Salam Alaik sahabat dan sahabiah ana sekalian...
Jam 5.00pm adalah waktu senggang yang memang ana tak boleh belajar.Petang waktu yang tenang dan menyeronokkan untuk diisikan.Ana pada waktu petanglah ana akan mengambil sedikit masa untuk mencoret beberapa artikel untuk sahabat sekalian.Bagi ana,Destinasimu bagaikan satu wadah untuk ana memperbaiki serta memperkembangkan seni karangan dan penulisan ana.Walaupun ana bukan sasterawan yang menghabiskan sisa hidup mereka dengan pena dan buku sastera,tetapi ana juga mahu mempergunakan kemudahan yang ana ada untuk mencoret serta berkongsi secebis idea,ilmu serta maklumat bersama sahabat sekalian.Atas sebab inilah terciptanya Destinasimu.Jika dahulu ana mempunya fareastdihearty.wordpress.com ...ianya sudah menjadi kenangan yang indah kerana di situlah ana memulakan langkah kanan ke dunia blog. Bukanlah niat untuk menjadi terkenal atau untuk berbangga dengan diri.Jauh sekali.Niat di hati untuk berkongsi apa yang ana ada untuk sahabat sekalian.Ada yang membangkitkan isu,mengapa Destinasimu punyai artikel yang tidak menjurus kepada satu bidang atau jurusan sahaja seperti agama.Ya memang itulah yang ada di Destinasimu.Ana tidak menulis atau menaip hanya artikel berkaitan dengan keagamaan.Islam itu syumul.Ia merangkumi segala aspek kehidupan.Sebagai hamba Allah,tugas kita bukan hanya beribadat kepadanya sahaja tetapi juga mempunyai tugas untuk memakmurkan alam ciptaanNya. Untuk memakmurkan alam ini,perlu kita ada ilmu yang mencakupi pelbagai bidang kehidupan seperti ilmu matematik,ilmu fizik,ilmu sastera,ilmu sains,ilmu munakahat dan sebagainya.Islam itu anjal tetapi tetap dari segi akidahnya.
Oleh sebab itu,ana mahu pelbagaikan penulisan ana kerana Islam itu mengajar akan kepelbagaian dalam kehidupan dengan syarat tidak menyalahi apa yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Ada persoalkan,mengapa banyak artikel mengenai percintaan. Jika dilihat dari segi statistik artikel Percintaan,ianya tidak banyak seperti group artikel yang lain.Majoritinya dikuasai oleh Koleksi Kisah Tauladan dan Nasihat.Artikel Percintaan yang di bawa juga tidak menjurus kepada cinta yang sia-sia.Fitrah manusia itu sukakan cinta.Suka dicintai dan mencintai.Matilah hati manusia itu tanpa cinta.Bidang cinta bukan hanya pada manusia tetapi antara makhluk dan khaliq dan manusia dan rasulnya.Makin dijauhkan diri pada cinta,makin dekat kita padanya.Ianya seperti mengejar kita seperti mana saat mati itu mengejar kita.Jika persoalkan mengapa dan mengapa ada pula artikel serta video hiburan.Setiap manusia ada strategi masing-masing untuk mengembankan cara dakwah.Ya mungkin ada pengunjung yang tidak terdiri daripada mereka yang suka atau dekat pada artikel-artikel yang berunsurkan keagamaan.Dengan cara ana selitkan hiburan dalam Destinasimu,disamping mereka melihat dan membaca artikel Hiburan,mereka juga mungkin terlintas atau terbaca artikel yang berunsurkan nasihat dan agama.Itu semua secara tak langsung.Dan artikel Hiburan di dalam Destinasimu juga tidak melanggar batas-batas agama.Ianya hanya sekadar hiburan dan insyaAllah ana tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
Setiap orang ada caranya untuk mengekspreskan apa yang terbuku di hatinya.Begitu juga ana.Bersyukur padaNya kerana ana bukanlah insan yang jika ada masalah di hati terus luahkan di atas keoyboard laptop ana.Biarlah perasaan sedih,gembira dan sebagainya hanya Allah dan insan terpilih mengetahuinya.Berkaitan dengan perasaan,dalam hidup ana,ana paling tak gemar mereka yang mengguris akan maruah ana.Maruah ana bagaikan nyawa ana.Begitu juga sababat sekalian.Maruah ana merangkumi diri+agama+kredibiliti diri ana.Ana bukan mahu menyalahkan sesiapa.Ana tahu siapalah ana dan ana juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak disengajakan.Cuma jika ana salah,tegurlah dengan baik.Mungkin teguran yang tidak kena pada tempatnya akan membawa kepada krisis persahabatan. Jika di baca personaliti mengikut bulan,ana dilahirkan pada bulan April dan sahabat semua akan tahu,apa yang tercatat di siti mungkin banyak yang benar.Ana tidak akan tunjukkan ketidakpuas hatian dihadapan tetapi ana akan simpan dan lihatlah perubahan tersebut. Bagi ana,ana pinta jangan sesekali sentuh maruah ana.Ana happy go lucky tetapi setiap insan ada batasnya.Begitu juga diri ini.
Akhir kata,yang terasa..fikirlah..anda mungkin tinggi ilmu agama,baik bacaan Al-Qurannya dan hebat kepimpinannya.Tetapi ia tidak berguna jika anda mempunyai masalah hubungan insan yang lain.Luka di luar dapat dirawat luka di dalam...hanya Allah dan yang terasa itu sahaja tahu. Luaran ana gembira,di hati..biar Allah sahaja tahu.Anda mungkin hebat tetapi anda juga seperti ana.Tidak tentu saat mengucap ketika sakaratulmaut anda dijamin dapat mengucapnya. Anda juga melakukan kesilapan secara tak sengaja.Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut nafsu berkuasa.Jika dulu ana kagum kini makin berkurang kekaguman ana pada anda.Moga Allah ampuni kita semua....Assalamualaikum...
Kata Hati...
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Admin DESTINASIMU...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan