Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sahabat,Cara Kita Berbeza...


Salam Alaik..

Huhu..agaknya sudah lama ana tidak menulis di blog.Ana sungguh sibuk dengan Test+Program PPI+Assignment dan urusan hidup seharian.Sementara ana menunggu masuknya waktu Isyak ini,ana mahu mencoret sedikit kisah peribadi untuk tatapan sahabat sekalian.

Tadi ana ada usrah dan ana berkongsi pada sahabat usrah ana mengenai tajuk kami pada petang itu iaitu "Sembang-sembang Serikandi" sempena program SERIKANDI yang berlangsung di UNITEN selama 4 hari bermula petang tadi.Bertempat hanya 30 meter dari main enterance ke Exhibiton SERIKANDI,kami berenam berbincang dan berkongsi ilmu mengenai tajuk yang telah diberikan.

Dalam banyak-banyak pendapat yang diberikan,ana begitu tertarik dengan pendapat yang diberikan oleh saudara Fakhrul di mana beliau menjelaskan bahawa,walaupun usaha kita yakni AJK program tersebut nampak kecil tetapi impaknya mungkin besar.Dengan tenaga kerja yang tidak begitu besar tetapi masih mampu menjalankan sebuah program yang dikira besar di UNITEN yang jarang diadakan.Beliau juga menjelaskan bahawa,dalam skop berdakwah,kita tidak perlu meletak pagar yang berduri yang akan memberhentikan cara atau gerak dakwah kita.Yang penting niat yang tidak melanggar apa yang digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Semua orang ada caranya untuk berdakwah.Tabligh ada cara mereka sendiri.Cara ilmu disampaikan oleh mereka adalah dengan cara duduk secara rapat dan seorang ketua (amil) akan menyampaikan ilmu buat ahlinya.Begitu juga PPI,ISMA,JIM dan lainnya di mana asas mereka adalah Usrah di mana sistem ini,setiap Naqib atau Naqibah akan membimbing anak usrahnya dengan mengajar mereka ilmu agama secara tidak langsung.Sistem usrah ini merupakan satu sistem keluarga di mana ahli usrah di dalam sesuatu kumpulan itu akan mengambil berat antara satu sama lain dan tidak segan untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran masing-masing.Itulah cara mereka walaupun ia berbeza dengan Tabligh,tetapi destinasinya sama iaitu mengecapi keredhaan-Nya.

Bila tiba giliran Azrie,dia menjelaskan bahawa dia begitu kagum dengan Pengarah Program Serikandi iaitu Safiah yang berani membuat suatu perubahan dalam Serikandi dengan memanggil urusetia yang terdiri daripada muslimin.Ianya agak janggal pada mulanya bagi muslimin PPI itu sendiri tetapi kerana untuk melihat objektif program tercapai dan perjalanannya berjalan lancar,mereka muslimin tetap membantu.Ada juga yang mempersoalkan kenapa dan kenapa perlu muslimin bantu muslimat?Apa tiada muslimat lagikah yang hendak membantu?Situasi mungkin berlainan dengan si bertanya.Adakah yang bertanya tahu situasi yang dialami oleh muslimat PPI?Tenaga mereka mencukupi tetapi Hawa ada kelemahannya.Yang melengkapi mereka ialah muslimin.Setiap benda di dunia ini Allah ciptakan secara berpasangan.Malam dan siang,bumi dan langit,pantai dan ombak dan begitu juga wanita memerlukan lelaki untuk membimbing mereka.Muslimin di PPI tahu pandangan perlu dijaga agar tiada panahan mata ketika kerjasama dilakukan.Jika ada benda yang perlu dibualkan hendaklah yang penting sahaja dan di tempat yang ramai orang untuk mengelakkan fitnah.Ana rasa agak terkilan kerana ada yang mengatakan muslimin yang terlibat dengan SERIKANDI bersifat seperti "Au" atau erti kata lain lembut.Mungkin ada yang bernada bergurau tetapi ada yang sedar dan sedar akan gurauan kita itu boleh menyakitkan hati seseorang?Tingginya ilmu kita tidak mampu menandingi ilmu Allah SWT.Banyak manusia yang terkandas dari SyurgaNya adalah akibat bahana lidahnya.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa.Ana kadang-kadang terasa akan sindiran mereka tetapi kerana tidak meleraikan ukhwah yang telah terjalin,ana melayan gurauan mereka walaupun pedih di hati.

Ana merasakan kita mempunyai cara masing-masing.Hendak taknak yang mempersoalkan kenapa perlu bekerjasama dengan muslimat itu,mereka akan berkahwin juga dengan hawa. Takkan mahu bersama muslimin setiap masa termasuklah berkahwin bukan?Maka terbaliklah dunia.Kami bekerjasama kerana mahu membantu mereka untuk menjalankan salah satu cara dakwah mereka yang mungkin berbeza cara dakwah si bertanya atau si mempersoal.Anda mempunyai cara anda begitu juga kami.Kami akan menjaga adab kami.Sesi penerangan akan dipisahkan dan hanya perkara penting dibincangkan.Dan tiada pencampuran jelas antara muslimin dan muslimat ketika bekerja.Dan sering diingatkan agar kami bekerja kerana Allah dan menjaga adab pergaulan.Mungkin si bertanya kelak nanti akan membuat program bersama Akhwat,maka tahulah kenapa perlu juga kita berbincang dengan mereka.Paling penting tidak langgar syarak+niat betul+ikhlas.

Hormatilah cara kami.Ana sedar yang mempersoalkan itu tinggi ilmu agamanya.Kami juga mahu amal makruf nahi mungkar.Tidak kami menggalakkan mungkar.Tidak sesekali.Harap mereka memahami cara kami.Rasa sungguh tenang mendengar idea-idea dan nasihat dari Usrah kami petang tadi.Moga Allah rahmati usaha kami yang kecil ini dan dijauhkan kami dari fitnah dan benda yang membawa kepada dosa...Amin Ya Allah...

0 Kesan Parut: