Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Mengenang Peristiwa Memali 1985 !



Bertarikh 5 bulan sebelum ana dilahirkan,berlaku satu tragidi penghinaan Islam yang berlaku di Baling Kedah.Islam telah disamakan dengan Komunis.Orang yang menegakkan Islam telah dibunuh kejam oleh tentera 'Islam' arahan kerajaan Malaysia ketika itu.Dari mulut yang ana dengar,orang ramai memutar belitkan kenyataan bahawa perkara yang berlaku ialah terdapat sebuah markas kumpulan ajaran sesat yang sanggup mempertahankan markas ajaran mereka hingga membunuh anggota polis dan keselamatan.Maka mereka ini layak digelar sebagai pengganas!

Astaghfirullah,jika dilihat pada video peristiwa Memali,kelihatan wanita atau orang akmpung yang sanggup memegang parang dan mahu mengancam pihak keselamatan.Anda tentu fikir mereka pengganas bukan?Sebaliknya,mereka ialah wanita di rumah yang mempertahankan suami,anak lelaki dan ayah mereka yang mempertahankan madrasah pengajian Islam mereka dari diserang dan dimusnahkan oleh tentera Malaysia ketika itu.

Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video oleh RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang,lastik dan bom petrolmenyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Ibrahim Libya adalah seorang ustaz dan pendakwah yang berjaya membawa perubahan dari segi pegangan Islam bagi penduduk kampung di sekitar Baling ketika itu.Cara beliau berdakwah sangat unik di mana beliau mendekati orang kampung dengan bersama-sama memeriahkan kenduri kampung,duduk dan berbual bersama serta bermain dan bersukan bersama pemuda kampung.Apabila orang kampung rasa sudah selesa bersamanya,masa inilah digunakan oleh Ibrahim Libya untuk memulakan dakwah mereka dari peringkat asas lagi hinggalah penduduk kampung mempunyai kekuatan Islam yang teguh hingga sanggup mati syahid untuk pertahankan tok guru mereka serta tempat atau madrasah yang memperkenalkan mereka kepada Islam.Inilah sejarah yang cuba dipadamkan oleh sesetengah pihak lebih-lebih lagi UMNO.Bukanlah tujuan untuk berpolitik tetapi sebuah pertubuhan melayu Islam telah memperlekehkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Moga mereka yng terlibat dalam hal tersebut seperti bekas TPM ketika itu dan bekas PM ketika itu bertaubat pada Allah.Jika tidak,merekalah golongan yang telah memerangi tentera Allah...Moga yang terkorban dalam Memali (pihak Ibrahim Libya) mendapat gelaran syahid..amin Ya Allah!


0 Kesan Parut: