Hah....dengar kata tahun 2010 PROTON akan lancarkan model terbaru mereka yang akan menggantikan Proton Waja kini.Berikut adalah beberapa model atau rupa bentuk yang dikatakan akan menggantikan Proton Waja pada tahun 2010 kelak.Mana satu pilihan kalbu kalian?
Gambar Pertama ini nampak ada gaya mewahnya namun ianya seperti rebadge kepada model Saga Baru.Betul tak?Tapi bentuknya agak mewah dan agak menarik kan?Mungkin modul seperti ini hanya 20% kemungkinan dipilih sebagai pengganti Waja 2010!
Model di atas adalah gambar yang sebenarnya diedit daripada iklan Waja sekarang.Lampu depannya dipanjangkan seperti BMW 5 Series,Betul tak?Model ini maybe 10% je kemungkinan dipilih sebagai pengganti Waja kini.
Model diatas sangat hangat diperkatakan kerana dipercayai sebagai pengganti sebenar Waja 2010.Ianya bukan omongan semata-mata.Di Paultan.org,sudah terdapat gambar spyshot yang menayangkan gambar model ini diuji oleh Proton dan terdapat tanda lencana Proton.Jika benar proton memilih modul Mitsubishi ini,diharapkan sangatlah diubah sedikit lampu belakangnya agar nampak sedikit identiti Proton kereta buatan Malaysia.Kalau tak nampak macam kereta Jepun 100% jer...Dengan yakinnya 80% bentuk Waja 2010 adalah diambil dari Model Mitsubishi Lancer terbaru ini.
Jika Proton memilih rekabentuk diatas,pasti dan pasti ianya sangat laku dan dapat menarik perhatian golongan muda dan pertengahan untuk memiliknya kerana gayanya sangat menarik,sporty dan mewah.Seperti Honda Civic Type R kerana sportrimnya yang cun dan reka bentuk yang memenuhi tuntutan nafsu pembeli masa kini.Reka bentuk bonet enjin dan lampunya diambil dari EXORA dan belakangnya seperti Honda City baru.Mungkin hanya 40% kemungkinan modul WAJA 2010 diambil dari model ini.
Rekabentuk dalama di atas adalah untuk model WAJA 2010 kelak.Nampaknya proton tidak dapat lari dari reka bentuk dalaman Gen2.Mungkin perubahan besar boleh dibuat oleh Proton dengan mengambil bentuk dalaman Honda Civic yang tampak kemas dan bergaya.
Harapan kita rakyat Malaysia ialah mahu memiliki Proton Pengganti Waja yang mempunyai ciri-ciri di bawah:
- Harga tidak membebankan.Alangkah indahnya harga di tanah air sendiri lebih murah seperti mana Proton di luar negara?Waja Replacement Model (WRM) sepatutnya dibawah harga RM 70K untuk 2.0L V6 CPS Turbo.
- Sistem keselamatan untuk semua varians!Tak mahu 2 airbags sahaja.Tingkat kepada 3 atau 4 airbags.ABS,SRS dan EBD wajib di dalam setiap modulnya.
- Melepasi piawaian antarabangsa dengan mendapat 5 bintang tahap keselamatan.Tak mahu lagi 4.
- Pastikan kerosakan biasa proton iaitu tingkap,gearbox,pengunci kereta dan kekemasan body kereta dihapuskan.
Akhir kata,moga Proton lebih maju kehadapan.Proton masih dibuai lena dan mereka tidak sedar bahawa kereta dari Jepun seperti Honda City,Civic dan Accord serta Toyota Avanza,Innova,Camry telah mengambil hati pembeli bagi varians 1.5 hingga 2.0...Fikir-fikirkan wahai Proton.Sampai bila mahu duduk di bawah ketiak kerajaan Malaysia?Sudah 25 tahun umur mu!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan