Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

UMNO Nazak!!!


Huh..sejak akhir-akhir ini ana makin meluat tengok blog mamat ini.Bagi ana dia lebih memperjuangkan semangat kepartiannya tanpa membawa Islam bersama dengannya.Hujahnya jauh dari Islam dan ikut logik pun dah tak boleh diterima akal.Dia merupakan pengkritik pembangkang di Tranungkite.Boleh dikatakan setiap hujahan beliau sangat tidak tepat dan jauh dari fakta.Salah satu hujahan dia ialah PAS merupakan ejen Mossad di Malaysia!Apa kejadahnya ni?Bukankah Yahudi itu mewujudkan semangat nasionalis (kebangsaan) melalui Freemason?Dan apakah parti nasionalis paling besar di Malaysia?UMNO.Nama pun United Malay National Organisation.Tidak ada keislaman dipraktikkan olehnya dalam kehidupan seharian.Yang tahu cuma kata jangan sentuh atau memperlekehkan Islam tetapi mereka sendiri tidak menegakkan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

Asal usul mamat blog Ameno ini ialah Johor(Negeri kuat Ameno).Mmm..ana bukannya membenci membuta tuli tetapi ada sebabnya ana tidak senang dengan mamat ni.Semua parti Islam yang dahulunya dikenali sebagai Hizbum Muslimin dan kini PAS dituduhnya agen Mossad. Sedangkan Ameno itu sendiri membawa anasir Mossad.Berikut pendapat ana mengapa ana tidak menyukai Ameno itu sendiri:
  1. Pemimpin atasannya tidak mendalami apa golongan muda mahukan.
  2. Gejala Rasuah dan gila kuasa menjadi tradisi mereka.
  3. Islam indah di mulut tetapi diinjak-injak oleh tangan dan kaki mereka.Mereka lebih sukakan sistem sekular berbanding Islam.Contohnya:
  • Pendidikan:Sekolah Kebangsaan diperluaskan konsepnya.Sekolah Agama dianak-tirikan. Pendidikan Islam hanya cebisan mata pelajaran dan hanya teori sahaja.Tiada praktikal dan pengamalan dalam kehidupan seharian.Tulisan Jawi langsung tidak ada di sekolah kebangsaan.
  • Undang-undang:Bagi Ameno,selamat tinggal Hudud dan Qisas mereka ucapkan.Alasan mereka Malaysia negara berbilang kaum dan tak sesuai dipraktikkan hukum hudud di negara ini.Sekarang ana mahu bertanya,hukum hudud ini hak Ameno atau hak Allah? Apakah agama ahli-ahli Ameno ini?Jika Islam maka wajiblah ditegakkan hukum Hudud ini. Jika perlekehkan hukum Hudud bermakna perlekehkan Al-Quran.Perlekehkan Al-Quran maka hilang salah satu rukun iman dan termasuk dalam golongan munafik!
  • Perbankan:Perbankan Islam memang wujud tetapi tidak mampu menguasai pasaran perbankan.Kerana Bank Konversional lebih diutamakan kerana bagi mereka lebih menguntungkan.Bank jenis ini menjadikan amalan riba sebagai teras keuntungan mereka. Tak percaya?Nak pinjam kereta,Kadar Faedah serendah 3%.Hah,3% inilah dikatakan bunga atau riba yang kita sendiri tak sedar!Nampak sikit tetapi yang memberi riba dan menerima riba sama-sama akan diazab ni neraka kelak.Insaflah.
  • Hiburan:Perkara melalaikan menjadi amalan hidup mereka.Jika ada yang baik pun akan dicampur-adukkan dengan yang haram.Jika ada al-Kuliyyah,malamnya ada Jom Heboh. Huhuhu..hebatnya penangan mereka.Campur adukkan haram dan halal!
  • Masalah masyarakat Islam:Mana perginya Majlis Mufti dan JAKIM?Majlis Mufti perlu keluarkan fatwa yang tegas berkaitan dengan hiburan dan sebagainya.Dan jika telah dikeluarkan pun,Ameno ini akan ambil mana yang mereka rasakan sesuai dengan mereka. Yang lain dibuang.JAKIM pula?Isu halal dan haram pada produk makanan!Kenapa logo halal sangat berbeza-beza antara satu sama lain?Ada warna hijau,merah dan hitam.Apa maksud semua ini?Ayam pula,entah betul entah tidak cara sembelihan.Kehalalan makanan umat Islam dipermainkan di negara ini.Mana pergi pihak berkuasa?Adakah perhimpunan Agung mereka lebih penting dari Islam?
  • Dalam Ameno,yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.Rakyat makin tertindas dengan harga barangan melambung+tol+pinjaman riba dan sebagainya.Siswa Siswi sejak awal lagi telah dididik dengan dunia riba dan hutang.PTPTN,cas perkhidmatan adalah riba kerana senantiasa meningkat dari saban tahun.Pendidikan dalam Islam adalah tanggungjawab pemerintah dan tidak boleh dibuat sebagai perniagaan!
  • Fitnah dan fitnah serta memperlagakan umat Islam menjadi agenda lidah akhbar mereka. Menampakkan pembangkang itu buruk sahaja.Sedangkan apa yang mereka katakan itu fitnah dan tiada kebenaran.Terbaru,di Utusan Malaysia(Penyebar Fitnah Rakyat) menyatakan bahawa saranan Tuan Guru Nik Aziz mengenai pencalonan di Perak di tolak pembangkang.Mereka mengatakan,Nik Aziz tidak bersetuju Ir Nizar menjadi calon ADUN. Tetapi yang sebenarnya,Ir Nizar telah mendapat perkenan Nik Aziz untuk menjadi calon PAS.Memang akhbar merekalah yang memperlagakan umat Islam di Malaysia dan memainkan isu perkauman dan agama!
  • Demokrasi?Dilihat makin parah dibawah PM baru kelak.AKhbar pembangkang digantung jualannya.Alasan?Kerana langgar permit!Ah..Utusan Fitnah,Berita Meroyan dan New Longkang Times serta TV3 bukan pembuat fitnah tegar ke?Tak gantung mereka?Orang Ameno kah disebaliknya?
Sebenarnya banyak lagi ana nak perkatakan.Memang tepat pilihan ana ketika PRU 12 lalu.Tak menyesal pilihan ana.Ana ucapkan tahniah Kerajaan Negeri Selangor atas setahun pemerintahan anda di Selangor.Buat puak Ameno,percayalah,saluran ketiga dan keempat dan mungkin kedua juga akan menjatuhkan puak anda kelak!Terima azab anda di dunia lagi!Jangan sesekali mempermainkan isu Islam di Malaysia.Tak seperti mamat blog tadi yang hanya sayang Ameno sahaja tetapi tak sayangkan iman dan Islam.Ana nasihatkan untuk diri ana dan diri antum sekalian.Ana anti parti berkonsepkan nasionalis!!!Tanpa ada Islam dalam kehidupan mereka!Allah hu AKhbar!!!

Untuk maklumat pembaca,blog mamat yang gilakan Ameno berbanding Islam ialah http://airasiana.blogspot.com/ ....

0 Kesan Parut: