Jam 10.55am,sekeping tiket di tanganku di genggam erat.Setelah lelah 15minit beratur panjang di kaunter tiket di BTS,berbaloi juga aku mendapatkan tiket kebenaran untuk menjejak kaki ke pawagam no.1 di GSC BTS.Itulah fenomena yang melanda Malaysia pagi tadi.Walhal ketika hari bekerja dan bukannya cuti sekolah pun,dewan pawagam yang boleh memuatkan 200 orang penonton pada satu-satu masa boleh penuh apatah lagi jika mahu dibayangkan tatkala cuti bakal menggantikan Jumaat kelak.
2012,tertera pada tiket berkenaan.Sebuah filem mega tahun 2009 yang dikeluarkan untuk menggambarkan suasana Bumi pada tahun 2012,yakni 3 tahun dari sekarang.Sebelum keluarnya filem ini lagi,sudah diterjemahkan dan dibincangkan di pelbagai tempat samada blog mahupun laman web akan baik dan buruk filem ini.Ialah filem ini boleh menimbulkan banyak kontroversi pada manusia sejagat kerana ianya menceritakan suatu suasana yang amat menakutkan seluruh makhluk baik di bumi mahupun di langit iaitu K.I.A.M.A.T!
Tanggapan pertama aku menonton filem ini adalah untuk menilai sendiri apa yang pro dan kontra apabila kalian yang lain turut serta mahu menontonnya.Jika kalian pernah menonton Independence Day,begitulah jalan ceritanya namun kali ini ianya lebih mengaitkan kepada teknologi ramalan Tamadun Maya.Tamadun Maya telah meramalkan akan berlaku bencana besar dunia ini pada tahun 2012 dan boleh dikatakan sebagai kiamat.Teknologi canggih tidak mampu meramalkannya.Namun letupan besar gas di Matahari pada penghujung 2009 telah menyebabkan haba yang dibawa oleh letupan itu mengaktifkan dan mengubah struktur Magma di bumi.Magma di bumi adalah terletak dibawah kerak bumi dan secara saintifiknya,kerak bumi terapung di atasnya.Perubahan jisim dan sifat serta suhunya menyebabkan magma ini tidak stabil akibat tindak balas terhadap haba letupan matahari tersebut.
Maka seorang Pakar Geologi dari USA iaitu Dr Adrian meramalkan berlakunya bencana alam besar dan boleh dikatakan kiamat melanda pada 21/12/2012.Hebatnya ciptaan teori yang dilakukan oleh barat yang meramalkan kiamat berlaku pada tarikh tersebut!Maka selama 3 tahun itulah,kerajaan besar dunia seperti USA,Russia,Jerman,Perancis,Jepun,China,Italy dan lain-lain berusaha menyimpan maklumat ini dari tersebar luas kepada rakyatnya.Pada masa yang sama,seluruh agensi dunia dan kerajaan besar dunia berganding bahu membina sebuah bahtera amat besar yang canggih untuk menjadi 'tunggangan' apabila 'kiamat' tersebut berlaku. Bahtera itu berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang besar namun berbentuk kapal.Ianya dikatakan mampu membawa ribuan manusia dan mempunyai bekalan makanan yang cukup buat manusia di dalamnya.Namun syarat untuk menaikinya ialah,"Anda mempunyai 1 billion Euro untuk setiap nyawa?!".
Aku kurang gemar menceritakan kehebatan hero dan heroin dalam filem ini.Jalan ceritanya sama macam Armageddon di mana,Hero dan Heroinnya senantiasa terselamat dari bala bencana.Bayangkan,kawasan di sekitarnya hancur lebur ditelan bumi,namun kenderaan yang dipandunya selamat walaupun secara logiknya memang tak masuk akal.Itulah yang dikatakan filem!Kalau hero/in nya mati,tamatlah kisahnya.Dari satu babak ke satu babak,menceritakan bagaimana kelam kabutnya suasana manusia ketika datangnya bencana alam besar(bukannya kiamat pun!)Semua manusia ketika itu baru sedar dan mahu kembali kepada ajaran agama tidak kisah apa agamanya.Si ayah baru mahu menggalas tanggungjawab menjadi pelindung keluarga padahal sebelum ini diabaikannya.Terhantuk baru Terngadah.
Banyak adegan yang agak kurang menyenangkan bagi penonton yang beragama Islam yang masih mahu berfikir kesan buruk filem itu terhadap imannya.Salah satunya ialah usaha Hollywood berganding bahu bersama White House membersihkan imej Presiden USA.Dalam filem ini jelas menonjolkan kebaikan Pres USA yang sanggup mati bersama rakyatnya walaupun beliau diberi keistimewaan mendapat perlindungan dalam 'bahtera' tersebut.Berkarakterkan kulit hitam yang menyerupai peranan Obama ketika ini,tampak begitu baik dan berkasih sayang yang ditonjolkan oleh Pres USA ini.Ianya seperti mahu mencucuk jarum kepada kita umat Islam bahawa Pres USA adalah baik orangnya.Maka segala tindakkannya terhadap dunia Islam adalah mengikut naluri terbaiknya untuk kebaikan manusia sejagat sedangkan kemusnahan yang dibawanya!
Kemudian pergi pula satu babak dimana ketika orang kenamaan VVIP mahu menaiki bahtera-bahtera tersebut,Dr Adrian bertanya apakah kriteria untuk menaiki kapal tersebut.Pembantunya mengatakan bahawa hanya mereka yang mempunyai wang dan gen untuk melahirkan generasi manusia seterusnya layak menaiki kapal tersebut.Tetapi apabila ternampaknya sekeluarga jutawan Arab Islam,Dr Adrian(tak silap lah)mengatakan "Inikah gen manusia ini yang kamu pilih?!".Apa maksudnya?Bagi pandangan ku,secara sinisnya,ia memperkecilkan keluarga tersebut atau secara umumnya umat Islam.Umat Islam yang digelar pengganas oleh Barat tidak layak diselamatkan dan bersama-sama penumpang VVIP di atas bahtera tersebut.Apakah penghinaan ini!!!
Filem ini seperti membayangkan manusia ini penuh dengan kepentingan diri.Ketua kepada Dr Adrian menunjukkan sifat mazmumah ini.Dia seperti tidak menghiraukan orang ramai yang bersusah payah sanggup membayar untuk menaiki kapal tersebut.Baginya nyawa orang kenamaan adalah lebih penting dari segalanya.Apakah modal yang mahu dibawa oleh pengarah cerita ini?Sistem Kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan peribadi berbanding sifat kemanusiaan?Ianya dicerminkan oleh watak ketua Dr Adrian tersebut.
Jalan cerita filem ini ada kemuncaknya dimana kemuncaknya apabila hampir berlakunya perlanggaran salah satu bahtera tersebut dengan Gunung Everest.Macam mana ianya berlaku?Pusat pembinaan kapal bahtera adalah di Tibet China.Bila ditimpa bencana baru semua mahu berganding bahu membantu antara satu sama lain.Jika tidak,masing-masing bertegang urat muka.Namun jalan ceritanya terkantoi apabila kiamat yang cuba digambarkan dalam cerita ini diredakan apabila tiba-tiba amukan Magma Bumi surut dengan pemulihannya.Nampak sangat manusia tidak dapat menggambarkan bagaimana berlakunya kiamat sebenar.Teknologi canggih manusia pun masih tidak mampu melihat dan meramal bahana kiamat yang sebenar seperti mana telah diceritakan buku ramalan agung manusia iaitu Al-Quran yang menceritakan bahawa kiamat berlaku setelah turunnya 3 insan utama akhir zaman iaitu Dajjal,Imam Mahdi dan Isa a.s dan kemudian turunnya Yakjuj dan Makjuj sebelum berlakunya kiamat.Apa yang diturunkan di dalam Al-Quran tidak sangsi lagi dan apa yang cuba diperbesarkan dalam filem ini sangat daif ilmu dan imaginasinya.Manusia tidak mampu memikirkan apa berlaku pada masa depan.Itulah manusia,hanya setitis ilmunya dari lautan ilmu illahi.
(Kepada yang mahu menontonnya,silalah namun yang buruk dijadikan ikhtibar.Jika ada maksud tersirat yang serong yang cuba dibawakan oleh filem ini,aku sangat alu-alukan tambahan info dari artikel ini.Salam ukhwah fillah)
2 Kesan Parut:
assalamu'alaikum. kisah ni pendapat saya sememangnya sure lebih kepada 'perang saraf' rancangan sulit yahudi. lebih kepada 'illuminati'. sunnguh tersirat dan penuh 'kesangsian' cerita ini.sila layari blog iniutk lebih lanjut.
http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-janjikan-propaganda-tersirat.html
tiada siapa pun yang dapat menerangkan kedatangan waktu hari kiamat tu kecuali Allah.. sesuatu yang telah jelas dinyatakan... mengapa kita masih lagi berteka teki tentang waktu hadirnya kiamat? tiada pengetahuan kepada manusia untuk mengetahui tentang hari kiamat.. daripada menghitung waktu datangnya kiamat.. baik kita persiapkan diri kita dengan melakukan segala amalan.. kita tidak mengetahui bilakan ajal akan datang.. mungkin sebentar lagi.. mungkin esok.. persiapkanlah dirimu...
Catat Ulasan