Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Untukmu Saudaraku di Palestina,.,

Jahanamlah kamu ISRAEL ZIONIS LAKNATULLAH!!!

Alhamdulillah..setelah lama tidak aku coretkan keyboard pada blog ini,aku kembali lagi. aku baru sahaja selesai membantu Aman Palestin di Masjid Uniten sebentar tadi.Sungguh meriah booth Aman Palestin tadi.Aku bukanlah sukarelawan Aman Palestin tetapi entah mengapa terdetik hati ini untuk membantu mereka. Aku tahu siapa aku untuk berada di saf hadapan di medan perang palestin.Tetapi kemampuan aku kini adalah berjihad dalam membantu menyedarkan umat Islam di Malaysia akan keadaan Palestin.Mungkin usaha ku sedikit.Amat sedikit.Tetapi biarlah ianya ikhlas datang dari lubuk hatiku.

Berkisahkan keadaan di Masjid Uniten,aku berasa sangat gembira melihat keprihatinan umat Islam Malaysia dalam isu kemanusiaan di Gaza.Mengapa?Contohnya,2 tabung besar yang diletakkan di depan pintu besar masjid sudah berat dan padat dengan wang kertas Biru dan Merah. Semuanya alhamdulillah tidak lokek wang untuk dermakan sebanyak mana yang mungkin. Begitu juga dengan booth jualan Aman Palestin yang dibuka berdekatan.95% barang sudah habis dijual.Syukur pada Allah membantu hambaNya yang berjihad di jalanNya.Walaupun booth ini dibuka 10 minit sebelum Khutbah bermula tetapi sambutan amat menggalakkan.Syukur dan syukran kepada yang membantu jualan Aman Palestin.

Minggu ini juga,Persatuan Pengajian Islam Uniten telah membuka booth SAVE GAZA yang dibuka di Kolej Kejuruteraan UNITEN dan Kolej Teknologi Maklumat UNITEN.Alhamdulillah,dalam tempoh 2 hari kami telah mengedarkan lebih 2000 risalah kepada seluruh pelajar UNITEN.Yang seronoknya yang ingin dikongsikan bersama adalah risalah berkaitan dengan memboikot barangan Yahudi dan sekutunya, ada yang non-muslim bertanyakan mengapa mereka perlu boikot.Cara aku menerangkan mereka adalah isu kemanusiaan kerana tidak molek menggunakan isu agama bagi mereka.Memang benar ia isu agama Islam tetapi bagaimanan yang non-muslim yang tidak tahu kisah Gaza memahami situasi di sana.Caranya adalah aku mengatakan bahawa Tentera Israel sewenang-wenangnya membunuh anak kecil dan wanita yang tidak bersalah.Ia merupakan krisis kemanusiaan yang amat teruk.Topik ini hangat diperkatakan hinggakan ada muslimat memberitahu kepadaku yang non-muslim berbincang dalam isu SAVE GAZA ini di dalam kuliah.Mungkin usaha kami di PPI sedikit tetapi sekurang-kurangnya membuka mata kepada semua warga kampus akan krisis yang melanda Gaza dan Palestin.

Allah hu akhbat,insyaAllah esok akan diadakan RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA anjuran AMAN PALESTIN bersama-sama ISMA,JIM,Parti Politik,NGOs dan sebagainya. Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam jam 10.00am hingga jam 12.00 pm.Antara pengisiannya adalah tayangan multimedia,ceramah,pameran dan sebagainya.Sahabat sekalian amat dijemput untuk memeriahkan suasana disamping memberi sumbangan dan kekuatan moral kepada rakyat Palestin yang berjihad di sana.Atau sekurang-kurangnya berdoa untuk kemenangan umat Islam di sana.Amin...Kepada sahabat-sahabatku,kesibukan ku pada minggu ini ada sebabnya.Maaf buat mereka yang terasa.Aku mahu berjasa pada agama.Biar aku tak mampu memegang senjata pada masa kini,biarlah aku berperang menggunakan sumber lain.Jika Allah beri keizinan,akan ku pergi ke sana.Untuk pertaruhkan darahku untuk agamaNya.Amin ya Allah....HIDUP PALESTINA!!!HANCUR LEBUR LAH ISRAEL ZIONIS LAKNATULLAH!!!


0 Kesan Parut: