Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Cabaran Menggunung Semester Ini

Assalamualaikum...

Aku dalam dilema.Sehingga saat artikel ini ditulis,hati masih gundah gulana memikirkan masa depanku.Adakah perlu aku membuat keputusan yang memberatkan atau meringankan aku masa kini dan masa depan?

Istikarah perlu aku lakukan.Mana idaknya,dengan pelbagai idea dan pandangan dari sahabat-sahabatku,aku menjadi was-was akan keputusan yang aku buat kelak.Nampak gayanya ilham dari illahi perlu aku perolehi.

Jika jawapan aku mengatakan aku perlu tetap dengan jadual semester baru ini,maka aku akan mengambil 17 jam kredit,satu jumlah jam kredit yang banyak bagi pelajar kejuruteraan UNITEN.Namun untuk keselamatanku ketika memasuki tahun akhir,maka perlu aku korbankan masa lenggangku pada semester 2 tahun ketiga ku ini dengan bebanan 7 subjek dan merupakan semester yang paling banyak projek perlu aku buat iaitu antara 5 hingga 6 projek.

Adakah mampu aku menahan kesakitan serta kesusahan belajar pada semester ini?Syukur juga pada illahi kerana CGPA aku masih kukuh di atas 3.3 namun tidak mencecah 3.5.Namun aku perlu berusaha untuk mendekati 3.5 agar memberi harapan tinggi buatku untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik pada masa depanku kelak.

Ya,dengan mengambil 17 jam kredit semester ini,aku dapat mengambil 3 subjek elektif berbanding 2 yang disyorkan di dalam Handbook Kolej Kejuruteraan UNITEN ku.Maka tahun akhir semester akhir ku hanya mengambil 12 jam kredit dengan 2 subjek elektif,1 subjek kolej dan 1 projek tesis.Biarlah aku bersusah payah dahulu moga Allah permudahkan urusan kemudian hari insyaAllah...

Inilah jadual yang akan memenatkan aku sepanjang semester ku ini:(Mendekati RM 7000,itulah dia IPTS...)


0 Kesan Parut: