Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jusco AU2 Setiawangsa akan dibuka!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku ingat lagi 15 tahun lalu iaitu tahun 1994,masa tu aku baru berpindah ke Taman Keramat Kuala Lumpur berdekatan dengan Setiawangsa.Erti kata lain aku tinggal kat AU2 Keramat.Masa tu,keramat ini tak membangun sangat.Yang ada rumah,dewan serbaguna,asrama dengan blok kedai yang kecil.Tu 15 tahun yang lalu.Masa tu keramat pun tak sesibuk sekarang.Sekarang ini,tak perlu cakap lah.Memang banyak benar pembangunan kat kawasan rumah aku ini.Dah ada Kompleks Sukan MSN,Petronas,Giant,McDonald,Lebuhraya Duke,MRR2,Balai Polis dan terbaru adalah Pusat Beli Belah Jusco AU2 Setiawangsa yang akan dibuka secara rasminya pada hari Jumaat ini (5/12/2008) yang hanya berjarak kira-kira 200 meter dari rumahku.Dekat sangat.Jalan kaki pun tidak sampai 5 minit.Aku syukur sangat kawasan kejiranan rumahku sudah semakin meriah.

Berkaitan dengan kemudahan yang akan ada di Jusco terbaru ini adalah KFC, Pizza Hut, Kenney Rogers, Sushi King, Wendy's, BBQ Chicken, Papa bread, Subway dan banyak lagi kedai2, makan kat situ. kedai electrik : Sen. Kedai Scholl, Home Furniture, ID Deco, kedai yang paling besar kat situ ialah.. SKH BOOKS, ini kedai buku macam Popular & MPH. SKH BOOKS ni org Islam punyer, harga die, lagi murah dari kedai buku Popular. Hmm.. dalam tu ada Footsal, Karaoke,& Pusat Snooker. depan JJ Au2 nie ada macam taman.untuk anak2..Rasa seronok dan tidak sabar sedang bergelora dalam tubuhku.InsyaAllah ada kesempatan akan ku cari kerja sementara semasa cuti Sem yang panjang kelak...Hidup Keramat!

0 Kesan Parut: