Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Phobia2 Better Than 2012


Kepada sesiapa yang mahu melayan filem di pawagam,dari menonton filem mengarut 2012 (sebenarnya Phobia2 pun mengarut),better tengok filem seram Phobia2 yang aku berani memberikan 9/10 untuk persembahannya.Jom tengok review cerita ini:

Kisah Pertama (Novice)

Seorang budak yang jahat bernama Pey dengan kawannya.. merompak mangsa kemalangan dengan menaiki motor membaling batu besar ke arah pemandu dari cermin hadapan tepat ke muka pemandu.. bertujuan menyebabkan kemalangan.. pada suatu malam Pey dan rakannya mahu melakukan rompakan.. seperti biasa rakannya menunggang motorsikal, manakala Pey akan bertindak membaling batu ke arah pemandu.. mereka pun melakukan seperti yag dirancang, membalig batu besar ke arah pemandu tepat mengenai mukanya dan berjaya membuatkan kereta itu terbabas dan kemalangan.. rupa2nya orang yang kemalangan itu ialah ayah kepada Pey tu sendiri.. ngeri gile bila tengok muka bapak Pey, batu besar itu terbenam di muka pada bahagian mata.. Pey cuba menyelamatkan bapanya denga cuba membuka pintu kereta tapi tak berjaya..

Ibu Pey telah membawanya ke suatu kawasan terpencil untuk belajar menjadi seorang 'sami Buddha'. Di situ, Pey telah diganggu oleh bayangan 'hantu lapar' dan akhirnya Pey menerima hukum karma atas perbuatan jahat yang pernah dilakukan terhadap ayahnya dulu dengan dilahirkan sebagai hantu.


Kisah ke dua (Ward)

Mengisahkan seorang remaja lelaki dimasukkan ke dalam wad kerana kemalangan.. kedua2 belah kakinya cedera parah sehingga tidak mampu berjalan. dia ditempatkan dengan seorang lelaki tua yang koma dan menunggu masa untuk dimatikan alat pernafasannya kerana otaknya sudah tidak berfungsi. lelaki tua itu adalah ketua ajaran agama.. remaja lelaki itu diletakkan sebilik dengan lelaki tua itu bertujuan untuk memindahka roh lelaki tua itu ke jasad remaja itu.. sifat ingin tahu remaja lelaki itu membuatka penonton rasa nak sepak je budak tu.. sebab sifatnya itulah yang membuatkan banyak aksi2 seram dan suspen ahahaaa.. pergelutan antara roh lelaki koma yang kuat dengan remaja lelaki yang tidak mampu untuk berjalan itu adalah suatu adegan yang sangat tidak seimbang.. mestilah budak lelaki itu tewas dalam pergelutan itu.



Kisah ke tiga (Backpackers)

Mengisahkan 2 orang jepun yang mahu menumpang kenderaan yang lalu lalang menuju ke Bangkok.. sebuah trak yang dinaiki oleh seorang pemuda dan bapanya berhenti untuk menumpangkan mereka.. dalam perjalanan, pemandu menerima satu panggilan yang entah dari siapa, dan menyebabkan dia naik berang dan berhenti di sebuah kawasan sunyi.. apabila pintu trak belakang dibuka.. terdapat banyak mayat yang menggerikan di dalamnya.. rupa2nya mayat2 itu dipaksa menelan beberapa ketulan dadah untuk diseludup sebelum mati.. tetapi malangnya semua orang yag menelan ketulan dadah itu mati kerana ketulan dadah itu pecah di dalam perut. semasa mengeluarkan semua mayat dari trak.. semua mayat2 itu bangun dan mengejar dan mahu menggigit leher 2 pemuda jepun dan anak beranak itu.. semasa adegan kejar mengejar itu, memang sangat mendebarkan.. akhirnya semua mereka mati.. lelak jepu dan bapak kepada pemuda itu digigit oleh zombie.. pemuda itu ditembak mati oleh perempuan jepun kerana mahu membunuh hantu yang menyamar menjadi seorang budak yang masih hidup. perempuan jepun itu pula menembak dirinya sendiri kerana tekanan yang dihadapi.. hantu zombie kanak2 itu pula menyerang penduduk kampung yang berdekatan.




Kisah keempat (Salvage)

Seorang perempuan yang bernama Nuch yang menjual kereta terpakai.. tetapi sebenarnya menipu pelaggannya dengan menjual kereta2 kemalangan maut yang di baiki semula supaya kelihatan cantik. Pada suatu malam ketika anak lelakinya Toey bermain2 di dalam garaj keretanya.. anaknya hilang dipercayai disorok oleh roh orang yang mati dalam kemalangan kereta yang dijual oleh Nuch. Nuch mencari anaknya Toey di dalam gajar keretanya dan ketika itulah semua kisah seram dan ngeri ketika kemalangan2 kereta terimbau. Nuch yang ketakutan cuba melarikan diri dari tempat itu dengan memandu keluar dari kawasan itu.. tetapi enjin keretanya tidak boleh dihidupkan dan kedengaran ketukan dan jeritan yang kuat dari dalam bonet enjinnya.. apabila enjin kereta dapat dihidupkan.. beberapa meter selepas keretanya bergerak, enjinnya mati kembali.. Nuch lari keluar kereta dan tiba2 didapati kasut anaknya Toey di bawah bonet enjin keretanya.. Nuch teringat pada bunyi ketukan dari dalam enjinnya tadi.. apabila bonet ejinnya dibuka.. Toey mati tersepit di dalam enjin keretanya itu.



Kisah kelima (The End)

Kisah yang paling aku suka.. sangat seram.. sangat suspen.. sangat lawak hahaha... berkisar tentang penggambaran adegan terakhir yg dilakukan di pembikinan filem seram 'Alone 2'. Kru filem ini iaitu Marsya, Ter, Puak, Garas, dan Aey adalah yang terakhir tinggal utk menyelesaikan penggambaran bersama Kate, iaitu watak hantu di dlm filem tersebut. Kate dan Aey yang disangka sudah mati rupanya tidak mati.. pelbagai adegan seram suspen dan lucu.. akhirnya mereka semua mati dirempuh oleh marsya dengan keretanya kerana memandu dalam keadaan mengantuk..

Kisah kelima adalah yang sangat sangat sangat menarik.. ada kelainan dalam kisah ni.. kisah lawak suspen... kisah ni paling best antara ke lima2 kisah ni... semua lawak.. kate.. marsya.. dan krew2nya..

Jika filem seram Malaysia dapat melakukan seperti Phobia2,pasti dan pasti laku!!!

0 Kesan Parut: