Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Anda Fikir Periuk Nasi Anda Atau Periuk Nasi Kosong Palestin?

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru memboikot barangan Amerika atau Israel.

Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim berkata, tiada bukti menunjukkan KFC menyokong atau menjayakan tindakan Israel ke atas Palestin.

“Saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan, menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel.

“Umat Islam atau warganegara Malaysia khususnya perlu kurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkaan milik Amerika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang Amerika semata-mata.

“Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik, saya pernah membicarakan perkara ini beberapa kali dalam ceramah-ceramah saya, pendekatan yang lebih wajar dan logik adalah kita ramai-ramai usahakan untuk mendapatkan KFC dari Amerika,” katanya ketika ditemui sidang media Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin.

Beliau berkata, kita boleh mengambil pedoman dari syarikat India yang mengambil alih perniagaan besi dunia.

“Ada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun.

“Majoriti pekerja KFC dan Pizza Hut beragama Islam dan jadi kita perlulah sedar hakikat ini dan melihat lebih jauh sebelum memboikot,” katanya.

Apa kata Destinasimu:

-Ana pun tak tahu nak kata apa dengan orang macam ini.Perniagaan lebih berharga dari darah saudaranya di bumi ketiga tersuci umat Islam.Malunya yang berkata adalah Melayu beragama Islam.Orang Malaysia.Ana tak katakan dia salah dalam hal ini tetapi yang salahnya adalah tauke besar KFC di atas sana yang sedang duduk bersenang lenang di USA.Memanglah orang Melayu ini usahakannya di Malaysia dan tidak ada hubungan terus dengan USA tetapi tetap keuntungan yang sedikit dari Malaysia itu dibawa ke USA.Apa yang berlaku di USA?Hanya Allah yang tahu.Tetapi jika benar keuntungan sedikit itu mereka gunakan untuk beli peluru untuk dibenamkan di dada kanak-kanak Palestin,Nauzubillah betapa kejamnnya kita memberikan duit buat Yahudi Zionis untuk bunuh saudara kita.Mungkin kata ianya tak secara langsung kita berikan duit itu.Maka sekarang kita dah tahu KFC,McDonald,Starbuck dan sekutunya ada berikan dana pada Israel,kenapa perlu kita sokong mereka lagi?Matikah kita tak makan ayam,burger,kopi atau air mereka?Tak!!!Cuma bila benda itu dah sebati dalam badan kita, kita akan ketagih secara tidak sedar.Perumpamaan macam orang yang main judi mereka akan ketagih bermain mainan dosa besar ini kerana telah rasa nikmatnya walaupun ianya haram.Jika tauke KFC Malaysia ini hanya memikirkan nasib pekerja di Malaysia,bagaimana pula nasib orang Islam di Palestin yang hingga artikel ini ditulis angka korban syahid mencecah 1000 orang dan lebih 5000 lagi cedera.Bukankah ini zalim hanya memikirkan keuntungan sendiri dari nasib saudaranya yang lain?Astaghfirullah...


Jika ada mengatakan bahawa kalau dia bekerja di tempat tersebut niat hanya kerana mahu mencari rezeki halal,tak salah kerana Allah tahu niat mereka.NIAT?Niat dia tak salah.Memang halal.Tetapi adakah niat itu bersandarkan pada tempat yang benar?Bagaimana jika kes ada seorang ibu yang melihat anaknya kelaparan,lalu dia menjual tubuh badannya pada lelaki jalang lain untuk dapat duit lalu belikan sesuap nasi untuk anaknya dengan menggunakan duit tersebut?Niat ibu itu baik tetapi cara dia melakukan untuk dapat duit itu salah dan haram di sisi Islam.Kemudian ada pula kata khabar angin mengatakan barangan tersebut ada kaitan dengan Israel tidak tepat atau dalam bahasa mudahnya kisah bohong.Mungkin mereka ini tidak peka dengan berita dunia luar.Sibuk dengan kerja di tempat tersebut agaknya.Sumber yang mahu barangan tersebut di boikot dipersetujui oleh ulama besar dunia Arab dan juga pertubuhan-pertubuhan Islam di sana.Mahu juga mempertikainya? Mahu bukti?Taip kat google dan cari untuk perkataan inminds.Ada tertulis barangan yang wajib di boikot dan bukti penglibatan mereka dengan pengganas Zionis.Kalau nak nafikan juga,ikutlah mazhab anda.Sebab jika bukan ulama kita nak sandarkan sekarang siapa lagi?Ulama adalah pewaris kenabian.Selepas Al-Quran dan Hadis,ijtimak Ulama lah perlu kita turuti.Jika mereka sepakat mengharamkannya,janganlah kita mendekatinya.


Bagi mereka yang masih bekerja di tempat yang di boikot,bukanlah masuk ana mahu menentang kalian.Tetapi dengan niat untuk menyedarkan kalian.Walaupun bekerja hanya sebagai pelayan restoran atau pekerja stor atau sebagainya,hukumnya tetap sama yakni tidak boleh.Contohnya, peminum arak,orang yang menjual,orang yang membawa segelas arak ke peminum tersebut,orang yang mengangkat kotak arak,orang yang menuangnya mahupun orang yang memerah anggur untuk dijadikan arak juga berdosa besar.Jika tempat kerja anda menyumbangkan tumpahan darah di Gaza,carilah kerja di tempat lain yang lebih diberkatiNya. Sementara mencari (usaha) kerja lain,masih boleh bekerja di situ tetapi SEBAIKNYA berhenti terus.Itulah jihad anda di bumi Malaysia untuk teman di Palestina.Ana berkata di sini untuk nasihat diri ana dan diri antum sekalian.Moga Allah hancurkan Israel dan sekutu-sekutunya. Tiada yang sukar bagi Allah untuk lenyapkan mereka dari muka bumi.Cuma mungkin masanya belum tiba kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.Jika umat Islam tidak bersatu dalam membantu umat Islam di Palestin maka lambat pertolongan Allah tiba.Maka kita di sini boleh bersatu untuk memboikot barangan yang memberikan dana pada Israel Laknatullah...Hidup Palestin dan Hancurlah Yahudi Zionis!!!

0 Kesan Parut: