Saat aku tertekan..saat aku pening kepala dan saat aku demam...aku merasakan bantuan Allah itu tiba ketika saat yang benar benar aku perlukan..aku insan baru dalam AJK Perlaksana PPI dan aku tidak mengetahui apa-apa mengenainya..Jika dipilih penjadi AJK biro tidak mengapa tetapi Hakim telah meletakkan aku ke dalam posisi yang amat berat untuk aku.Mengapakah begitu besar cabaran yang aku alami kali ini.Aku redha dan aku tidak memberontak untuk tidak memegang jawatan itu tetapi mungkin ada sebab mengapa Allah pilihku untuk mengisi jawatan penting itu. Dari mesyuarat pertama aku dan biro-biro dibawah ku...dan aku sendiri tak ingat dah berapa kali meeting aku buat bersama biro ku.Mahu lebih dari tiga kali.Itu hanya meeting bersama Ketua Biro Program(aku) dan AJK-AJK ku..(Baihaqi,Nadhirah dan Zaidah)..meeting bersama biro lain belum dikira..tetapi tak mengapalah..itu semua tinggal kenangan yang akan ku ingati sampai bila-bila..
Dan masih aku ingat mesej dari Nad..dia rasa sangat kecewa dengan meeting final progress bersama pengarah dimana ketika itu aku tidak dapat hadiri mesyuarat tersebut kerana masalah kesihatan yang agak teruk.Maka aku berikan sepenuhnya sesi penerangan biro program kepada AJK-AJK ku yang lain.Mungkin kelemahanku sebelum itu membuatkan AJK-AJK ku kurang memahami perjalanan sesebuah modul yang telah ditetapkan.Maaf ku pohonkan.Tetapi selepas mesyuarat itu,ada seperti semangat baru yang amat membara sedang membakar sanubariku.. kerana apa?KERANA 2 ORANG ini- Zaidah dan Nadhirah...Ketika aku mula-mula hanya fikirkan yang program itu tidak penting buatku,mereka bekerja sangat hebat kekuatannya.Kerja mereka berdua bagaikan kerja 10 orang.Tidur jam 3 pagi untuk siapkan tugasan yang ku berikan.Berikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan ku.Walaupun masa tinggal 3 hari tetapi tiba-tiba cahaya datang dalam hidupku.Nadhirah memberi semangat padaku ketika Tahun Baru berbunyi "Faiz buktikan Biro Program buat terbaik Sabtu ini.Tiada siapa boleh bantu Faiz pada masa itu!"..SMS itu benar-benar buatku tenang dan bertenaga dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan..
Dan seorang lagi namanya Zaidah..ketika aku masih pening memikirkan apa aku perlu buat pada hari Sabtu,setiap masa dia sanggup berkorban masa belajarnya dan kreditnya untuk hubungi aku untuk membuat masterplan biro-biro Induksi.Hebat sangat apa yang dia ada.Semangat dia mengajar aku bahawa kaum yang lemah luarannya tetapi dalamannya menewaskan kekuatan kaum adam itu sendiri.Sungguh malu aku pada diriku sendiri.Pemangkin dua orang ini benar-benar mengubah diriku untuk 4 hari sebelum Induksi.Dan pada malam sebelum Induksi, kedatangan AJK-AJK ku ini memberi support padaku untuk sesi pembentangan terakhir biro program membuatku terharu.Mana idaknya,kami baru habis meeting jam 6 petang itu,2 jam selepas itu meeting bersama pengarah pula.Mereka terlalu sibuk manakala aku tenang sahaja. Mungkin disebabkan seharian aku spendkan masa pada Masterplan Biro Program dan Modul membuatkan aku mendapat gambaran mengenai perjalanan program keesokkan darinya. Dan Alhamdulillah...usaha kami bertiga tidak sia-sia.Allah benar-benar bantu kami pada malam itu. Semua yang hadir berpuas hati dengan penerangan kami pada malam itu.Syukur.Terima kasih pada yang hadir dan kita buktikan esok PPI boleh!
Dan hari ditunggu-tunggu..Sabtu 3/1/2009.. kehadiran 40 orang peserta.Mungkin yang ada lihat sedikit.tetapi bayangkan dalam keadaan hujan di pagi hari,Khamisnya cuti yang menyebabkan ramai yang pulang pada hari Khamis hingga Ahad dan dalam keadaan ramai yang Test minggu depannya,masih ramai yang hadir.Kehadirannya juga menyamai kehadiran peserta Induksi MPP Uniten yang dibuat berdekatan dengan tempat Induksi kami.Syukur aku ucapkan pada Allah atas pertolonganMu ini.Dan pada hari itu,entah kenapa,perjalanan program induksi dari modulnya,teknikalnya,pergerakkan peserta,makanan dan slot-slot yang telah disediakan, amat-amat memuaskan hati ini.Tak tahulah jika aku syok sendiri dari segi kepuasan aku lihat pada peserta majoritinya insyaAllah gembira dengan pengisian yang kami berikan.Jam bermula 09.15 am dan berakhir jam 6.30pm amat memenatkan buat peserta dan kepenatan mereka tidak mampu menewaskan kepenatan diriku dan AJK-AJKku serta Urusetia yang lain. Alhamdulillah.Feedback yang ku terima tidak mengecewakan.Post Mortem pada hari Ahadnya, Pengarah memuji tugasan Biro Program.Dan di sini aku tegaskan bahwasanya:
"Sesungguhnya pujian itu tidak layak buatku tetapi hanya layak pada Allah Tuhan Yang Mengaturkan segalanya.Dan aku taburkan pujian itu buat dua orang ini yang amat aku senangi untuk bekerja dengan mereka lagi yakni Zaidah dan Nadhirah serta saudara Baihaqi yang tidak aku lupakan.Kalianlah sahabat sekerja dan seperjuangan ku yang amat aku syukuri akan pertemuan kita ini.May Allah bless u guys!Terima kasih ikhlas dariku buat diri kalian Zaidah,Nadhirah dan Baihaqi.Antum generasi jihad Islam yang akan datang!"
Dan kini,hayatikanlah sedikit gambar yang sempat diambil ketika program itu berlangsung...:
A
INILAH DIA DUA ORANG YANG HEBAT KEKUATAN MEREKA..ZAIDAH DAN NADHIRAH... JAZAKALLAH..MOGA ALLAH BALAS JASA KALIAN!!!
Memori terpahat dalam hatiku...
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan