Bukan mahu berpolitik tetapi untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang sebenarnya telah serong dari tuntutan agama Islam.Perkara asas telah dibengkokkan,apatah lagi mahu meluruskan perkara yang lebih berat.
Ucapan Assalamualaikum merupakan suatu ibadah buat umat Islam.Yang menyampaikan dan menerimanya mendapat barakah dariNya.Ianya telah menjadi ucapan harian di bibir mulut junjungan besar Muhammad S.A.W setiap hari dalam kehidupannya dan disambung oleh setiap generasi Islam hingga kini.Namun perkataan ini makin dimanupulasikan sehingga ada yang mahu mengringkaskannya kepada 'Akum','As'kum','Salam' dan ada yang mahu memperkukuhkan politik yang dibawa oleh sesetengah pihak dengan mewujudkan pula 'Salam 1Malaysia',yang menjadi suatu kemestian dalam skrip dan tutur kata pembuka dan penutup pembaca berita di TV mahupun di radio di Malaysia ketika ini.
Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.
Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.
Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama."Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah' ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.'
“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.
Bagaimanapun ramai ulama di negara ini tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.Begitu juga beberapa mufti yang masih membisu. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.
Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan sejak menerajui negara ini pada 1957.“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.
Kembalilah kepada dua warisan peninggalan Rasulullah S.A.W yakni Al-Quran dan Hadis,maka kita tidak akan sesat selama-lamanya...
4 Kesan Parut:
pais.. pd permerhatian aku laa.. ucpn salam 1malaysia 2 slalo diikiuti selepas ucapan assalamualaikum disampaikan.. maka, rasenyer xslh ucpn itu diberikn lebih2 lg wt mereka yg non-muslim..
AIzat..cuba perhatikan,makin banyak pengakhiran berita seperti di RTM lebih menyebut salam 1malaysia berbanding Assalamualaikum itu sendiri. seperti sudah menjadi kebiasaan ketika ini.Salam 1Malaysia dipromote melata tempat.Takut nanti Assalamualaikum yang asli dilupakan generasi mendatang.Lihat je sekarang,Assalamualaikum diringkan hingga hilang maknanya kepada Akum mahupun As,kum.Tiada maksudnya dalam Islam.Takut nanti tanpa berilmukan agama,perkataan bismillah juga akan diringkaskan oleh orang yang tak bertanggungjawab...
setuju ngan aizat... slalu dgar "assalamualaikum dan salam 1 malaysia"... salam tu ditujukan kepada mereka yg bukan beragama islam... tp x tau la kalu salam 1 malaysia nie boleh mengakibatkan perkataan "assalmualaikum" itu sendiri dilupakan.
Terima kasih atas feedback yang diberikan.Pendapat saya adalah kita kena lebih berhati-hati.Dalam segala hal,perlu dahulukan agama Allah berbanding kepentingan politik semata-mata.Diharapkan lebih berhati-hati kerana takut menjadi tabiat orang Malaysia Islam menggantikan Assalamualaikum kepada salam 1malaysia kerana tiada yang mustahil.Jika dahulu katakan bahawa mustahil Israel di bawa ke Malaysia,namun kini pasukan kriket Israel pernah dijemput bersukan di Malaysia.Itu yang kita nampak,yang tidak dinampakkan begitu banyak seperti hiburan.Janganlah kita butakan hati kita.Berjaga-jaga lebih baik. Prevent is better than secure.
Catat Ulasan