Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berat dan makin berat?

Salam ukhwah...

Alhamdulillah setelah aku bertarung dengan TMNET Streamyx dengan melakukan panggilan kerosakan setiap hari selama 5 hari,akhirnya elok jua wadah perhubunganku dengan dunia luar ini. Akibat sambaran kilat kuat di sekitar rumahku iaitu Taman Keramat pada sabtu lepas menyebabkan sambungan telefon rumah dan internet rumah ku 'mati'.

Sebenarnya 7/11/2009 yang lalu adalah hari jadi Destinasimu yang pertama (ulang tahun pertama penubuhannya) namun pada hari kejadian aku dan family ku melancong ke Cameron Highland,Pahang.InsyaAllah ada kesempatan akanku masukkan beberapa gambar ketika kami berada di sana.

InsyaAllah dalam tempoh beberapa hari ini juga,aku akan mengubah lagi sekali template blog ini agar ianya menjadi lebih ringan dan mudah diakses oleh sesiapa pun di luar sana.Aku menerima banyak teguran berkaitan dengan blog ini yang makin berat dan tidak mesra pengguna.Asif Jiddan aku pohonkan.Berikan masa untuk pengubahsuaian dilakukan.

Nantikan beberapa artikel menarik dari Destinasimu setelah seminggu lamanya ianya sepi dari pengisian.Jazakallah kepada yang terus menyokong blog ini.

0 Kesan Parut: