Yang Menulis...
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
(ADMIN Destinasimu)
Kepada
- Mak
- Abah
- Wanie dan Husaini
- Insan Azam ke-10
- Sahabat UNITEN,PPI dan SAQ
- Pengunjung Destinasimu...
Secawan Kopi dan Himpunan Ilmu
Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu
Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantiasa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu
Ya Allah
Aku mohon pada-Mu
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku
Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku
Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan
Ya Allah
Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang
Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu
Peliharalah pandanganku Ya Allah
Peliharalah hatiku Ya Rabbi
Peliharalah diriku Ya Rahim
Ya Allah
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu
Cinta dan rindu pada kematian
Ya Allah
Andai aku ditakdirkan mati
Matikanlah aku dalam iman
Matikanlah aku dalam Islam
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu
Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu
Ya Allah
Terimalah taubatku ini
Kerana aku
Aku takut dengan azab-Mu
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu
Aku takut Ya Allah
Syaitan & Hidung
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.” (riwayat Muslim)
Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata……..”Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku” .
Sengaja atau tak Sengaja?
1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.
2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.
3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.
*Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.
4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.
5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.
6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis).
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)