Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Lukisan Perjalanan Latihan Industri Hari Ke-2

Hari Kedua (SELASA 6 APRIL 2010):

Hari ke-2 menggantikan hari pertama.Hari kedua sebagai salah seorang staff sementara MPOB dan juga merupakan keluarga besar pengkaji dan penyelidik Industri Sawit dunia.Menyusuri hari kedua,selepas punch card,menjadi rutin harian setiap staff di pusat ini mengadakan mesyuarat pagi.Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui perkembangan tugasan harian serta mengenal pasti masalah dan solusi yang dikemukakan oleh setiap staff di pusat tersebut.Saya juga diberi peluang oleh pengerusi majlis untuk memperkenalkan diri dihadapan lebih 15 orang staff MPOB.


Mesyuarat pagi harian di MPOB

Pembentangan Projek oleh salah seorang pelatih latihan industri MPOB

Selepas sesi pengenalan,minit mesyuarat diteruskan dengan slot project presentation oleh salah seorang rakan latihan industri dari UiTM iaitu Fakhrul.Dalam sesi ini,saya dapat menambah pengetahuan dalam aspek penyampaian dan persembahan ketika pembentangan diadakan.Adalah menjadi satu kepastian untuk setiap orang membuat persediaan rapi dalam pembentangan projek masing-masing kerana kita berkomunikasi dengan orang yang lebih mahir dari kita dan mereka merupakan staff MPOB yang berpengalaman.Berlatarbelakangkan pelbagai peringkat pengajian,staff MPOB terdiri daripada Ir,Jurutera-jurutera,juruteknik serta staff pentadbiran.Setelah pembentangan tersebut diadakan,saya terus ke bilik rekabentuk (grafik) dimana terletakkanya meja pejabat saya dan terus mengerakkan mouse di paparan monitor mencari segala maklumat yang berkaitan dengan kelapa sawit.Berikut ialah beberapa maklumat yang saya perolehi yang boleh dikongsi bersama:

  • Kelapa Sawit mempunyai dua jenis iaitu satunya berasal dari Afrika Selatan dan satunya berasal dari Amerika Selatan.
  • Nama saintifiknya ialah Elaeis Guineensis.
  • Minyak KS diperolehi dari sabutnya dan juga isinya.
  • Minyak KS kelihatan merah kerana kandungannya diperkaya dengan beta-carotene (ejen anti pengoksidaan)
  • Terdapat 3 jenis biji kelapa sawit iaitu Dura,Tenera dan Pisifera.
  • Malaysia merupakan pengeksport terbesar minyak KS di dunia.
  • MPOB (Dahulunya dikenali PORIM) merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan KS paling utama di Malaysia.
  • Bagaimana cara pemprosesan minyak KS?Berikut adalah carta aliran pemprosesannya:

Pada hari kedua ini,saya tidak berkesempatan berjumpa dengan penyelia saya iaitu Ir Abdul Rahim Shuib kerana penerangan pada hari pertama oleh beliau mencukupi untuk saya sehingga hari kedua ini.Antara yang saya belajar pada hari kedua ini ialah:

  1. Latar belakang MPOB.
  2. Industri Sawit Malaysia.
  3. Cara pemprosesan minyak kelapa sawit.
  4. Pengenalan asas kepada Autodesk Inventor (membuat plane,kotak dan extrude asas)
  5. Mencari maklumat kelapa sawit di perpustakaan mini PPP MPOB.
  6. Mengenali beberapa buat jentera SIX WHEELER FFB TRANSPORTER (WAKFOOT),MECHANICAL OIL PALM HARVESTING MACHINE dll.
SIX WHEELER FFB TRANSPORTER (WAKFOOT) dan HARVESTER (atas)
Mempelajari asas-asas Inventor (bawah)

Kesimpulannya,hari kedua ini tampak lebih mencabar berbanding hari pertama kerana tugasan mula diberikan dan lebih mencabar.Kata-kata yang sesuai pada hari kedua adalah,belajarlah memahami sesuatu keadaan dan tidak melampaui batasnya.Dimaksudkan di sini ialah,perlunya kita menjaga masa bekerja dan tidak mencuri masa yang diberikan kerana masa bekerja dibayar dengan elaun.Keberkatan elaun tersebut bergantung pada amanah kita pada masa yang diberikan.Moga hari ke-3 lebih baik dari hari ke-2.

(Menyusul: Lukisan Perjalanan Latihan Industri Hari Ke-3)



Disediakan oleh,

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,
ME 079742
Siswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal,
Universiti Tenaga Nasional

0 Kesan Parut: