Apa yang aku tak puas hati dengan UNITEN?:
- Aktiviti Kokorikulum (Persatuan,Kelab mahupun Event) macam hidup segan mati tak mahu. Budak UNITEN lemau!Lemah!Semua bagi alasan tiada masa untuk sertai koko.Bagi alasan nak tumpukan study.Kemudian yang study tu kalau dapat dean list kira oklah.Ni ada yang anti koko tapi result tak mencecah 2.5 GPA pun.So memang lemah serba serbi (KOKO+Akademik)Kalau macam ini,softskill memang pasti tiada,kerja pun sukar nak cari.Tak kemana lah pelajar UNITEN kalau jenis macam ini.Sapa yang perlu dipersalahkan?
- Pentadbiran:Pihak pengurusan ini tegaslah sedikit dalam hal kokorikulum siswa siswi di Uniten.Buatlah macam di IPTA yang memberi kredit kepada yang aktif dalam koko. Maka siswa siswi nak tak nak terpaksa menyertai koko.Barulah meriah skit koko di UNITEN.Ni tak,kalau sesebuah kelab buat aktiviti yang datang orang yang sama di mana bilangannya boleh dikira dengan jari.Kalau target 100 orang datang yang datang hanya 30 orang.Tu pun orang kuat kelab ataupun orang yang sama.Oleh itu,sangat perlulah pihak UNITEN mewajibkan siswa mereka menyertai koko dengan memasukkan kredit koko dalam GPA mereka.Contohnya 2 jam kredit.Bagi mereka terhegeh-hegeh cari persatuan bukan persatuan terhegeh-hegeh cari peserta.Pihak UNITEN juga perlu laburkan duit semester rm 80 untuk aktiviti koko pelajar sepenuhnya.Bukan simpan duit itu untuk kegunaan UNITEN.Jika ada 8000 siswa di UNITEN x rm 80 satu semester=rm 640,000 dan kalau setahun RM 1.2 juta.Kalau setahun hanya 9 bulan pengajian maka setiap bulan perlu UNITEN belanjakan 100 ribu untuk aktiviti pelajar!Itu sebulan!Ini tidak,kalau kelan nak buat event besar yang perlukan peruntukan RM10 ribu beri hanya RM 2 ribu maksimum.Kalau sebulan pun bukan semua kelab buat aktiviti.Yang grand hanya 2 atau 3 kelab yang belanja tak cecah RM 50 ribu.Mana hilangnya duit pelajar ini?Jawablah sendiri jika pihak tersebut menyalahkan saluran duit itu dibelanjakan.Nauzubillah...
- Pelajar:Pelajar pun ada silapnya.Dah tahu setiap tahhun bayar RM 160 untuk aktiviti pelajar,gunalah duit yang dibayar itu sebaik mungkin.Hidup di U ni tiada sapa yang paksa anda tetapi jika anda keluarganya pendapatan rendah ataupun sederhana,RM 160 tu banyak nilainya.Yang kaya raya itu,tak tahulah nak kata apa.Setiap ringgit yang kita belanjakan akan Allah persoalkan ke mana ia dibelanjakan dan dari mana ia datang.
2. Tempat parking yang maha sikit:Dalam hal ini,aku pun tak tahu apa kena dengan UNITEN ini.Tempat kosong banyak.Tak tahulah jika nak bangunkan kena dapat kelulusan dari TNB ke atau tidak.Cuma jika HEP rasakan mereka mendengar keluhan pelajar,sudah tentu mereka akan fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.Tak perlulah mengehadkan pelajar yang membawa kereta kerana ramai yang kena duduk luar sebab yuran asrama di kampus mahal!Kalau semua kaya tak mengapa.Yang dapat PTPTN kesian mereka.
3. HEP suka kerja bertangguh atau banyak kerja?:Dalam hal ini aku tak tahu mana yg betul. Ada yang kata HEP ini suka tangguh kerja,takpun staf banyak cuti atau x pun banyak sgt kerja yang dibuat mereka.Kalau ikutkan untuk dapatkan pengesahan atau kelulusan untuk menjalankan sesuatu aktiviti persatuan di UNITEN,2 atau 3 hari dan boleh selesaikan ttp kadang-kadang itu sampai seminggu lebih baru nak approved.Nak kena mintak approval dari KPT ke?Pelajar nak buat aktiviti yang membina jati diri dan sifat kepimpinan mereka tetapi kelewatan kelulusan membantutkan progress kerja mereka.Fikirlah sendiri HEP.
