Berkasut di rumah Allah???Apakah semua ini???Dimanakah penghormatan terhadap rumah Allah jika umat Islam sendiri menjauhkan diri dari rumahNya dari segi rohani dan fizikal???
Salam, dari segi adab betul salah berkasut masuk masjid. Tapi dari segi agama, Rasulullah SAW pernah solat berkasut (bukan masa perang). Kena faham la sbb rmai org di timur tengah berpegang dengan hadith itu (sahih). ==Antara adab dan ilmu==
Antara hadis-hadis yang membenarkan kita solat memakai kasut/selipar:
Said Bin Yazid Al-Azyid ra katanya “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah RasullAllah SAW pernah solat dengan memakai kasut?Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim dan dalam sunan Tirmidzi n0-396) Ibnu Abi Aus berkata bahawa pakciknya menerangkan bahawa “saya melihat RAsullAllah menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya” (Hadis dari Sunan Ibnu Majah) Dua hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahwa RasulAllah memang ada memakai kasut ketika solat dan ia adalah menjadi sunnah nya dan para sahabat sendiri suka akan perbuatan memakai kasut ketika solat.
Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hdis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)
Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622)..Hadis ini diucapkan oleh nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.
Dan apabila Nabi dan umat Islam mengerjakan solat di Masjid yang baru dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar MAdinah bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.Maka disebabkan itu nabi mengucapkan hadis ini.Namun kebolehan berkasut ini tidaklah khusus bila ada orang yahudi saja,kerana didapati setelah kejadian tersebut para sahabat dan Nabi sering solat memakai kasut dimana sahaja.
Antara syarat bolehnya memakai kasut ketika solat ialah,wajib memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran melekat pada kasut/selipar.Ini disandarkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Kudri ra “bahawasanya Nai SAW solat dengan berkasut,kemudian ketika sedang solat baginda membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum.Usai solat Nabi SAW bertanya “Mengapa kalian membuka kasut kalian?Mereka menjawab “kami melihat Tuan membukanya maka kami pun membukanya.Mendengar itu Nabi SAW berkata “Jibril datang kepadalu mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran.Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya.Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah,kemudian solatlah dengan memakainya”(Hadis dari Sunan Abu Daud-no:620)
Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu denga sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu.Imam Ibnu Qoyim menyatakan dalam hal ini “Diantara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ianya a adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat,.Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar” (Imam Ibnu Qoyim-ighastatul lahfan,ms 80)..
Kesimpulannya,solat memakai kasut adalah dibenarkan dan tidak timbul “kaki perlu jejak tanah” dan sebagainya.Kerana sunnah nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandagan kita sendiri yang tidak berasas kadang kala.Dan kepada rakan-rakan mukhayam,moga artikel ini dapat merungkai permasalahan kita ketika itu.dan segala silap dan salah moga dimaafkan dan saya sangat gembira dapat berkenalan dengan anda semua dengan lebih dekat.Moga tautan ukhwah kita berterusan,dan sila2lah add saya kat Ym-ashabul_kahfiislamic.
5 Kesan Parut:
salam.
erk.
mana dapat gambar ni?
betul ke tu masjid, tah2 istana mana...
*bsangka baik sblm dpt info sbnr* :)
masjid tu...tu kan line saf..lagipun x silap sy,pope ada melawat masjid-masjid di timur tengah termasuk turki.
Salam, dari segi adab betul salah berkasut masuk masjid. Tapi dari segi agama, Rasulullah SAW pernah solat berkasut (bukan masa perang). Kena faham la sbb rmai org di timur tengah berpegang dengan hadith itu (sahih). ==Antara adab dan ilmu==
Buat Chezan,ana pohon sertakan sumber apa yang anda katakan.Rujukan buku sejarah nabi mahupun hadis untuk perkongsian bersama...
Antara hadis-hadis yang membenarkan kita solat memakai kasut/selipar:
Said Bin Yazid Al-Azyid ra katanya “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah RasullAllah SAW pernah solat dengan memakai kasut?Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim dan dalam sunan Tirmidzi n0-396)
Ibnu Abi Aus berkata bahawa pakciknya menerangkan bahawa “saya melihat RAsullAllah menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya” (Hadis dari Sunan Ibnu Majah)
Dua hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahwa RasulAllah memang ada memakai kasut ketika solat dan ia adalah menjadi sunnah nya dan para sahabat sendiri suka akan perbuatan memakai kasut ketika solat.
Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hdis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)
Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622)..Hadis ini diucapkan oleh nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.
Dan apabila Nabi dan umat Islam mengerjakan solat di Masjid yang baru dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar MAdinah bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.Maka disebabkan itu nabi mengucapkan hadis ini.Namun kebolehan berkasut ini tidaklah khusus bila ada orang yahudi saja,kerana didapati setelah kejadian tersebut para sahabat dan Nabi sering solat memakai kasut dimana sahaja.
Antara syarat bolehnya memakai kasut ketika solat ialah,wajib memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran melekat pada kasut/selipar.Ini disandarkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Kudri ra “bahawasanya Nai SAW solat dengan berkasut,kemudian ketika sedang solat baginda membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum.Usai solat Nabi SAW bertanya “Mengapa kalian membuka kasut kalian?Mereka menjawab “kami melihat Tuan membukanya maka kami pun membukanya.Mendengar itu Nabi SAW berkata “Jibril datang kepadalu mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran.Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya.Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah,kemudian solatlah dengan memakainya”(Hadis dari Sunan Abu Daud-no:620)
Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu denga sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu.Imam Ibnu Qoyim menyatakan dalam hal ini “Diantara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ianya a adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat,.Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar” (Imam Ibnu Qoyim-ighastatul lahfan,ms 80)..
Kesimpulannya,solat memakai kasut adalah dibenarkan dan tidak timbul “kaki perlu jejak tanah” dan sebagainya.Kerana sunnah nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandagan kita sendiri yang tidak berasas kadang kala.Dan kepada rakan-rakan mukhayam,moga artikel ini dapat merungkai permasalahan kita ketika itu.dan segala silap dan salah moga dimaafkan dan saya sangat gembira dapat berkenalan dengan anda semua dengan lebih dekat.Moga tautan ukhwah kita berterusan,dan sila2lah add saya kat Ym-ashabul_kahfiislamic.
sumber: http://www.yussamir.com/2007/04/boleh-ke-solat-dengan-berkasut.html
Catat Ulasan