soalan ini ada sahabat bertanya dalam blog
saya.
Ustaz:Waalaikumsalam.Sudah tentu boleh jika ana mampu menjawabnya.Silakan.
Faiz:Baiklah.Ada seorang sahabat saya ini.Dia ada mendapat berita ada seorang mamat ini
semasa kematian ibunya dan ibunya mahu dikafankan,dia menangkap gambar bersama
-sama ibunya untuk kenangan terakhir.Alasannya untuk menyimpan sahaja dan bukan
untuk menunjuk.Untuk simpanan sendiri.Apakah hukumnya ustaz?
Ustaz:MasyaAllah.Macam-macam gaya orang sekarang.Dalam hal ini,mamat itu meratapi
ibunya yang telah mati walaupun berniat menangkap gamabr sahaja.Dia masih tidak dpt
menerima kehilangan ibunya itu.Maka hukumnya haram kerana dalam Islam tidak boleh
kita meratapi pemergian yang sudah tiada.Dan dalam masalah kenduri arwah, jika ianya
untuk meratapi pemergian si mati atau mengingati kembali si mati,maka tidak boleh dlm
Islam kerana ia dikira meratapi si mati.Jika berniat hanya untuk menyedekahkan harta
atau wasiat si mati untuk diberikan kepada orang ramai,maka tidak ada haram di situ.
Faiz: Terima kasih ustaz.Saya sangat berpuas hati dengan jawapan itu.Boleh saya bergambar bersama ustaz?untuk kenangan sahaja.
Ustaz:Sudah tentu boleh....
Kenangan aku mendengar ceramah dan mendekati SaifulIslam ini akan ku kenang sampai bila - bila.Ustaz...moga dipertemukan kita lagi jika bukan di dunia insyaAllah di SyurgaNya kelak. Amin Amin Amin ya Allah...

4 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

darul muslihin la..bkn darul muslimin.. =p kami bkn sekadar muslim..tp kami juga muslim yg cuba islahkn diri.. (kononnya..doa2 cam2 la..)

Tanpa Nama berkata...

salam saudara...
terima kasih kerana masih igt lagi persoalan sy ttg hukum bergambar dgn jenazah..alhamdulillah sy dah faham sedikit demi sedikit..truskn perjuangan saudara,tp agak sikit terkilan sbb sy tak berada disitu mendengar ceramah beliau sy juga salah seorg peminat blog beliau,hopefully pasni promosi kena lebih tegas lg dlm menjalankn tugas,hehehe rugi rasenye ramai yg xtau pasal ni..wassalam..

KaYRaiL FaREasT berkata...

Jazakallah buat Tanpa Nama yang sudi melawat kembali blog ana.Ana teringatkan soalan anda dan alhamdulillah di depan ana adalah seorang ustaz.maka ana pun bertanya padanya tentang hal tersebut.Moga kekusutan dan persoalan telah ana dpt perjelaskan sedikit...

Sharifah Natasha berkata...

salam alayk adik . wahhhhh...main tipu ni. pi lam bat balik awal.pastu gambar dengan ustaz pulak tu. wah..jelesnye..mana boleh. tapi apapun, baguskan kem ni. sampai kaki akak pun terpeleot dekat situ juga. tapi paling tensyen, dekat kubur tu tak leh bergambar la..nak je amik gambar kat batu nisan yang ada tulis nama sendiri. best sgt2..