Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berakhirnya SERIKANDI

Berakhirnya salah satu program besar Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional yang dinamakan SERIKANDI , mengambil nama sempena pahlawan Islam wanita.Tahniah di ucapkan kepada tenaga kerja yang terdiri daripada Hal Ehwal Wanita PPI Uniten dan sebahagian besar Muslimin PPI Uniten. Sungguh bermakna buat diri ana untuk sama-sama membantu muslimat dalam menjayakan program besar ini.Tidak sangka,perjalanan 4 hari program yang begitu mencabar mengajar kami erti kesabaran dan usaha sebelum menyerah kalah.Kami tidak menyerah kalah malah berusaha hingga titisan air mata terakhir..hehe..

Selama 4 hari yakni hari Selasa hingga Rabu,ana rasakan Gallery Admin sebagai rumah kedua ana selepas Baitul Junnud.Habis sahaja kuliah di COE ana terus ke Admin untuk membantu pameran di sana.Begitu juga sebahagian besar ahli PPI tidak kira samada muslimin atau muslimat. Ana rasa begitu gembira dan berbangga melihat semangat berpersatuan sesetengah ahli PPI dan di sini ana listkan mereka yang begitu banyak membantu kami dna hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka:

  1. AJK Lajnah DIO-Ana sangat terhutang budi kepada antum sekalian.Nampak seperti AJK lajnah DIO masih begitu komitmen dengan kerja masing-masing.Ana dan timbalan ana,Nadhira mengucapkan jutaan terima kasih.
  2. Muslimat PPI-Semua EXCI,Senior Muslimat PPI dan AJK SAQ,Ilmu dan Murni.
  3. Usrah abang Mail iaitu Ismail,Fakhrul,Faiz,Azree,Chot dan Wafi.Seronok berusrah dengan antum sekalian.
  4. Kepada kelab dan persatuan seperti Silat Gayung dan Silat Seni Cekak Hanafi yang membuat persembahan semasa pameran dijalankan.
  5. Kepada MPP dan PRS yang sering melawat pameran kami.
  6. Kepada Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur(KLIUC) kerana menghantar wakil untuk menyertai beberapa pertandingan yang kami anjurkan. Moga jambatan ukhwah sudah terbina.
  7. Dan juga kepada semua pengunjung SERIKANDI.Tanpa kalian tidak tercapailah pengunjung mencecah 1000 orang sepanjang 3 hari pameran kami.Alhamdulillah.
Moga Allah rahmati apa yang kami lakukan.Kami akan perbaiki kekurangan kami.Kami bukanlah sempurna dan kami inginkan kesempurnaan walaupun ia sukar kerana kami manusia biasa yang tidak bisa lari dari kecacatan dan kehinaan.Kepada yang memberi komen dan pandangan kepada kami,amat-amat kami alukan dan syukran di ucapkan.Moga kita berjumpa lagi insya-Allah di SERIKANDI yang akan datang.Tidak lupa juga kepada smeua sahabat muslimin dan mulsimat yang akan menduduki peperiksaan sem,moga dipermudahkan urusan kalian semua.Salam ukhwah fillah dariku FaREasT.

0 Kesan Parut: