...Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ini saya nak bualkan topik cinta atau love atau jiwang atau sebagainya.Umum telah tahu bahawasanya Hawa adalah peneman setia Adam.Malas sudah syaa mahu ceritakan kisah cinta di sebalik Adam dan Hawa kerana berbilion manusia tahu kisah cinta mereka.Agama Samwi sudah termaktub dalam kitab suci mereka akan cinta pertama manusia yang berlangsung di dunia.Memang tidak dinafikan Allah jadikan setiap benda ciptaanNya berpasangan.Bulan ada bumi.Bumi ada langit.Malam ada siang.Baik ada jahat.Cantik ada hodoh.Jantan ada betina dan lelaki ada perempuan. Jodoh ini memang telah Allah jadikan untuk makhluknya saling melengkapi antara satu sama lain.
Saya,pemilik Destinasimu,bukanlah seorang yang mahir menilai peribadi seseorang.Kerana rahsia diri sendiri pun belum saya kupas sebaiknya.Inikan pula mahu mengupas peribadi orang lain.Namun setelah saya mengenali ramai orang terutama kaum hawa,saya dapat membaca sedikit sifat dan peribadi mereka.Walaupun sedikit,ia boleh dijadikan guideline buat saya untuk memahami kelebihan dan kelemahan yang mereka miliki.Ya,memang saya berterus terang, saya juga memiliki ramai sahabat dan kawan dari berlainan jantina dari saya.Selain ratusan sahabat adam,saya juga miliki ratusan sahabat hawa.Bermacam ragam saya temui dan hadapi.Bukanlah mahu mengeluh tapi saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya ramai sahabat tidak kira lelaki atau perempuan. Sejak saya mencipta blog ini,ramai mengatakan blog ini blog motivasi cinta,motivasi wanita mahupun blog palestin.Sebenarnya saya membuat blog ini adalah untuk menguji tahap penulisan saya selain menceburi dunia blog yang serba bebas ini.Banyak perkara yang saya dapat pelajari.Jika mahu membuat sebuah artikel berkenaan dengan percintaan,perlu saya membaca buku berkaitan dengan tajuk tersebut dan secara tak langsung mendidik diri ini untuk rajin membaca walaupun setengah orang kata buku cinta ini jiwang.Dunia semata-mata.Adakah cinta ini hanya berkaitan dengan hal dunia semata-mata?Benarkah?Tanpa cinta tidak akan masuk manusia itu ke syurga!Eh,mengarutkah pendapat saya ini?Tidak!Jangan sempitkan skop pemikiran kita.Bila tersembul perkataan cinta maka hanya cintakan kekasih adam hawa yang bermain di fikiran kita.Itu semua pemikiran yang sempit dan kolot yang menjadi gula-gula syaitan.Tanpa cinta pada Allah,tidaklah tercium kita wangi syurga.Tanpa cinta pada Ibu bapa,tidaklah cium kita wangi syurga,tanpa cinta pada sesama muslim,tidak berpeluanglah kita memasuki syurganya dan tanpa mencintai zaujah atau zaujun kita,tidak berpeluanglah kita menginap di jannah-Nya.Cinta berasal dari syurga dan sepatutnya cinta juga berakhir di syurga bukan?
Hah,sekarang,baru tahu kuasa cinta menentukan masa depan seseorang samada baik atau buruk.hendak memasuku jannah-Nya,keredhaan Allah perlu kita perolehi.Beribadah macam mana sekali pun hingga ratusan tahun,jika tidak mendapat keredhaan Allah,tidaklah ke syurga seseorang itu.Eh,mengapa pula kalau dan beribadah kuat pun tak boleh memasuki syurga?Aneh! Ini tak adil!Jangan terburu-buru menghukum diri saya ini.Biar saya jelaskan.Adakah orang yang beribadah itu ikhlas kepada Allah?Bukan menunjuk-nunjuk?Ataupun amal ibadahnya untuk tujuan duniawi semata-mata?Adakah khusyuk dalam pengamalan ibadahnya?Jika tidak, bagaimana Allah mahu menerima ibadah seseorang itu?Pahala ibadat seumur hidup tak setanding dengan nikmat sebiji mata yang Allah kurniakan kepada manusia.Apatah lagi mahu kecapi Syurga-Nya.Maka keredhaan perlu kita perolehi dengan mencintai Allah dengan sepenuh hati.Ibadah adalah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan dariNya.
Cinta pada ibu bapa?Tanpa cinta mereka bolehkah kita ke jannah-Nya?Tidak.Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibu bapa.Nabi pernah bersabda yang berbunyi bahawa orang yang paling perlu kita berbakti adalah ibu dan nabu s.a.w mengulanginya sebanyak 3 kali dan kali keempat baru disebut nama ayah.Ini bermakna,sangat-sangat perlu kita menghormati ibu kita yang berpenat lelah mengendong kita sembilan bulan ketika kita di alam rahim.Menderhaka pada ibu bapa tanpa sempat bertaubat dan meminta ampun kepada mereka berdua bermakna menempah neraka Allah.Tanpa rasa cinta kita kepada mereka dan cinta mereka pada mereka, jangan haraplah mahu cium kewangian syurga.
Cinta pada sesama muslim juga salah satu faktor penentu kemana seseorang itu pergi samada melepasi titian sirath atau jatuh ketika melaluinya.Nabi pernah bersabda berbunyi lebih kurang,jika kita tidak mengingati nasib saudara semuslim kita,maka kita bukanlah dari golongan mereka yakni umat Muhammad.Jika Rasulullah sendiri tidak mengaku kita sebagai umatnya, siapakah nabi kita lagi?Bukankah kita seperti terkapai-kapai di tengah padang mahsyar tanpa perlindungan dan syafaat dari Nabi kita sendiri?Pada masa itu baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah.Saudara semuslim kita yang dahulunya kita tindas,kita lupakan kesusahan mereka, tanpa keredhaan mereka juga,tidak beroleh kita syafaat dari Muhammad S.A.W.
Kemudian cinta dalam baitul muslim.Percintaan antara Zaujun dan Zaujah adalah percintaan yang diredhaiNya. Pegangan tangan mereka akan digugurkan dosa-dosa dicelah jemari mereka. Jimak mereka dikira ibadah.Ah,begitu pemurahnya Allah pencipta adam dan hawa.Benda yang dipandang jijik oleh sesetengah agama seperti Kristian yang melarang Paderinya berkahwin kerana menganggap jimak itu jijik adalah dipandang mulia oleh Islam dengan syarat,ianya adalah antara Zaujun dan Zaujah yang di ikat secara sah!Dan jimak mereka adalah kerana mendapat keredhaan Allah dan meramaikan umat Muhammad di muka bumiNya ini.Lagi satu hal adalah, jika tiada percintaan Zaujun kepada Zaujahnya,mungkin boleh jadi zaujahnya bertindak liar dan tidak lagi menjadi isteri solehah yang diidam-idamkan.Dan telah jatuhlah zaujun itu dayus jika dia tidak bertindak menasihati dan menghalang perbuatan mungkar yang dilakukan oleh si isteri.Lelaki dayus adalah salah satu dari 70 dosa besar dan dosa besar yang tidak sempat bertaubat,tidak akan masuk syurga.Nauzubillah.Moga kita dijauhkan.Tanpa cinta suami isteri, terabailah anak-anak yang sepatutnya menjadi pewaris khalifah yang memakmurkan muka bumi Allah ini.Berdosalah ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak ke jalan yang diredhaiNya.
Inilah buktinya kenapa saya katakan,tanpa cinta tidak masuk manusia ke syurga.Tanpa cinta,berbahagialah Adam a.s di syurga tanpa berteman.Tidak adalah Qabil dan Nabil.Tidak lahirlah Ibrahim,Ismail dan Muhammad S.A.W.Dan tidak lahirlah kita sekarang.Tanpa cinta,tidak damailah dunia.Cuma cinta ini perlu diterjemahkan kepada yang positif yakni cinta yang bersandarkan kepada cinta yang baik dan bukan cinta yang buruk.Cinta yang buruk tidak layak dipanggil cinta kerana perkataan cinta itu patut diubah kepada nafsu yang buruk.Bukan cinta yang buruk.Cinta itu indah.Indah sangat.Walhal Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyintai Khadijah dan para isterinya.Cinta yang tidak melanggar syariat adalah dibenarkan Islam.Jangan sempitkan pemikiran anda bahawa Islam itu melarang percintaan.Cuma biar ia berlandaskan jalan yang lurus.Janganlah berpasangan secara haram tanpa ada ikatan yang sah dan suci.Itu yang perlu kita tekankan.Dunia akhir zaman ini,benda yang dahulunya haram,kini dipandang halal oleh masyarakat sekeliling bahkan umat Islam itu sendiri memandang mudah akan benda "halal" ini.Sebab itulah berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan kita.Nauzubillah.Fikirlah dari sudut yang positif,kenapa cinta itu penting...kerana pencipta kamu yang ciptakannya untuk kamu!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan