Agak lambat bagiku untuk mengkhabarkan Hari Jadi Pertama Destinasimu.Sekian lama internet terputus sejak 7/11/2009,baru kini aku mampui mencoret sedikit santapan penulisan di dalam blog kesayanganku ini.
7/11/2009 yang lalu merupakan tarikh bermakna dalam aku beristiqamah dalam menyediakan pelbagai sumber ilmu dan hiburan di dalam blog ku ini.Dahulunya aku memiliki sebuah blog yang bernama Fareastdihearty namun kekurangan aku menggarap blog berkenaan dengan artikel baru menyebabkan ianya mati sebegitu sahaja.Maka aku mengambil cabaran dari sahabatku iaitu Hafizi yang mencabarkan ku untuk beristiqamah dalam mengimarahkan dunia blog.Aku sahutnya apabila tanggal 7/11/2008 pada hari Khamis seusai aku menghabiskan exam final semester ku ketika itu,aku beralih arah ke blogger yang ternyata lebih hidup daripada wordpress.
Hingga saat artikel ini ditulis,aku sudah membicarakan lebih 950 artikel sepanjang setahun penubuhan Destinasimu.Ianya bersumberkan pelbagai sumber dan juga banyak juga yang dinukilankan oleh diriku sendiri.Kini juga,jumlah pengunjung juga melebihi 23000 orang dengan puratanya 70-100 orang pengunjung unik setiap hari dan 200-300 jumlah pengunjung keseluruhan setiap hari.Alhamdulillah.Bukanlah angka menjadi pertaruhan namun sampai mana ilmu disampaikan mampu diproses dan dipergunakan oleh pelawat blog ini.
Blog ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi.Di antara yang masih aku ingat ialah artikel yang berkaitan dengan Susu Soya yang tidak halal dimana untuk menghormati pendapat sesetengah pihak,aku membuang artikel tersebut agar tiada selisih faham yang lebih besar berlaku.Begitu juga artikel aku yang mengkritik beberapa tindakan kerajaan yang juga mendapat komen negatif daripada beberapa pengunjung setia blog ini.Ada yang mengatakan mereka pengikut pasif dan tidak sukar blog ini kearah politik.Terima kasih atas teguran yang diberikan.Namun aku menegaskan disini,kiralah berapa pecahan artikel politik berbanding artikel ilmiah,tazkirah dan hiburan?Sangat sedikit.Politik tidak dapat dipisahkan dari Islam.Cuma golongan sekular berfikiran sebegitu.
Artikel berkaitan cinta juga menjadi hentaman sesetengah pihak.Ada mengatakan blog ini blog jiwangkah?Aku tidak bermaksud menjadikan blog ini sebagai blog jiwang.Namun ramai pembaca blog ini suka pada percintaan.Maka aku garapkan beberapa artikel yang berkaitan percintaan yang halal dan sudah tentunya yang halal adalah percintaan selepas perkahwinan.Jika ada artikel percintaan yang agak nakal itu,aku pohon maaf namun tertulis di bawah entri tersebut, artikel itu sesuai untuk yang sudah bernikah sahaja.
Sejak mengenali dunia blog secara aktif lebih setahun yang lalu,macam-macam gaya penulisan,persembahan dengan hipokratis blogger aku temui.Ada sebuah blog ini, jika dilihat artikelnya begitu banyak menceritakan tentang kesabaran,tentang percintaan yang halal dan juga memberi tazkirah agama yang baik-baik belaka,namun salah seorang blogger wanita ini yang ku kenali dirinya sendiri,memang berlainan dari apa yang ditulis dengan apa yang dilakukannnya di dunia sebenar.Kata tak mahu cinta sebelum kahwin,namun dia yang begitu tekehadapan dalam menghebahkan dirinya kini sudah memiliki seseorang sebelum bernikah. Jika anggapan aku itu salah,maafkan aku.Namun kadang-kadang tulisannya meluatkan.
Kini aku akan terus dan terus menulis di ruangan maya ini.Kepada sahabat dan sahabiah sekalian,maafkan aku jika terdapat pelbagai kesilapan dalam penulisan blog ini.Aku bukanlah sasterawan malah aku jauh dari dunia professionalisme penulisan blog.Aku hanyalah pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal UNITEN.Yang hanya bermain dengan nombor dan hafalan teori.Tidak hebat dalam madah berkata-kata...
Salam akhir dariku,jazakallah kepada sesiapa jua yang menatap wajah baru Destinasimu ini yang insyaAllah makin pantas dan simple persembahannya.Sebarang komen dan maklum balas amat aku pohon.Jazakallah....
2 Kesan Parut:
salam jihad ya ukhti...
ana suka wajah br blog anta nih:D
isi nya pon menarik..tahniah n teruskan menulis..
Maaf.sy bukan ukhti tetapi akhi.. huhuhu..ada kesilapan di situ..hehe...
Catat Ulasan