Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

2 Kuntum Bunga Raya


Artikel ini diambil dari blog lama aku iaitu Fareastdiehearty.wordpress yang telah lama ditinggalkan...

__________________________________________________

Bertarikh 25 April 2008

Friendster semalam….

Jam 6.15 pagi,aku bangkit dr tiduran.Huhuhu letih sgt sebab penat melayari internet malam sebelumnya.Kul 2am baru tidur.Aku pun x tahu apa yang aku buat dengan inetrnet.Youtube semuanya aku dah explore.Apa lagi mahu aku layari.Friendster sunyi ja.Syukur ada lagi sahabat2ku diluar sana yang bertanyakan khabar.Bila cerita pasal friendster aku teringat petang semalam.Aku melawati page EX-MRSM Muar Batch 2002/2003.X sangka aku begitu ramai sahabat2 aku terdahulu berada disitu.Aku melihat mereka ada yang berubah.Berubah dari segi penampilan dan ada juga dari segi sikap masing-masing.Mungkin mereka sudh dewasa agaknya.Ada yang dah bertunang…hehehe tahniah diucapkan.Aku jer belum.hehe..jodoh dah ditentukan apa nak kisahnya.Ahakz.Bercerita balik kisah bangun pagi,selepas aku solat,ku lihat cuaca di luar sangat dingin.Yelah jumaat hari ini mendung sahaja.Rahmat bagi makhluk sekian alam.Tidak sedar aku kembali melayari bahtera mimpi yang pendek.Tidak aku teringat mimpi apakah aku layari(Jika ada pun rahsia ler…)…

Universiti Malaya destinasiku….



Jam 8am aku bingkas bangun dari katilku.Aku bergegas bersiap kerana telah aku berjanji malam sebelumnya untuk aku menemani sahabatku untuk membantunya menghantar projeknya ke UM.Aku juga ada tugasan pada pagi itu.Abah menyuruh ku ke bank untuk urusan pembayaran dan juga ke Pejabat pos untuk urusan bil.Disebabkan aku ada masa terluang dan begitu juga sahabatku itu,kami bergegas ke bank dahulu kemudian ke UM.perjalanan pada pagi itu nampak lancar walaupun jam 9.45am masih awal bagi sesetengah remaja seperti aku untuk bangkit jika dimusim exam atau cuti.Sahabatku itu meminta aku menjemput juga rakan-rakannya di kolej kediaman mereka iaitu Kolej Kediaman 8 UM.Seterusnya ku bawa mereka ke Kolej Sains Komputer untuk mereka menyiapkan tugasan terakhir mereka.sebelum itu,terima kasih ku ucapkan pada sahabatku itu kerana sudi membelanjakan ku sarapan pagi.Hanya Allah membalas jasamu.Kemudian dia menemani ku ke kedai makan untuk membeli makanan tengah hari keluargaku.Terima kasih ku ucpkan kerana menemaniku walaupun dia penat kerana berhempas pulas belajar hingga ke jam 5 pagi sebelumnya.Moga berjaya dalam peperiksaanmu.

Petang tadi….

Macam nak hujan jer…perut baru diisi makan.petang ni lak bosan jer duk umah.Jam kul 5pm,aku dah solat asar..apa nak buat erk?rindu lak aku nak pi stau tempat.Tempat riadah bagi ku.lama juga tidak aku beriadah kerana asyik duduk umah jer.Aku membawa gajetku untuk mengabdikan gambar yang ada disitu.Aku terlihat dua kuntuman bunga raya yang kemerahan.Satunya berkembang mekar dan satu lagi kuncup malu.Aku berfikir apa rahsia disebaliknya.Bukankah setiap ciptaan tuhan itu ada hikmahNya.

Bila aku tatapnya,aku bayangkan kedua-duanya dari pohon yang sama.Tapi ada yang subur dan ada yang layu malah ada yang amti bunganya.Warnanya sama. Spesisnya juga sama iaitu Bunga Raya.Yang kembang dihinggap oleh serangga seperti lebah dan rama-rama yang membawa nikmat disebaliknya.Bagi yang kuncup pula,tiada apa yang mendekatinya dan ada juga yang menjadi tempat singgahan sang semut dan kerengga.Apa maksud semua ini.

Bagiku….


Bagiku pohon bunga itu adalah Islam.Akarnya adalah Iman.Memang setiap umat Islam itu ada imannya.Sebab kita lahirkan dengan atas nama Islam kerana ibu dan ayah kita Islam.Apabila kita sudah besar,kitalah yang menjadi penyeri agama kita.Semuanya bergantung pada akhlak dan praktikal kita mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.Bunga yang kembang adalah Muslim yang segar iman dan akhlaknya.Ia menjadi penyeri bagi pokok bunga itu yakni Islam.Bagiku pula,Rama-rama itu adalah pasangan pada bunga itu yang mengindahkan lagi mata kita memandang keindahan bunga dan rama-rama itu.Ia bagaikan pasangan yang ideal dalam mengindahkan ciptaan Allah ini.Jika kita indah iman dan akhlaknya,maka Allah akan kurniakan kita pasangan yang setaraf dengan kita seterusnya melahirkan zuriat yang cantik dan sempurna seperti mana kita.Itulah dia rama-rama dan bunga yang kembang dimana rama-rama itu menjadi ejen pembiakan dengan membawa benih subur(debunga) ke pokok lain yang mempunyai keindahan kuntuman bunga yang mekar berkembang.

Malangnya bagiku melihat si merah yang kuncup malu.Ia tidak menjadi penyeri pada pokok itu.Malah ia dihinggapi oleh serangga yang hanya menjadikannya sarang atau parasit kepada pokok itu.Tiada pun rama-rama menghampirinya.Bunga ini bagiku adalah golongan mereka yang hanya Islam pada namanya tetapi tidak menyerikan Islam mereka dengan iman dan akhlak yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Hadis.Dia menjadi parasit kerana sikapnya yang mungkin bertopengkan Islam dapat memburukkan atau mencacatkan keindahan Islam itu sendiri.Itulah yang aku dapat lihat ketika aku berjalan menghirup kesegaran udara taman itu.Begitu banyak ‘couple’ berdua-duaan disitu.Aku hanya memandang dengan hati geram dan benci.Apakah umat dari agama lain akan mengatakan tentang Islam apabila melihat amalan yang dibawa oleh pemuda dan pemudi kita ini yang sudah hilan identiti imannya.Mereka ada Islam kerana ramai antara mereka bertudung.Tetapi mungkin kosong di hati mereka. Soal iman hanya Allah sahaja yang berhak mengetahuinya.Serangga yang menjadikan bunga kuncup itu rumahnya adalah kesan dari kehidupan yang sangat bebas tanpa ada batasan.Mereka berhibur melampaui batas sehinggakan bagi mereka perkara yang dahulunya kekok dipandang masyarakatmenjadi kebiasaan bagi mereka dan jika ada yang menegur mereka,mereka lantas menjawab’Relax la,moden la skit…’Hati mereka telah menjadi keras kerana kehidupan mereka yang terlampau.Serangga itu bagaikan penyakit yang membawa kepada bunga itu yang menyebabkannya tidak mekar mengembang.Serangga itu bagaikan anasir buruk yang sudah mengusai hati manusia(Bunga kuncup).Walaupun kedua-dua bunga ini hanya berjiran,tetapi ternampak berbezaan antaranya.Mungkinkah kita sedar sekarang?Jika kita bersyukur dengan nikmat iman dan akhlak kita yang baik,bagaimana pula dengan sahabat kita di sebelah mahupun jiran-jiran kita?adakah mereka mekar seperti kita?Jika satu kuntuman bunga tidak mengembang mekar,ianya mampu mencacatkan keseluruhan pokok.Begitulah dengan kita,Seorang dari masyarakat kita melakukan kesalahan moral,kesannya bukan pada dia tetapi pada kelaurganya,bangsanya dan paling penting agama yang dianutinya.Hayatikanlah…Ini mungkin Cuma pandanganku…Mungkin teman ada cara pandangan tersendiri.Renungkanlah hikmah ciptaanNya…..

0 Kesan Parut: