"Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung"
Allah SWT lahirkan perasaan cinta dalam hati manusia kerana sifat semulajadi manusia menyukai perkara-perkara yang baik-baik dan indah-indah.Cume bergantung kepada individu untuk mendapatkan cinta di kedudukan yang bagaimana supaya ia tetap suci dan luhur.
Cinta di IPT memang indah.Ini adalah kerana tahap kehidupan remaja yang penuh dengan fantasi yang dimomokkan oleh media cetak dan elektronik.Lihat sahaja akhbar dan majalah kesukaan remaja hari ini,tidak kurang juga radio dan siaran-siran TV,kebanyakkan mengajak remaja samada di IPT atau di luarnya ke arah cinta fantasi semata-mata,cinta fatamorgana,cinta hanya untuk berseronok dan mencuba.
Apa ubatnya?Saya bukan terlalu kolot untuk menolak 100% cinta di kalangan remaja IPT kerana saya pernah dahulu melaluinya sebelum ia putus di tengah jalan.Saya kini sedang menuntut di IPTS.Sebagai seorang sahabat yang sering melihat kehidupan kawan-kawan di sekeliling,fenomena ini subur mekar tubuh di IPT yang menjadi tunjang negara untuk menjadi pewaris masa depan negara.Cinta adalah fitrah dan anugerah Allah untuk hambaNya.Pengendalian perasaan ini dengan betul amat penting supaya remaja IPT tidak terjebak dengan pencintaan fatamorgana seperti mana cinta Leonardo diCaprio dan Kate Winslet di dalam filem Titanic dimana jumpa beberapa hari terus ditebuk kemudian si lelaki meninggalkan si perempuan yang mengandungkan anak luar nikah.Jadi cinta bagaimana yang dibenarkan?Bagaimanakah caranya?
Percintaan yang dibenarkan adalah cinta di dalam perkahwinan.Cinta zaujah kepada zauj dan cinta zauj kepada zaujahnya.Percintaan selepas berkahwin yang disulami dengan kasih sayang,pengorbanan dan tanggungjawab adalah seribu kali lebih indah daripada cinta fatamorgana sebelum berkahwin.
Oleh itu,sekiranya perasaan cinta itu wujud di dalam hati mana-mana remaja IPT,kendalikan sebaik mungkin.Usahakan untuk menghalalkan cinta tersebut dengan ikatan perkahwinan yang suci dan murni.Berbincanglah dengan ibu bapa,fikirkan semasak mungkin dan timbangkan sebaik mungkin.Sekirannya ada halangan keluarga,masa dan sebagainya,jagalah perasaan itu baik-baik,bataskan pergaulan dan dekatkan diri kepada penciptamu.Jangan biarkan perasaan itu menganggu kehidupan seharian.Tumpukan perhatian kepada tujuan utama masuk ke IPT yakni BELAJAR.Sibukkan diri dengan perkara berfaedah dan libatkan diri dengan kerja-kerja amal kebajikan.InsyaAllah ia akan berjaya seperti mana saya telah melaluinya.Memang saya menyukai seseorang tetapi setelah sibukkan diri dengan persatuan, saya dapat kurang perasaan itu sampai ke satu tahap saya muhasabah diri saya kenapa saya perlu manjakan perasaan itu ketika ini kerana masanya belum tiba lagi.
Sesungguhnya masa muda sangat dan amat berharga.Akhirat kelak Allah akan bertanya kepada manusia kemana masa mudanya dihabiskan.Masa itu penyesalan tidak berguna lagi.Bagi remaja yang tersungkur kerana cinta IPT ini,sesungguhnya merekalah orang yang paling rugi kerana masa muda hanya sekali dan bukan bermaksud masa mudalah semunya kita mahu cuba.Salah sama sekali.Masa mudahlah kudrat kita di maksimum.Disitulah kita gunakan untuk berjihad di jalanNya.
Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya "Fatawa Muasorah" telah menasihatkan agar jangan memasuki alam perkahwinan dengan berbekalkan perasaan semata-mata.Banyak perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal fikiran yang sihat dan waras.Malah yang lebih penting ialah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.Namun ini tidak bermakna perkahwinan boleh berlaku secara paksaan.Islam telah menggariskan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan.Contohnya Islam membenarkan lelaki yang ingin berkahwin melihat bakal zaujahnya.Sesungguhnya dengan melihat akan menambahkan rasa kasih sayang dan mengekalkan hubungan antara mereka berdua.Semua ini harus berlaku dalam syara' dan bukannya cinta sebagaimana kita lihat dalam budaya jahiliyyah dahulu dan moden.
Oleh itu Islam telah menetapkan beberapa langkah pencegahan dengan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidak haram.Malah ianya dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara benar dan kebaikan seperti ilmu,dakwah dan jihad.Antara batas-batas tersebut ialah:
- Kedua-dua belah pihak menjaga batas aurat.Bagi wanita mereka hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,tidak boleh berpakaian ketat,nipis atau jarang.Pakaian pula bukanlah untuk bermegah-megah.Bagi lelaki aurat mereka adalah antara pusat dan lutut.Namun begitu lelaki di seru untuk menutup bahagian atas badan mereka.
- Kedua-dua pihak mesti menjaga pandangan.Janganlah melihat aurat kaum lawan atau memandang dengan penuh nafsu.Bagi waniat perlulah menjaga etika dan adab sebagai seorang muslimah.Contoh dari segi percakapan,janganlah menggunakan suara yang boleh menggoda kaum adam,pergerakkan yang boleh menimbulkan nafsu bergelora kaum lelaki mahupun mendandan secara keterlaluan untuk menarik perhatian kaum lawan wanita.
- Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa mahram.
- Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar memerlukan ia dipertemukan.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan