Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berkongsi Masalah Dengan Muslimah


Salam Ukhwah Fillah...

Wanita itu dijadikan bengkok hidupnya.Mengapa ia bengkok?Itulah kejadian asal manusia yang bernama Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Adam yang bengkok.Memerlukan bimbingan dari jantinanya yang sama atau berlainan.Wanita memang kuat namun setiap yang kuat pasti ada kelemahannya.Kadang-kadang bila kita berfikir kembali,kenapa ramai sangat orang mengatakan perempuan itu sahaja yang lemah?Lelaki itu yang gagah.Seperti tidak adil dalam hal ini.Walhal dalam banyak perkara dipercikkan fakta bahawa ramai wanita lebih kuat daripada lelaki.

Menghamilkan anak,merupakan satu hal yang menjadi sunnatullah bahawasanya hanya manusia berkaumkan Hawa mampu melakukannya.Hampir 10 bulan mengandungkan pewaris buat suaminya,adalah bukan satu tugasan yang mudah.Lihat sahaja rutin harian kehidupan si hamil yang kerap muntah,loya,pening dan lenguh badan.Itu belum lagi dilihat dengan pelbagai tusukan jarum suntikan untuk mengimunkan si ibu dari sebarang jangkitan.Wanita yang takutkan jarum bisa membiasakan diri menghadapi jarum dan kontranya ramai lelaki yang takutkan jarum.Itukah di namakan gagah?

Namun perlu juga diperkatakan disini,wanita lebih perlu dimotivasikan lebih daripada lelaki.Memandangkan sifat mereka yang lembut,mudah terasa,takat 'didih' yang lebih mencanak berbanding lelaki,membuatkan emosi mereka cepat terganggu.Kajian menunjukkan ramai wanita mengalami kemuncak ketidak stabilan dalam emosinya apabila memasuki frasa 1-4 hari sebelum datangnya haid mereka.Bermula saat itu berlakulah perubahan sikap yang kadang-kadang drastik dan mengejutkan pelbagai pihak disekelilingnya.Yang menjadi mangsanya adalah rakan taulan rapat.Jarang orang yang tak dikenalinya dimarahi tak tentu pasal.Atas sebab inilah wanita lebih banyak menimbulkan konflik berbanding lelaki kerana melayan emosi mereka melebihi dari keperluan yang sepatutnya.

Perselisihan faham antara rakan taulan tidak kira sahabat baik atau sahabat yang berjauhan memang kadang-kadang menyeksakan diri.Hubungan yang terjalin sekian lama boleh menjadi dingin dalam sekelip mata dan mengambil masa lama untuk dipulihkan.Bak kata orang,mencegah lebih baik dari merawat.Permainan emosi menterbalikkan dengan menjadikan melepaskan lebih baik dari menyimpan.Melepaskan apa?Melepaskan perasaan amarah,ketidak kepuashatian dan sebagainya yang tidak kena pada tempatnya.Itulah bibit menimbulkan konflik antara hubungan persahabatan.

Bila memikirkan kembali sejarah lalu dimana aku banyak mendengar pelbagai masalah dari kaum Hawa tidak kisah masalah berkaitan dengan pelajaran,keluarga mahupun hubungan dengan yang teristimewa,kebanyakkan bertindak mengikut kemahuan emosi.Dan kebanyakkan mencetuskan masalah tatkala tempoh mahu datangnya ABC(Allah beri cuti) dan sepanjang ABC. Dalam pelbagai kes,ada yang tidak mampu untuk menerima hakikat hidup bahawa dunia ini penuh benar cabaran baginya.Ketidak penerimaannya menerima ujian dari illahi membuatkan dia terus dibelenggu kesedihan dan penyesalan yang tidak terhingga.Kerana sesuatu perkara yang tidak perlu diceritakan di sini,dia mengalami krisis dengan diri sendiri akibat masalah yang berpunca dari keluarganya.Apa yang perlu diperbetulkan dalam hal ini?

Keluarga merupakan tunas kehidupan manusia.Manusia dibesarkan dan dipengaruhi dengan cara hidup berkeluarga.Baik keluarganya baik anak-anaknya dan begitu juga sebaliknya.Ada sahabat yang menceritakan masalah dia dan keluarga.Ada yang mengatakan ibu bapa mereka tidak begitu mengambil tahu akan hal mereka.Sebelum itu,sila jawab pertanyaan dalam diri kalian,cukupkan perhatian yang kalian berikan kepada kedua orang tuamu?Dunia ini penuh dengan timbal balik.Jika si anak tidak mempedulikan orang tuanya,kelak anak kepada si anak berkenaan juga mengalami situasi yang serupa.Tetapi perlukah kita meneruskan tradisi ini?Mungkin ada kesilapan dilakukan oleh orang tua kita terhadap orang tua mereka.Namun kita sepatutnya menjadi titik perubahan dengan memahmudahkan sikap kita terhadap mereka.Jangan diikutkan sangat tradisi ini.Perubahan hanya dapat dilakukan apabila kita sendiri mahu mengubahnya.Yang baik dari pesanan orang tua diambil dan yang buruk dijauhkan dari menjadi ikutan.

Ada yang merasakan masa depan mereka sudah tiada lagi apabila ter'kantoi' dalam pelajaran mereka.Ada yang sudah mahu menghabiskan pengajian pun sudah mahu berputus asa sedangkan selangkah lagi menaiki pentas graduasi.Seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini, segala yang berlaku atau dengan lebih tepatnya,kebanyakkan yang berlaku adalah berpunca dari diri kita sendiri.Bagi bangsa Malaysia,sifat M.A.L.A.S adalah begitu sinonim dalam diri kita tidak kira orang kaya mahupun papa kedana.Semuanya ada sifat seperti ini.Apabila malas menguasai diri dan minda,maka ditinggalkan pekerjaan yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi mereka.

Allah tidak akan mengubah nasib satu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.Itulah firman Allah dalam kitab suci Al-Quran.Jika sudah dilihat dan sudah tersedar dari lamunan tidur bahawasanya berlakunya tunggang langgang dalam pelajaran,ubahlah nasib kalian terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Sikap suka menyalahkan orang lain juga menjadi tabiat segelintir manusia kerana golongan ini mempunyai ego yang tinggi.Ego ini membuatkan mereka tidak mampu menerima kekurangan diri.Ini membantutkan usaha dalam membaiki keadaan yang sulit.Bersahabatlah dengan sahabat yang cemerlang dalam pelajaran. Tips yang paling banyak menghasilkan kejayaan adalah beristiqamah dalam mengulangkaji pelajaran.Jangan dek tunggu 'Around the corner'.Selain itu diamalkan sikap berkongsi ilmu dengan sahabat atau lebih mudahnya melakukan study group.Kajian menunjukkan ramai pelajar dapat menghabiskan silibus ulangkaji mereka apabila berbincang dengan rakan taulan yang lain yang memang komited dalam pelajaran.Jangan dicari rakan bualan dalam study group sudahlah.

Krisis dengan sahabat juga menjadi perkara biasa kepada sesetengah muslimah.Orang kata lelaki ini tinggi egonya namun dalam hubungan persahabatan sebenarnya wanita itu lebih tinggi egonya.Lelaki tinggi egonya apabila telah berkahwin atau telah memiliki seseorang dari kaum hawa dalam hidupnya.Namun dalam persahabatan,wanita lebih melayan egonya yang berpunca dari emosi yang tidak menentu.Perlu diingatkan,apabila kita memandang buruk terhadap tingkahlaku sahabat kita itu,cerminkan kembali diri kita.Adakah kita telah melakukan terbaik untuknya?Mungkin ada yang mengatakan tidak adil jika diperlakukan baik kepadanya jika rakan itu menghamburkan kutukan kepada kita.Amalkan ayat ini iaitu Orang berikan racun,Kita balas dengan madu.Memang sukar menerimanya namun untuk meredakan ketegangan perlu salah seorang dari kita menjadi air untuk disimbahkan kepada api amarah yang membara.Hal ini ramai yang lupa.Apabila kawan melenting,kita turut melenting sepertinya.Maka terbakarlah hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama.

Wanita itu sebenarnya lemah apabila dikuasai emosi.Mereka perlu belajar dari kesilapan yang lalu dan menjadikan ia sebagai pengajaran di masa hadapan.Ramai wanita yang sebelum kahwinnya selalu ditimpa masalah,namun selepas dinikahkan dengan lelaki yang baik,selesai segala masalahnya.Aku tidak tahu kebenaran akan hal ini namun fakta ini dikeluarkan oleh seorang ustaz di Universiti Malaya.Hanya mereka yang telah melaluinya mengetahui akan kebenaran hal tersebut.Buat wanita di luar sana,Bertenanglah.Jangan berhambakan Emosi.Sepatutnya emosi itu menjadi hamba kepada kalian.Ini hanyalah nasihat ikhlas dari aku untuk kalian.Mana yang baik datang darinya yang buruk dari kelemahanku namun hakikatnya kedua-duanya telah ditakdirkan Allah keatas ku.

Ikhlas dari,

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,

Admin Destinasimu.blogspot.

0 Kesan Parut: