Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan!!!

KDN gantung akhbar PAS, PKR
Mar 23, 09 5:42pm
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverSurat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Destinasimu:
Huh..apa nak jadi Malaysia ini.Adakah rakyatnya nak harapkan pada akhbar BN yang penuh fitnah seperti Utusan Meloyan.New Longkang Times dan Berita Meroyan?Muak dah ana dengar ketiga-tiga akhbar BN ini.Inilah menandakan bermulanya pemerintahan kuku besi diktator Najib.Moga Allah selamatkan Malaysia dari Najib ini. Tiada lagi kebebasan menyuarakan pendapat dan berita benar di Malaysia.Boikot je barangan BN selain barangan Israel.Macam sama je BN dan Israel ini.Menyekat cahaya Allah.Tetapi percayalah,UMNO akan tenggelam seperti mana Namrud dan Firaun yang begitu angkuh pada tuhannya.Moga Allah berikan balasan padamu! Ayuh bloggers dan dunia maya,hancurkan kerajaan sekular UMNO ini.Tunjuk pada mereka kuasa kita melebihi kekuatan akhbar fitnah mereka!!!Allah Hu Akhbar!!
"

0 Kesan Parut: