Assalamualaikum...
Baiklah,aku nak ulas sedikit kenapa blog kita sering menjadi berat atau lambat untuk di load. Selalunya perkara sebegini tidak berlaku pada blog baru. Tetapi jika blog anda sudah lama, content pun dah banyak maka terjadilah masalah ini.Itulah masalah yang aku sedang hadapi kini. Rasanya template baru ini telah dikurangkan widgetnya 50% berbanding dulu dan pantas berbanding template lama.
Baiklah,aku nak ulas sedikit kenapa blog kita sering menjadi berat atau lambat untuk di load. Selalunya perkara sebegini tidak berlaku pada blog baru. Tetapi jika blog anda sudah lama, content pun dah banyak maka terjadilah masalah ini.Itulah masalah yang aku sedang hadapi kini. Rasanya template baru ini telah dikurangkan widgetnya 50% berbanding dulu dan pantas berbanding template lama.
3 Faktor Beratnya Blog:
Yang pertama aku dapati image boleh memberatkan blog kita. Apabila anda sering upload image dan letakkan di page blog anda, maka ia akan semakin memberatkan blog anda. Jika image tersebut pula terlalu besar, maka semakin beratlah blog anda. Selain dari image yang anda upload, anda mungkin tidak perasan bahawa ada sesetengah template yang lambat untuk diload. Kenapa?? Kerana template tersebut menggunakan image yang banyak. Mungkin untuk mencantikkan template tersebut, maka perlu letakkan banyak image, tetapi kesannya jika image terlalu banyak dan bersaiz besar, ini akan membuatkan blog kita semakin berat.
Yang kedua adalah Java. Java ini selalu anda dapati apabila anda meletakkan iklan. Sebagai contoh google adsense, nuffnang, dan sebagainya. Tetapi aku dapati java dari iklan tidak terlalu berat, yang berat adalah javascript widget. Contoh javascript widget yang berat adalah seperti meletakkan jam. Sebenarnya ianya adalah javascript dan ada sesetengah java yang terlalu berat untuk diloading. Jadi saya nasihatkan berhati2 memilih widget dan gunakanlah yang berguna sahaja.
Yang ketiga adalah penampilan posting yang begitu banyak. Untuk standart blog atau templat (yang belum diubah suai settingnya) posting yang akan ditampilkan di page hadapan adalah 7. Itupun jika tidak silap saya. Jadi 7 posting ini sebenarnya boleh memberatkan load blog anda. Bayangkan sajalah terlalu banyak yang perlu dibaca, jadi mengambil masa yang lama lah kan?? dengan mengurangkan sedikit jumlah posting yang ditampilkan, ini dapat mengurangkan sedikit berat blog anda.
Penyelesaian Destinasimu:
- Aku sedang mengurangkan lagi widget yang tidar perlu.Widget Music Box diletakkan dibawah dan untuk mengurangkan keberatan,anda boleh 'PAUSE' kan widget berkenaan.
- Mengurangkan pengisian gambar yang terlalu banyak.
- Mengurangkan senarai posting Entri dari 15 per page sebelum ini kepada 7 per page.
- Senantiasa mendapatkan maklum balas dari pengunjung dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Pelbagai maklum balas yang aku terima.Ada antaranya lebih sukakan template-template yang lama namun bug yang muncul menyebabkan larinya kedudukan tulisan dan front.Selain itu,template lalu lebih berat berbanding yang ada sekarang.InsyaAllah jika ada template yang menarik dan ringan,aku akan update dari semasa ke semasa.Jazakallah atas teguran yang diberikan.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan