Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Taaruf Halaqah


Alhamdulillah...

Jam 8.30pm 17 Disember 2009,berlangsungnya perjumpaan pertama Halaqah UNITEN Sesi 2009/2010 bertempat di dewan solat UNITEN.Seramai lebih 200 orang ahli Halaqah yang terdiri daripada mereka yang mengambil Islamic Studies 1 telah bertuah dipilih sebagai batch pertama menganggotai sistem Halaqah UNITEN yang insyaAllah akan berlangsung selama 5-6 semester. Aku menjadi Naqib untuk kali ketiganya.Kali pertama aku menjadi naqib adalah pada Desember 2008.Ketika itu aku menjadi Naqib Al-Quran kepada pelajar Asasi IT UNITEN.Pengalaman pertama kali menjaga Halaqah bukanlah mudah seperti yang disangkakan.Dengan pelbagai ragam dan masing-masing mempunyai kepalanya sendiri maka perlu seorang Naqib seperti ku mendalami dahulu latar belakang mereka sebelum aku menyampaikan ilmu yang ada di dada untuk disalurkan kepada mereka.

Semalam,sebagai permulaan dan sebagai langkah pertama membiasakan ahli halaqah dalam berusrah,maka taaruf dilakukan.Ianya merupakan salah satu dari rukun usrah dengan dimulai Taaruf,Tafahum dan Takaful.Taaruf dimulai dengan ummul kitab dan kemudiannya aku memberikan tugas pertama mereka dengan mendengar bacaan surah Al-A'la yang dibacakan 8 orang ahli halaqahku.Dengan setiap orang membaca antara 5-7 ayat,alhamdulillah,aku dikurniakan ahli halaqah yang lancar membaca,tidak seperti batch sebelum ini.Ada yang masih tersekat-sekat di dada mahu melafazkan satu persatu ayat Al-Quran dihadapannya.

Aku kemudian meneruskan dengan sesi bertaaruf dengan memperkenalkan nama,tahun lahir,asal,tinggal di mana,jurusan dan sekolah menengah di mana.Tak sangka,salah seorang anak usrahku adalah junior MRSM MUAR.Siapa sangka kami ditakdirkan diletakkan dalam satu kumpulan halaqah.Kemudian salah seorang darinya pula adalah jiran kawasan perumahanku iaitu Lembah Keramat.Aku tinggal di Taman Keramat.Sebenarnya kumpulan 15 (iaitu kumpulan aku) mempunyai 11 orang ahli namun yang hadir cuma 8.Berikutlah 8 orang ahli yang bertuah mendapatkanku sebagai naqibnya.HeHeHe:

1)Safwan Asnawi
2)Shahrul Nizam
3)Mohd Faiz
4)Mohd Fazli
5)Muhammad Ridhwan
6)Muhammad Safwan
7)Muhammad Sufian
8)Nasrullah

Yang tidak hadir adalah seramai 3 orang.Diharapkan mereka dapat menghadiri untuk sesi akan datang yakni khamis malam jumaat minggu hadapan.

Aku harapkan,perjalanan halaqahku dan halaqah sahabat naqib dan naqibah lain akan berjalan lancar.Bukanlah elaun yang kami kejar namun yang dikejar ialah salah satu 3 amalan yang berguna ketika tubuh dibaringkan di liang lahad bumi iaitu ilmu yang bermanfaat.Ianya merupakan salah satu daripada bekalan yang akan menerangi kubur yang gelap gelita...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari Halaqah no. 15 Universiti Tenaga Nasional


0 Kesan Parut: