Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Lukisan Perjalanan Latihan Industri Hari ke-4 dan ke-5

Untuk hari ke-4,saya telah ditugaskan oleh salah seorang graduan UNITEN yang kini sedang bekerja sebagai jurutera di MPOB untuk membina sebuah tempat duduk bertingkat (stage stadium) untuk kemudahan dan prasarana kursus kemahiran MPOB.Setelah mendalami serba sedikit ilmu berkaitan dengan Inventor, saya mula melukis plan stage tersebut di atas buku dan kemudiannya dipindahkan ke komputer.

Setelah separuh lukisan disiapkan,saya telah diajar oleh rakan pelatih untuk melakukan stress analysis terhadap stage yang dibina.Ada beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki apabila melihat kepada stress distrubution yang dipaparkan oleh lukisan tersebut.

Setelah itu,saya juga berada di perpustakaan mini Pusat Penjenteraan Perladangan MPOB dengan mencari informasi berkaitan dengan jentera yang terdapat di MPOB dan kegunaannya.

Berikut adalah ringkasan tugasan diberikan pada hari ke-4 dan ke-5:


  1. Mencari maklumat berkaitan dengan jentera MPOB di perpustakaan mini.(Hari ke-4)

  2. Melukis secara kasar serta dimensi stage di atas buku.(Hari ke-4)


    3.   Melukis stage di dalam Autodesk Inventor Professional 11 (Hari ke-4 dan ke-5)




   4.   Melakukan stress analysis terhadap lukisan stage yang disiapkan. (Hari ke-5)




   5.   Melakukan lawatan ke Palm Gallery di Pusat Informasi Sawit MPOB. (Hari ke-5)


Sekian terima kasih...

Yang melaporkan,


Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,
ME079742,
Universiti Tenaga Nasional.

0 Kesan Parut: