Ahakz....Salam Semua...
Moga pengisian sebelum ini penuh bermakna buat sahabat sekalian tak kira apa jua latar belakang kehidupan pengunjung Destinasimu.Aku lahir tahun 1986.Kepada sesiapa yang lahir dalam tempoh 1985-1990 mungkin korank ada rasa pengalaman seperti mana yang akan ku ceritakan.Jika tiada pun,mungkin aku leh kongsikan kenangan memori manis ku ketika di zaman kanak-kanak hinggalah aku berada di bangku awal sekolah menengah.Jom Usha Jom!:
1) Masa kecik kecik dulu,aku suka sangat berangan sorang-sorang.Terutama apa aku akan wat jika jadi Ultraman atau power rangers!!!HaHaHa...imaginasi yang begitu hebat!
2)Masa kat sekolah rendah dulu,subjek yang palingh disukai ialah Pendidikan Jasmani.Leh main bola.Itu jelah kerjanya,budak laki sinonim dengan bolanya,perempuan dengan bola tamparnya.Macam dah takda sukan lain je.
3)Hujung-hujung minggu ada je penjual buku dari luar datang sekolah.Tetapi sebelum itu,wakil penjual datang dah beri flyers pasal jualan buku yang akan dijual.Mak aku jarang jugak beli buku kat situ.Aku pun just tengok flyers tu dan comparekan harganya dengan penjual buku sebelumnya.HaHaHa.
4)Dulu kalau kita buat kawan kita menangis,kawan dia atau kawan kita akan berkata "Ayok...ayokk....bagitahu mak dia/cikgu...aku tak tahu.....".Memang inilah cara penyampaian yang sinonim zaman aku (1993-1998).
5)Aku dulu seorang yang lasak.Pernah bekerjasama dengan anak jiran,cari lereng bukit belakang rumah,korek guna batu selama sebulanm,hajat nak buat gua kat dalam tanah.Tetapi terbengkalai kerana kawan tu dah pindah.Stress betul...
6)Bab main kejar-kejar memang best!Kalau seseorang yang memang sepatutnya jadi polis,dia akan cakap "Tuweetttt!!!Aku tak bersedialah!!!AKu taknak main lah!!"Stress je kawan lain.Boleh lak xnak jadi sediakan dia memang dalam permainan tu!
7)Zaman sekolah dulu dipengaruhi dengan dunia luar.Contohnya ketika datangnya zaman kereta Tamiyya dan YoYo..heboh satu sekolah dan satu taman semuanya main benda yang sama.Tak mampu nak beli yang mahal,belasah yang ada kat pasar malam pun jadilah.Yoyo RM 2 pun kira syukurlah.Sehari main rosak sebab asyik terlepas je YoYo tu.Pecah.Tamiyya lak pergi mengada lumba dalam longkak.Memang takda akal masa tu.HeHe....
8)Dulu budak lelaki dan budak perempuan buat geng-geng sendiri.Budak lelaki akan kata "Taknak aku kahwin,malulah",Geng perempuan pulak berkata :"Ah,wat pe kahwin!Tak Best!"Dah remaja,geng itulah yang kapel antara satu sama lain.Gatai!!!
HaHaHa..aku rasa banyak lagi memori silam.Tapi kering idea sekarang...Ku merindui zaman silam namun apakah daya,masa tak mungkin berulang kembali.
1 Kesan Parut:
betul, same je ngn zaman kcik2 kite,, mmg rindu kt zaman silam, nk tmbh cket,, klu skrg budak2 cbuk dgn upin dan ipin,, dulu tiap2 kali raye msti ade kuar filem "silat lagenda melaka" hehe,, rindu nk tgk cte tu
Catat Ulasan