|
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
7 tahun yang lalu
Secawan Kopi dan Himpunan Ilmu
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a. w. bersabda :
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Rasullulah s. a. w bersabda:
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
KEPADA YANG SINGLE:
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
KEPADA YANG RAGU DENGAN PERNIKAHAN:
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.
KEPADA YANG KAKI PEREMPUAN ATAU LELAKI:
Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.
KEPADA YANG PATAH HATI:
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.
KEPADA YANG BELUM TEMUI 1ST LOVE:
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.
KEPADA YANG INGIN MENGUASAI:
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.
KEPADA YANG GENTAR MENGAKUI:
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.
KEPADA YANG TEGUH CINTA PADA YANG TELAH TIADA:
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Skandal itu melibatkan wang Bank Rakyat untuk menaja pertandingan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1975. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya Harun dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.Mengulas peristiwa skandal tersebut, tersiar rencana Pak Subky berjudul, 'Harun jatuh, Ali pun jatuh'. Atau, judul rencana mungkin adalah sebaliknya, 'Ali jatuh, Harun pun jatuh'.
Saya pun kurang pasti. Tapi, apa yang pasti, Mastika pada saat itu, adalah santapan akliah insan cendekia, hidangan minda kalangan intelektualis, tak seperti sekarang.Puas juga saya cari rencana itu, tetapi tidak berjumpa. Mungkin Pak Subky boleh menulis semula kisah tersebut dengan rapi. Saya tertarik dengan judul itu kerana, kejatuhan Menteri Besar itu kemudiannya disusuli pula dengan kejatuhan peninju terkenal, Muhammad Ali.
Demikianlah.. apabila sudah silap cara dan kaedahnya sejak daripada mula.. orang yang hebat pun boleh tumbang.
Tulisan ini bukanlah mahu meriwayatkan isu Harun Idris dan Muhamad Ali. Cuma ada pertalian antara kejatuhan Wan Farid di Kuala Terengganu dengan kejatuhan Aspirasi Umno di Universiti Malaya baru-baru ini.
Kejatuhan Umno bukan perkara baru. Sejak 8 Mac, berlakunya apa yang dinamakan 'tsunami politik' dan kemudian disusuli peristiwa gelap Umno di Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim menumbangkan calon Umno-BN; Arif Shah.
Paling mendukacitakan Umno, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Abdullah, Najib ialah ketika tersiarnya berita Arif Shah mahu beralih parti pula selepas beliau tewas. Sekali lagi, maruah Umno tercabar dan imejnya tercalar. Orang yang diharapkan dapat menyalakan imej sempurna kepada BN, akhirnya berura-ura mahu 'murtad' parti.
Pendek kata, bagaikan teori atau permainan domino, imej dan maruah Umno rebah satu persatu kerana rakyat kita mahukan pembaharuan dan masyarakat Malaysia umumnya mahu mengirim isyarat supaya Umno segera berubah ataupun kekuasaan mereka bakal tercabut seluruhnya atau kekuatan itu tercabut satu persatu dalam masa yang perlahan dan mengambil tempoh yang agak lama. Itu semua bergantung kepada Umno sendiri untuk membuat pilihan.
Aspirasi Umno di UM jatuh?Dan, demikianlah yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini. Kira-kira 4:15 pagi, pengumuman telah dibuat oleh suruhanjaya pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Keputusan yang menggemparkan itu, khabarnya telah pun memihak kepada kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu. Kalaulah benar, hasil titik peluh dan letih lelah mereka selama ini terbayarlah sudah.
Namun ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan. Pertama, hendaklah disebutkan dengan jelasnya bahawa kemenangan itu tercipta setelah Pro Mahasiswa telah dihina dengan kepala khinzir di atas bendera PAS diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam (Api) baru-baru ini. Ayatnya mesti begitu. Jangan semata-mata berkata, "Kami telah menang!"
Ayat semacam itu tergantung. Ia tiada unsur dramatik, tidak mencengkam perasaan, tiada klimaks, sifar kombinasi susur galur plot perjuangan dan kelihatan sama seperti perjuangan di kampus-kampus lain. Sedangkan, kejadian ini sebenarnya boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan kalau mahu isu penghinaan ke atas Pas itu diperdebatkan segera.
Ketika kita marahkan Israel, Amerika dan Zionis, bendera negara haram Israel itu dibakar dan bendera Amerika dipijak, diinjak-injak oleh para demonstran. Namun, ketika bendera parti Islam yang berjuang menegakkan Negara Islam dihinakan dengan meletak kepala khinzir di atasnya, kita boleh diam membisu seribu bahasa pula.
Baiklah, hal itu terserahlah kepada pucuk pimpinan parti sama ada mereka mahu mengambil tindakan atau tidak.
Hal berikutnya yang perlu diberi perhatian, adakah jumlah bilangan kerusi Pro Mahasiswa benar-benar mengatasi kerusi Aspirasi? Atau, cuma calon Umum sahaja yang mendapat banyak undian. Sejarah di Upsi cukup memberi pengajaran. Di USM, dengan kekurangan 1 kerusi (15-16) di pihak Aspirasi sekali pun, mereka boleh 'rampas' MPP USM sekitar 2004/2005.
"Bantahan demi bantahan banyak dibuat awal pagi tadi," kata seorang teman dengan gembiranya. Saya sudah menjadi fobia untuk bergembira. Sepatutnya pada malam pengiraan undi, kita mesti perhatikan kelibat TNC. Dengan siapa beliau sedang bercakap, berbual dan berbincang. Perhatikan, apakah wujud garis-garis kekerutan pada wajahnya.
Jika dia bergembira walaupun kita berasakan keputusan akan memihak kepada kita, berawaslah segera. Mereka ini panjang akal, penuh tipu helah dan tipu muslihat. Mungkin anda tidak percaya, tapi saya bercakap atas pengalaman.
Ketika ini saya tidak tahu apakah maklumat yang sempurna daripada Universiti Malaya. Hanya.. doa saya selalu bersama anda. Jangan kita angkuh, 'over confident' dan sangat gembira kerana khuatir akan mendapat berita yang mendukacitakan kita kelak. Ini baru fasa kedua, iaitu fasa ketika pilihan raya.
Kita baru melangkah ke fasa ketiga-selepas pilihan raya, dan kita pun tak tahu apa lagi sekatan demi sekatan yang akan disusun oleh HEP.
Apa-apa pun saya berkongsi kegembiraan ini bersama saudara dengan penuh kerisauan yang bersarang di dada. Marilah kita kenangkan semula sebuah hadis berhubung 'jihad hawa nafsu' sebagai muhasabah.
Saat baginda Rasulullah s.a.w mendengar bualan dan perkataan para sahabat tentang jumlah musuh-musuh yang mereka bunuh, baginda bersabda, "Kita baru pulang daripada perang yang kecil dan kini kita sedang menuju perang yang lebih besar."
Para sahabat terkejut besar. Tergambar di ruang mata mereka betapa kilatan mata pedang mereka disuluh sinar mentari sebentar tadi bersama percikan darah syuhadak dan musuh Islam.
Suara-suara pekikan takbir serta raungan musuh bergema mengisi kesifaran sepi di padang pasir. Alam seakan dibancuh warna merah darah. Dan.. semua itu masih dilihat baginda Rasul sebagai sebuah peperangan yang cuma bertaraf kecil-kecilan baginya?
"Apa..selepas ini..ada perang lagi yang lebih besar ya Rasulullah?" pantas mereka bertanya, hampir serentak.
"Benar.." kata Rasulullah s.a.w, lalu baginda meneruskan sabdanya, "iaitu perang ke atas hawa nafsu."
Baginda Rasul mungkin mahu menegur para sahabat agar tidak lagi bersikap takbur dengan menghitung-hitung berapa ramai musuh yang telah mereka penggal kepalanya. Jangan berasakan diri kuat, membanding-bandingkan kehebatan sesama mereka dengan menghitung-hitung berapa ramaikah musuh yang masing-masing telah mereka tewaskan dalam pertempuran tadi.
Keangkuhan, kesombongan, kecongkakan, kebongkakan, kepongahan dan ketakburan akan membinasakan diri seumpama Umno yang selama ini takbur dan suka 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' berhubung kekuatan mereka di media sebelum ini. Sikap melampau-lampau inilah yang menyebabkan rakyat menjadi bertambah meluat dan menyampah.
Kemenyampahan rakyat dan pengundi itu bukannya tidak boleh terpalit ke atas kita, kalau kita bersikap takbur seumpama mereka. Janganlah diulangi kesilapan Umno dan Aspirasi. Kelak kita akan dimarahi, disumpahi rakyat dan pengundi yang sudah pun memilih kita sebelum ini. Sekian dengan itu, wassalam..
Hamas menyerukan kepada seluruh penduduk di kota Gaza mengaakan aksi selepas shalat zhuhur. Aksi itu sebagai bentuk dukungan para pejuang Palestin yang dengan berani menghadapi agressor Zionis-Israel.
Perarakan panjang itu dimulai dari Gedung UNRWA menuju sekolah Fakhoura di kem Jabalia di sebelah utara Gaza, di mana telah terjadi pembantaian yang dilakukan Zionis-Israel, yang mengakibatkan syahidnya 45 muslim Gaza, dan 150 lainnya cedera. Tempat penampungan pelarian dan sekolah itu hancur akibat pemboman yang dilakukan Israel.
Perarakan panjang itu berhenti di depan rumah Dr. Nizar Rayyan, tokoh Hamas yang telah syahid beserta seluruh keluarga termasuklah 4 orang isterinya dan 9 anaknya turut syahid, akibat pengeboman Israel. Dalam aksi sejumlah pemimpin Hamas ikut ambil bahagian, mereka berjalan kaki dari kota Gaza berkeliling ke kem Khan Yunis, Rafah, Deir al-Balah, Nussseirat dan Breij. Para peserta perarakan itu membawa bendera hijau, yang menjadi lambng Hamas.
Sementara itu, juru bicara Briged al-Qassam dalam sidang akhbarnya, menyatakan, selama agresi militer Zionis-Israel ke Gaza, berhasil mencabut nyawa 80 tentera Israel, dan ratusan lainnya yang luka. Brigade al-Qassam telah menembakkan missil ke Sderot 213 kali. Brigade al-Qassam menegaskan perang yang berlangsung di Gaza itu, berhasil pula menghancurkan 47 kereta kebal Merkava, yang menjadi kebanggaan Israel, puluhan bulldozer, dan menjatuhkan empat helikopter Apache milik Israel.
Di tempat terpisah di Beirut, perwakilan Hamas di Lebanon, Osama Hamdan, menegaskan bahawa tidak ada lagi dialog nasional dengan Otoriti Palestin atau al-Fatah, yang dipimpin Mahmud Abbas. Rekonsiliasi nasional dan pemerintahan persatuan sudah tamat. Kerana pemerintahan Otoriti Palestin, yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas, ikut berkomplot dengan Israel yang melakukan agresi ke Gaza.
|