Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kami dan Futsal....

SEPAGI DI ARENA FUTSAL MEGAH!!!


Di pagi hari jam 8.15am,Hakim menggunakan anugerah suaranya untuk mengejutkan ana.Suaranya berbunyi "earkearkearkearkearkeark...." menggegarkan gegendang telinga ku.Makin lama ana tutup muka dan telinga dengan bantal makin kuat dia berbunyi seperti orang sedang nazak itu.Ana berasa sangat mengantuk pagi itu setelah study hingga jam 2.30am sebelumnya.Hakim tidur awal yakni jam 12am.Bolehlah dia kacau ana.Geram juga ana tetapi dalam hati ana,alahai kesian lak Hakim ini,macam-macam suara dia buat untuk kejutkan ana.Orang lain kejutkan sahabatnya dengan tangan atau jam tetapi dia kejutkan dengan irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.Ana mengalah,jam 8.45am ana bangun setelah Hakim menyepak dan tumbuk ana untuk kejutkan ana.Ana tak membalas kerana ana tidak mahu melayan kanak-kanak pra matang.Hehehe.Setelah mandi manda dan turun ke bawah,Hadi-Gan,Bro Syakor dan adiknya serta Syamil bersiap-siap untuk bertolak.

Futsal kali ini kami mainkan di Megah Futsal Center berdekatan dengan rumah kami.Perjalanan menaiki Pajero kegemaranku mengambil masa 5 minit sahaja.Di sana kami bertemu lagi dengan Saiful dan Rahim.Maka berkumpullah kami 8 orang.Bermakna kami bermain 4 sebelah untuk tempoh sejam.Masya-Allah..penat...Keputusannya....Ana score 4 gol untuk 1st half tetapi ana juga boloskan lebih 5 gol kerana 2nd half ana menjadi goalkeeper.Hehe..Biar kalah asalkan hati puas menjerit Tolong!Tolong jika pihak lawan mendekati gol yang ana jaga.Ana agak fobia untuk terjah bola kerana disebabkan Futsal,cermin mata ana pecah dua kali sebelum ini.Huh,leh jadi fobia lak tu!Hehehe..watever,thankz a lot ajak ana ke Futsal pagi tadi.Tension study for final terubat dengan gelak ketawa ketika perlawanan berlangsung.PEACE!!!




0 Kesan Parut: