Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Isu Hangat:Iklan POTONG



Heboh di parlimen membicarakan isu seperti tajuk entri di atas.POTONG.Macam-macam da!!! Kini parlimen Malaysia bukan lagi berilmiah dalam membahaskan masalah masyarakat namun perkara yang kecil diperbesarkan.

Baru-baru ini,iklan penyedia jalur lebar WIMAX iaitu P1 Wimax menjadi buah mulut di parlimen. Yang membangkitkan isu ini ialah golongan bukan Islam yang bergolongankan kerajaan dan yang menjawabnya ialah Timbalan Menteri Penerangan yang sudah tentunya dari pihak kerajaan dan beliau juga bukan Islam.Mereka membangkitkan isu adakah iklan tersebut lucah.Perkataan POTONG bagi bukan Islam mungkin mengerikan.POTONG bermakna sunat bagi mereka.Mereka begitu trauma dengan perkataan ini seperti mana traumanya mereka kepada agama rasmi di tanah air mereka iaitu Islam.Mengapa begitu takutkan perkataan ini?

Iklan tersebut secara jelasnya tidak begitu terus bermaksudkan lucah.Ianya menyuruh penonton beralih arah dari Internet berwayar (Streamyx) kepada tidak berwayar iaitu P1 Wimax.Maka perkataan POTONG yang dimaksudkan ialah potong wayar tersebut dan beralih kepada yang tidak berwayar/bertalian.

Mungkin boleh diletakkan sedikit kesalahan keatas bahu pengarah iklan tersebut apabila menggunakan suasana majlis perkahwinan dalam menggunakan perkataan potong tersebut.Apabila si pengantin menyuruhnya potong,maka ada juga unsur kenakalan dalam hal ini.Mungkin pengarah perlu lebih berhati-hati dalam memilih situasi dalam menggunakan perkataan tersebut.

Hah..kalau ini dikira lucah,BAGAIMANA PULA DENGAN PAKAIAN MENJOLOK MATA PENYANYI WANITA ISLAM DAN PELAKON MUDA DI TELEVISYEN???Tak mahu pula dibangkitkan isu ini yang senantiasa menjadi sajian mata setiap hari tidak kira tua atau muda. Ini memberi kesan buruk terus kepada generasi muda mudi kini yang makin lama makin taksub kepada aliran pemikiran barat serta Islam Liberal!

Kalau iklan itu pun dikira lucah,bagaimana pula dengan produk ini?


Lagilah lucah kan???Tak mahu pula dibangkitkan di Parlimen!Isu remeh temeh pun jadi hangat. Kebajikan rakyat dibiarkan terumbang ambing macam kapal rosak ditengah lautan yang dibadai ribut tropika.Ini belum dikira lucah berbanding salah satu daripada Video Pendek dalam 15Malaysia.


Maka...fikir-fikirkanlah....Mana yang lebih teruk tidak diambil endah....

0 Kesan Parut: