Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

APAKAH...


Kem Rebutia dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,Allah SWT masih memberikan aku nyawa yang di'extend'kan sebelum tiba masanya untuk aku selamat tiba dalam perjalanan pulang dari Kem ToT Naqib Naqibah UNITEN 2009. Maaf atas ketidak sempatan diriku mengkhabarkan akan penyertaanku dalam kem tersebut yang menyebabkan Destinasimu agak sunyi dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Dalam tempoh tidak sampai 48 jam banyak perkara telah aku lalui.Namun yang pentingnya ianya amat mendekatkan aku kepada mengingati kepada kematian.Mana idaknya,pemergian sahabatku Hazirah ku hormati buat kali terakhir dengan mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan,tempat tinggal yang gelap gelita dan sunyi.Berlaku pula pada hari Jumaat lalu juga,sama seperti umur Hazirah,pemergian rakan seumur denganku walaupun aku tidak kenali.Baru sahaja melafazkan akad nikah tidak sampai 4 jam,Allah menjemputnya mengadap illahi sebelum sempat menyempurnakan tanggungjawabnya kepada isterinya yang baru dinikahinya.Itulah hakikat kehidupan.Tiada siapa mampu menahan pabila tiba masa kematiannya.

Ianya memberikan aku impak yang berguna buat diri yang hina ini.Kita manusia hidup di dunia ini hanya sementara.Tiada yang kekal abadi melainkanNya.Adakah sujud dalam solat kita adalah yang terakhir buat kita?Apa siknifikannya?Itulah yang diperingatkan oleh PokNik ,seorang pengurus sebuah konsaltan motivasi yang membuka sebuah kem yang serba lengkap iaitu Kem D'Perkasa Kembutia di Gombak.Sebuah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan walaupun aku mengikuti program tersebut hanya 50% dari keringat keletihan sahabatku yang mengikutinya sejak jam 5 petang Jumaat.

Pengalaman bertahiyat akhir dan berSUJUD di dalam kedinginan air sungai yang jernih dan membeku otakku takkan ku lupakan.Jam 3am,bertemankan bintang yang berkelipan di langit,membawa kepada aku suatu pengertian sebuah kehidupan.Sehebat mana pun manusia,jika tiada Allah dalam hatinya,maka tumbuhan di hutan adalah lebih mulia darinya kerana pokok-pokok mempersembahkan zikir dan kata-kata pujian kepada Allah dan tidak pernah melakukan dosa kepada Allah namun manusia yang Allah kurniakan akal,fikiran dan agama Islam masih lagi menidakkan keagungannya dengan menganggap dunia ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan melupakan akhirat secara total.


Pok Nik

Jazakallah PokNik.Aku merasakan beliaulah seorang tenaga urusetia,fasilitator yang amat memanfaatkan modul-modul pembangunan sahsiah peserta dengan cara yang penuh islamik. Di luar sana banyak kem yang menawarkan program motivasi yang melarakan namun dengan berlatarbelakangkan pendidikan agama luar negara,beliau memanfaatkan ilmu yang tersemat di dada untuk menyalurkan ilmu di dada kedalan sel-sel di dalam otak para Naqib dan Naqibah UNITEN.Jazakallah juga diucapkan kepada pihak Masjid UNITEN terutamanya Ustaz Adnan dan Ustaz Shamsul(Maaf jika salah eja) kerana membawa kami kesebuah kem motivasi yang begitu hebat pendedahan islamiknya!Fasilitatornya juga begitu mesra dan menunjukkan kasih sayang kepada peserta.Ini memberikan tanda hormat kami peserta kepada abang dan kakak fasilitator.

Kecewa memang kecewa apabila aku gagal menghabiskan modul mengkopek buah pinang.Betapa tertekannya aku apabila aku masih tidak mampu mencari tempurungkan sedangkan sahabat lain sudah menjumpainya.Mungkin ini bukan bidangku.AKu bukan seorang mengkopek agaknya.Aku adalah seorang jurutera.HeHeHe.(Cover...)...Kepada semua sahabat seperjuangan di dalam kem tersebut,aku pohon maaf jika melakukan kesalahan samada secara jelas,nyata mahupun tersembunyi.Jika peneranganku atau kepimpinanku tidak sehebat mana,aku masih belajar mempertingkan diri ini.Kerana sebab itu aku menyertai kem ini seperti mana kalian.Agar dengan peningkatan diri akan memberikan suatu impak yang besar mahupun kecil dalam memperbetulkan cara hidup pelajar UNITEN Muslim kelak.Itulah tanggungjawab kita kelak wahai sahabatku.

Lenguh menaip,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,
Admin Destinasimu.blogspot.

1 Kesan Parut:

humyra' berkata...

e'eh.. poknik... rindunye pd poknik.. da 10tahun xjumpa poknik...

rindu pd Rebutia Learning Centre..