[ Itu....Ini...kata mereka ]
Bab menggoda
wanita = dia berbual mesra dengan saya hanya dengan satu tujuan....mahu memikat
saya!
lelaki = sebenarnya saja mahu test power. Nak tgk dia mudah tergoda atau pun tidak.
Tapi sebenarnya saya lebih bersikap peramah dan saja mahu berbual.
Bab menggoda
wanita = dia berbual mesra dengan saya hanya dengan satu tujuan....mahu memikat
saya!
lelaki = sebenarnya saja mahu test power. Nak tgk dia mudah tergoda atau pun tidak.
Tapi sebenarnya saya lebih bersikap peramah dan saja mahu berbual.
Kali pertama dating
wanita = antara saat terindah dalam hidup saya. Tapi mana dia hendak bawa saya?
Menikmati hidangan di restoran mewah atau menyusuri pantai sambil milihat
matahari terbenam. Wow! romantisnya.
lelaki = saat yang bakal membuatkan poket saya menjadi rabak. bukan setakat
makan-makan sahaja, mungkin juga si dia mahukan hadiah berharga dari
saya. Habislah!
Hati...
wanita = a part of my body that i gave away anda never want it back!
lelaki = organ dalaman yang turut membantu proses pernafasan
Bekas kekasih...
wanita = seseorang yang telah meninggalkan sejuta kenangan pahit manis dalam
hidup saya.
lelaki = siapa? alamak! saya tak pernah ingat sesiapa yang pernah menjadi bekas
kekasih saya. tak pentingkan??
Kekasih baru...
wanita = biarlah bercinta bersamanya kekal selama-lamanya.
lelaki = mungkin dia juga bakal menjadi seperti kekasih saya yang terdahulu.
sejarah mungkin berulang? who knows?
Telefon...
wanita = alat komunikasi untuk berhubung antara satu sama lain
lelaki = alat yang digunakan oleh kaum wanita untuk bergosip antara satu sama lain
Kesunyian...
wanita = tanpanya...hidup saya kesunyian
lelaki = saya tak pernah sunyi dalam 365 hari sebabnya saya ada ramai
kawan-kawan yang boleh menceriakan hari-hari saya
Kehilangan seseorang...
wanita = saya masih berharap agar suatu hari nanti saya dipertemukan
dengannya semula
lelaki = kehilangan sesorang? yang hilang pasti akan berganti. jadi hendak buat apa
terus mengharap dan mendambakan kehadirannya semula. life must goes on beb!
Berpegangan tangan...
wanita = bila cinta sudah termeteri, si dia seolah-olah tidak mahu melepaskan
tangannya dari genggaman saya
lelaki = hei! saya bukan budak kecik lagilah, lepaskan tangan saya
Airmata...
wanita = ia boleh memberikan kelegaan tatkala stres, sedih dan kecewa.
lelaki = senjata yang digunakan oleh kaum wanita untuk mendapatkan
perhatian lelaki
Membeli-belah..
wanita = salah satu terapi untuk mengubati kesunyian, tekanan dan paling penting
ia membuatkan saya gembira
lelaki = bila kaum wanita stres, mereka pergi shopping. bila happy, mereka pergi
shopping juga. apa yang tak kene dengan mereka nih?
Ungkapan i love you..
wanita = selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan, sudah semakin jarang si
dia mengungkapnya
lelaki = untuk apa selalu mengungkapnya jika maknanya semakin dilupai?
Ketika hati terluka..
wanita = menangis, melihat gambar-gambar ketika bersama, bersendirian
di kamar...semuanya untuk memujuk hati yang terluka.
lelaki = banyak perkara yang boleh dilakukan. keluar bersama kawan-kawan lelaki,
beriadah, flirt sana sini.... dan saya akan sembuh dalam masa 3 hari
1 Kesan Parut:
hati lelaki n perempuan mmg x sama...
so skarang siapa yg lbh apprciate..hahahhaaaa...
Catat Ulasan