4. Pengurusan perlu mesra pelajar atau senang kata pelanggan.Memang bagus di buka booth untuk bertemu pelanggan tetapi kadang-kadang itu,terpaksa melalui MPP ataupun booth dibuka di tempat ekskusif seperti di Dewan Seri Sarjana mahupun BM.Bukalah di Foyer COIT mahupun COE tak pun buka di KAFETERIA COE ke.Baru dekat dengan pelajar.Dan orang yang menjaga kaunter pelanggan itu perlulah dari orang HEP sendiri.Bagi orang atasan mendengar keluhan siswa-siswi di UNITEN.Bukan semuanya gembira dengan pengurusan universiti.
5. Sekuriti tidur.Hal ini malas dah nak cakap.Sekuriti di UNITEN ini bekerja bermusim. Macam makan gaji x celik je.Kalau ada event besar baru nak cek sticker.Kalau x lepaskan semua kereta keluar masuk.Selepas itu,kes perkakas UNITEN di conteng termasuklah kereta pensyarah,bas dan dinding UNITEN adalah kelemahan sekuriti membuat rondaan setiap masa.Kalau ada kes baru terhegeh-hegeh buat kerja.Macam melepaskan batuk di tangga je buat kerja.Setiap kerja adalah amanah dari Allah.Janganlah main dengan tugasan yang diberikan.Agaknya kalau kereta pensyarah kene curi baru nak buat spot check kat semua orang.Masa tu dah terlambat dah pun. Naik muak tengok Sekuriti buat kerja main-main.
6. Hari Isnin.Penguatkuasaan tiada di UNITEN!Kata wajib pakai formal tetapi tak penah buat spot check.Maka pelajar naik lemak la semuanya.Buat malu UNITEN je kalau ada orang luar melawat.Pelajarnya tidak berdisiplin.Arahan mudah iaitu pakai pakiaan formal pun tak mampu nak ikut.Bagaimana?Syabas kepada pensyarah yang take care tentang tata cara pemakaian.
7. UNITEN dapat status syarikat MISC ke?xda rupa pun.Internet kat dalam kampus terutama dalam asrama lembab macam batu je.Nak sign ini YM pun susah apa lagi nak check email.Kata dulu dan upgrade internet tapi lagi lambat macam dulu adalah.Kemudian salahkan student kerana overload lah apa lah.Dah yang duduk di dalam UNITEN tu beribu so ada beribu laptop dan desktop yang perlukan Internet,memang la berat.So upgradelah apa yang perlu.Jika seorang student bayar purata RM 5000 semester,setahun jadi RM10000 dan ada 8000 student di UNITEN so jumlah setahun lebih 70 juta setahun.Upgrade internet 5 tahun sekalin tak kan cecah sampai berjuta-juta kot.Gaji pensyarah mungkin purata seorang rm 4000 sebulan.Kalau ada 500 pensyarah baru rm 2 Juta sebulan.Setahun 24 juta.Pekerja am 500 x RM 2000.Setahun RM 12 juta.Campur dua-dua RM 36 juta.Elektrik air mungkin RM 1 Juta.Tak cecah rm 40 juta pun.Yang bakinya buatlah perbaiki kemudahan di UNITEN.Tak perlualah setiap semester buat.Setahun dua jadilah.At least ada enviroment baru di UNITEN.Bas UNITEN pun tak mencukupi.Mungkin pengiraan di atas hanya anggaran sahaja.Jika salah, aku bukannya orang kewangan UNITEN.
Tujuan kat sini bukan nak lepaskan geram atau buka pekung di dada,tetapi untuk menyedarkan pihak yang terlibat bahawa ramai pelajar UNITEN merungut dengan kekurangan yang ada.Perbaikilah kekurangan yang ada agar tak malu kita dengan orang luar nanti.Walaupun UNITEN adalah swasta tetapi jika kewangan diuruskan dengan bijak,tentu keuntungan syarikat dan juga keuntungan pelajar yakni kebajikan pelajar dapat di jaga.Saya mungkin mewakili pelajar UNITEN yang sedar akan keperluan mereka.Bagi anak orang kaya di UNITEN,mungkin tak perlu tahu masalah ini kerana mereka dah bahgia dengan kereta mewah yang dibawa ke UNITEN kemudian bawa anak dara orang tanpa arah tujuan.Aku maksudkan di sini bukan semuanya tetapi segelintir yang tak sedar bahawa harta yakni kereta mereka gunakan adalah amanah dari Allah SWT bagi mereka.Sesungguhnya itu adalah istidraj Allah buat kalian. Maaf atas kekasaran bahasa kerana bahasa yang lembut akan memualkan rasa tidak puas hati.Biar lepas cakap.Agar orang tertentu dalat cermin kembali diri mereka.Assalamualaikum.Asif Jiddan.

1 Kesan Parut:
aku sokong!!!
Catat Ulasan