Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Rawatan resdung bersama PERMATA HIJRAH




Alhamdulillah,petang tadi pada jam 6.45pm,ana bersama keluarga ana tiba di booth PERMATA HIJRAH yang terletak di ruang legar Kompleks PKNS Bangi.Buat pengetahuan sahabat,PERMATA HIJRAH ini dibangunkan oleh 2 orang ustaz warga tempatan (Kelantan) bersama seorang doktor bertauliah.Mereka bergabung tenaga dan telah membangunkan PERMATA HIJRAH dari produk kesihatan kecil-kecilan kepada produk komersil.Setakat ini,PERMATA HIJRAH lebih menumpukan kepada rawatan mata dan resdung di mana mereka telah mengkaji secara tradisional bersama perubatan moden untuk menghasilkan produk mereka yang dikira mujarab jika pelanggan mereka mengikut prosedur pengambilan ubat dengan betulYang pentingnya ianya tidak mengandungi steroid.Hampir semua bahannya adalah herba yang merupakan daripada tumbuhan alam.

Ana bukanlah mahu menjadi salesman tetapi hanya mahu berkongi masalah yang ana hadapi bersama sahabat di luar sana.Buat pengetahuan sahabat,ana mula mengalami simpton resdung sejak berusia 12 tahun menjadi makan teruk selepas SPM.Ana sebelum ini pernah membuat rawatan asap resdung atau lebih dikenali dengan Rokok Resdung di mana ianya berkesan untuk membuang hama serta kotoran pada kulit muka sahaja.Kemudian ana juga pernah mencuba rawatan ear candelling di mana dalam rawatan ini,ianya sama seperti Rokok Resdung cuma kali ini ia tidak membakar di muka tetapi hama resdung di sedut melalui saluran telinga.Ia dikatakan lebih berkesan dan bertahan lama serta tidak menyakitkan berbanding Rokok resdung di muka. Ya memang benar dan berbulan juga ana tidak kena resdung sebelum kena kembali kerana tidak pantang dalam pemakanan.Cuma harganya mahal.Biasanya rawatan ear candelling ini akan disertakan facial treatment di mana teknologi laser dan mini bekam muka digunakan.Sinilah kesakitan dirasakan di mana darah kotor dari jerawat dan liang roma dikeluarkan oleh sejenis alat seperti vacum.Selepas di vacum,akan rasa muka seperti lebam sama seperti selepas berbekam di badan.Cuma tidak nampak jelas berbanding bekam di badan.Namun biasanya rawatan ini berkesan di luar sahaja tetapi masalah resdung ini disertakan dengan sakit kepala,jerawat,kelemumur dan sebagainya.Oleh itu,boleh ana katakan lebih separuh masalah resdung datang dari dalam badan di mana terdapat cecair pekat bernama sinus di dalam rongga hidung dan pernafasan.Inilah punca utama resdung selain hama di muka.Bagaimana nak selesaikan?Ana telah ditakdirkan bertemu PERMATA HIJRAH.


Bukan ana yer...

Al kisahnya pada jam 6.45pm,ana bersama keluarga telah bertemu dengan salesman yang menjual barangan PH ini.Ibu ana telah bertanya banyak soalan di mana salah satu soalannya ialah adakah ubatan mereka mengandungi steroid dan mereka menjawab tidak kerana ramuannya ialah herba.Kemudian bertanya lagi,adakah dia mujarab?Jurujual itu berkata ya selepas membuat rawatan keluarkan sinus kemudian diteruskan dengan kapsul resdung PERMATA HIJRAH.Ianya bertahan lama jika makan berpantang.Sehingga bertahun lamanya tiada masalah resdung dengan produk ini.Resdung adalah penyakit yang tidak boleh sembuh 100% kerana ia bergantung pada antibodi,persekitaran,pemakanan dan juga genetik. Cuma PH ini memberikan lebih peluang dan harapan untuk sembuh dalam tempoh yang lama.


Semasa ana membuat rawatan resdung di booth tersebut,salesman tersebut menyuruh saya duduk di kerusi dan bersedia dengan rawatan tersebut.Beliau menyuruh saya menyedut sejenis herba di mana selepas menyedutnya,memang rasa sangat pedih dan beliau menyuruh saya menyedut pula sejenis tonner resdung.Selepas sahaja digabungkan herba+tonner resdung,terasa seperti kepedihan pada rongga hidung.Mata ana sangat berair.Dan hidung ana mula mengeluarkan lendir cair kemudian diikuti cecair pekat seperti hingus bewarna jernih kuning.Pekat sangat.Pedih menjalar hidung.Tetapi makin lama makin kurang pedihnya tetapi makin banyak lendir keluar.Hidung akan tersumbat kerana dipenuhi cecair pekat itu.Ianya mengambil 30minit hingga satu jam untuk keluarkan semua lendir itu bergantung pada tahap keseriusan resdung individu terbabit.Macam ana tadi mengambil masa hampir sejam.Banyak lendir pekat yang keluar.Selepas rawatan tersebut,ana membeli set rawatan resdung yang mengandungi Kapsul Resdung,Air Resung(Toner hidung) dan Bedak Sejuk Air Seduan Resdung.Termasuk rawatan tadi,semuanya RM 185.00.Tanpa rawatan ialah RM135.00.Sehingga saat artikel ini ditulis,ana masih bersin sedikit kerana mahu mengeluarkan baki lendir dari hidung.Tetapi ana telah pun memakan kapsul+toner hidung dan bedak tersebut.Terasa keselesaan yang mungkin tidak pernah ana rasa dalam tempoh 5 tahun ini. Untuk kapsul itu,baki lendir kotor dalam badan beserta darah kotor menyebab resdung akan dibuang melalui sistem perkumuhan dan mengambil masa beberapa hari hingga sebulan.Bergantung juga pada tahap resdung individu tersebut.Dan kini ana telah menggunakan dan kesannya mungkin dilihat dalam tempoh seminggu.Sebarang perkembangan terkini akan ana updatekan di sini.Kepada mereka yang inginkan produk ini,bagi yang tinggal di Bangi,bolehlah ke Kompleks PKNS Bangi bertemu dengan Booth PERMATA HIJRAH di ruang legar utama.Bagi yang berada di kejauhan sila lawati www.permatahijrah.com untuk mengetahui lebih lanjut produk mujarab ini.Moga ana sembuh sepenuhnya dari resdung ini.Selamat mencuba.Walaupun ia pedih,tetapi untuk long term,insya-Allah...

7 Kesan Parut:

Permatahijrah berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih. Dapatkan produk permatahijrah dengan kami dengan tawaran harga yang istimewa. http://edarpermatahijrah.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Aku pun dah mendapatkan produk ni..ternyata nampak perubahan nya...sekarang aku tgh maintain ngan kapsul resdung

Tanpa Nama berkata...

Aku pun dah mendapatkan produk ni..ternyata nampak perubahan nya...sekarang aku tgh maintain ngan kapsul resdung

Anita berkata...

Salam, td ad tgk seorang girl buat rawatan keluarkan lendir resdung kat uo greentown mall,Ipoh.Mmg byk lendir yg keluar, nak try tp takut le pulak.Bila baca artikel ni rasa nak cuba ,InsyaAllah.

Kai berkata...

salam sumer..

hmmm nk story ckit pasal resdung saya nih... rasenya saya dah alami resdong nih dr umur 8 tahun sehingga la sekrg nih 33 tahun, so maksudnya dah 25 tahun.. tentulah dalam 25 tahun ni dah pelbagai kaedah rawatan sudah sy cuba, so xnak ulas panjang pasal rawatan yg kita sumer dah sedia maklum..
Just nk kongsi yang PH nih..
1-2 bulan ni agak kerap saya kena demam selsema yang teruk, hingga 2-3 hari terbaring jeh kt umah, sebelum nih ok sebb sy pakai avamys nasal sprays tuh, tp dh setahun pakai avamys, sekrg nih avamys pun dah x jalan nk setelkan problem resdung nih..
akhirnya minggu lepas hari rabu, sy redah pi PH kt Bangi, buat rawatan n beli kapsul resdung RM100, hari jumaat sy dah dapat perbezaannya dan yang paling nyata, ketumbuhan dlm hidung sy yang agak besar kini semakin mengecil hingga la ke hari ini.. cuma massalah selsema lum lagi selesai, tp saya amat berpuas hati ngn PH nih... selama 25 tahun ketumbuhan nih ader dlm hidung sy smp wat surgery pun dia dtg balik, sekrg nih semkain mengecil..

Kai berkata...

aku pun dah mencuba, alhamdulliliah ketumguhan dalam hidung aku yang dulunyer agak sebsar guli, sekrg beransur ansur mengecut... x sangka plak power tuk kapsul resdung PH nih yer.. maklumla dah hampir 25 tahun aku idup ngn resdung kronik ni... baru le terasa lubang hidung nih selesa sikit

Angin Selat Melaka berkata...

Assalamualaikum...
Bagi mendapat rawatan yg seakan serupa - iaitu mengeluarkan lendir2, kahak dan kotoran yg tersekat di sekitaran wajah dan badan. boleh cuba kaedah yg ada di sini:

Rawatan mengeluarkan lendir, kahak dan kotoran penyebab resdung

Melalui kaedah ni, anda boleh buat bila2 masa sendiri di rumah. Semoga sukses! Tq.